Tips Flight Murah

Tips Travel Dengan Cathay Pacific Airlines!

February 26, 2019,0 Comments

Pssttt, musim cuti ni dah datang, know what that means? Masa untuk bercuti kan?hee Sekarang, zaman dah moden ni, maka, banyak lah pilihan pengangkutan yang boleh kita pilih kan. Kita boleh travel naik kereta, bas, kereta api tetapi nak tahu cara terbaik untuk travel jauh-jauh dengan mudah? Flight laaaa awaaak ! hahah Ya, kapal terbang sentiasa menjadi cara terbaik untuk travel, kena pula kalau destinasi korang tu memang perlukan kapal terbang untuk ke sana. Meaning, macam melancong ke luar negara ke, say, Malaysia ke United Kingdom. Sah-sah tak ada kereta api yang boleh bawa anda ke sana, right?
Not directly, I think. Pada masa kini, kita mempunyai banyak syarikat penerbangan yang berbeza untuk dipilih. Kita ada Malaysia Airlines (MAS), Firefly, Malindo dan banyak lagi. Here’s a little secret for you, ada airline yang best di Malaysia. What’s the airline, you ask? Jeng jeng jeng, Cathay Pacific Airlines. Bunyi macam gah kan? Sebab dia memang gah pun. Korang pernah naik tak airline ni? Meh Mar bagi tips sikit! Sikit je la tapi sangat berguna okay!
--
--
--
--
--
Okay, first and foremost, terutama sekali kepada mereka yang baru berjinak-jinak nak travel, dekat mana nak dapatkan tiket ni? boleh pilih antara dua, iaitu cara susah atau cara mudah. Eh ni agak cliche sikit kan? tapi tak pe Mar ajar sikit untuk orang belum biasa. Cara susah adalah dengan ke kaunter tiket untuk beli tiket yang anda perlukan. Ada banyak kaunter tiket flight di seluruh Malaysia tetapi yang paling biasa adalah dekat airport tu sendiri. Okay, kenapa Mar klasifikasikan tu sebagai cara susah? Ini sebab, anda perlu bersiap bagai dan pergi secara fizikal ke kaunter semata-mata untuk beli tiket. Bukan itu je, kadang-kadang, mereka juga lagi mahal harga dia! Nak tahu cara yang lebih mudah? Dapatkannya secara online! Semua kan online sekarang. Anda boleh buat booking bila-bila masa dan di mana sahaja di dunia ni selagi anda mempunyai Internet connection.hhiks! Apa yang anda perlu lakukan adalah akses masuk laman web mereka dan buat tempahan. Oh, ini satu lagi trick untuk dapat harga baik punya, bila anda ke laman web tu, anda clear cache sebelum buat purchase tu hah, mesti harga tu ada kurang sikit nanti. Lagi murah lagi best! Yayyy! Take note okay?

Ingat tak airline yang fancy Mar mentioned tadi? Cathay Pacific Airlines? Mereka memang fancy, dari cara pemakaian flight attendant hingga bahagian dalam kapal terbang dan ke laman web mereka sendiri. Bunyi macam tak boleh percaya kan? Jangan bimbang, sebab itu fakta dia sebenarnya.
Okay, rekaan laman web diorang sangat mudah nak navigate. Tak ada gangguan dan reka bentuk sedap mata memandang. Bukan itu sahaja, macam Mar cakap tadi, dia sangat mudah nak menavigasi dan mencari apa yang diperlukan. Apabila anda masuk laman web mereka, anda boleh memilih bahasa yang anda inginkan di sebelah kiri atas. Ini lebih mudah sebab kadang-kadang ada bahasa yang macam pening sikit nak faham. Kemudian, anda boleh mengklik butang log masuk di sebelah kanan atas. Anda perlu terlebih dahulu mempunyai akaun sebelum membuat pembelian. Jika anda scroll ke bawah sedikit, anda boleh tempah airline yang anda perlukan! Hanya pilih tarikh yang betul, berapa ramai orang yang akan pergi, maklumat lapangan terbang, tujuan anda travel dan maklumat tambahan lain yang anda perlu tetapkan, kemudian, sistem tersebut akan memproses selebihnya untuk anda dengan mudah dan cepat. Booking the Cathay Pacific Airlines flights have never been easier!

Jika anda scroll ke bawah sedikit lagi, anda akan melihat semua promosi terkini yang mereka ada sekarang. Tawaran ini termasuk semua penerbangan ke Hong Kong, Taipei, Beijing, Seoul, Tokyo dan Osaka. Ini adalah antara negara-negara yang paling luar biasa untuk lawati dan anda tidak boleh melepaskan peluang ni taw! Untuk menempah penerbangan pesawat murah ke Tokyo, anda boleh klik di bahagian promosi. Untuk kelas Ekonomi, tambang istimewa hanya berjumlah RM 1,556. Jika anda lebih suka travel dengan kelas Perniagaan.
(siapa tak nak kan?Fuhhh)
mereka juga mempunyai kadar khas untuk hanya RM 4,715 inclusive all in! Sekarang, itulah cara terbaik untuk mendapatkan super cheap flights to Tokyo. Oh, heads up untuk anda, anda boleh berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Di bahagian bawah laman web, anda boleh memilih untuk melanggan newsletter mereka untuk mendapatkan maklumat dan promosi terkini dari Cathay Pacific Airlines. Lapangan Terbang Antarabangsa Narita adalah lapangan terbang yang sangat unik. Selain dari kemudahan asas yang lengkap, mereka menawarkan beberapa elemen lain untuk membuat anda lebih selesa. Jika anda bosan dengan penerbangan panjang, anda boleh berehat di Narita Sky Lounge Wa. Anda hanya perlu ke terminal 2 dan nikmati kerusi selesa dan sofa baring sementara menunggu flight anda. Mereka juga mempunyai hotel kapsul sendiri untuk anda berehat berharga 1,000 yen / jam. Berasa lapar? Turun ke tingkat empat di Terminal 1 untuk memenuhkan perut anda dengan beberapa sushi dan lain-lain masakan Jepun yang lazat! eeh banyaknya info korang dapat . heee
                     
Ahaaaa, Jika anda mempunyai masalah bercakap dengan penduduk tempatan? Jangan risau, anda tidak keseorangan, Mar pun cuak gak tapi anda tak perlu gentar lagi dengan adanya aplikasi moden zaman kini. Muat turun aplikasi NariNAVI di App Store atau Google Play untuk membantu anda menjadi sebahagian daripada penduduk tempatan di sekitar lapangan terbang. Anda juga boleh menguruskan tiket penerbangan anda dengan menggunakan Apps ini juga.
Mudah kan?

So, apa nak tunggu tunggu lagi? Buat tempahan sekarang di laman web Cathay Pacific Airlines dan nikmati harga istimewa tu okay! Mar dah bagi tips rugi kalau tak usha! Mar nak travel solo nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki . Ameen. Happy travel okies!

Bye! xoxo

You Might Also Like

0 comments: