malaysian model
Putery Memory di Mingguan Wanita
Assalamualaikum w.b.t
Hai sahabat saya & yang lainnya ,
yang tak sempat beli mingguan wanita bulan 4 , 2015 hari tu , jangan risau sebab entry kali ni Putery Memory post pasal temu bual dalam ruangan dewi majalah mingguan wanita .
So Selamat Membaca ! :)
- Soalan 1
Profil :
Nama penuh
: Siti Marizam Bt mokhtar (Mar Mokhtar)
Pelajar
tahun akhir universiti sains islam Malaysia * eh skrg dah hbs study.
Dalam
bidang Ijazah sarjana muda kaunseling dan kepujian
Anak
kelahiran kuala krai ,Kelantan
Anak
bongsu dari 13 orang adik beradik * ehem, xmanja , garang
![]() |
Ini lah ruangan Dewi dalam Majalah Mingguan Wanita tempoh hari |
- Soalan 2
1. kenapa pilih jurusan tersebut?
-Memilih
jurusan kaunseling kerana sangat berminat untuk membantu masyarakat dalam
mencari jalan penyelesaian .
2. apakah keistimewaan jurusan ini?
- Bidang ini
sangat istimewa dan menarik kerana banyak faedah yang saya dapat terutamanya
untuk menjadi seorang masyarakat yang prihatin dan peka terhadap permasalahan
orang orang di sekeliling saya .
3. bagaimana anda memandang masa hadapan jurusan ini?
- Bidang ini
sangat penting untuk masa hadapan saya kerana ia mengajar saya untuk lebih berani ke hadapan
,dalam mana mana pekerjaan sekalipun saya akan berani untuk tampil ke hadapan
tanpa rasa malu dan segan . Ia juga membuka peluang kepada saya untuk menjadi
seorang penceramah atau dapat memberi
motivasi di dalam program program yang di laksanakan di latihan industri .
Lebih lebih lagi saya sangat berminat untuk menjadi seorang pakar motivasi .
4. Apakah cabaran dan masalah yg pelajar sekarang selalu hadapi?
dan bagaimana anda menyelasaikannya?
- Cabaran
bagi seorang pelajar sekarang adalah dalam membahagikan masa dan waktu belajar
,apa yang kita tahu di era 2015 ini banyak teknologi yang kian timbul dan
hampir membazirkan masa dalam aktiviti yang tidak berfaedah iaitu leka dengan facebook
,whatsapp ,dan sebagainya . Jadi saya menyeru kepada semua pelajar supaya
berhati hati dan berwaspada jangan terlalu leka sehinggakan boleh menjejaskan masa
kita untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar dan masa untuk beribadah kepada tuhan .Jaga
waktu solat terutamnya .Barulah kita akan jadi seorang pelajar yang cemerlang. InsyaAllah .
5. apakah xtvt kesukaan anda di kolej dn mengapa?
-Di
universiti saya sangat aktif dalam badan beruniform iaitu Palapes ,hampir
setiap minggu saya harus mengorbankan waktu cuti untuk training dan belajar ilmu
ketenteraan .Walau bagaimanapun, sebagai seorang pelajar yang aktif bersukan
haruslah tahu menguruskan masa dengan baik . Dan kini ,saya berjaya menamatkan
latihan selama 3 tahun dan pentauliah diraja sebagai Leftenan Muda
.Alhamdulillah .
Nasihat saya untuk adik adik pelajar yang meminati
aktiviti lasak , boleh menyertai badan beruniform Palapes di Universiti kerana
ia sangat memberi manfaat kepada setiap pelajar dalam kepimpinan .
6. Ceritakan penglibatan anda dalam dunia peragaan? tahun dn kenapa pilih bidang tersebut?
- Sebelum
masuk di alam universiti saya telah dapat beberapa tawaran sebagai model
muslimah dan juga duta produk kecantikan, disebabkan kekangan masa untuk
menghadapi peperiksaan akhir di Sekolah Menengah ,terpaksa saya menolak dengan
baik . Ia tidak mengecewakan saya, bila di tahun 2 universiti saya mendapat
tawaran sebagai model butik dan juga beberapa fashionshow di sekitar negeri
Sembilan dan kl. Hanya beberapa tawaran sahaja saya akan ambil kerana jadual
saya terlalu pack ,jika ada masa terluang sahaja,saya akan bagi komitmen
sepenuhnya dalam bidang peragaan ini , Saya memilih untuk meminati bidang
peragaan ini kerana saya percaya fesyen muslimah di negara kita boleh
diketengahkan lagi , jadi ia menjadi tarikan kepada saya untuk menjadi salah
seorang ikon muslimah yang boleh memberi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk
berhijab dan bertingkah laku baik seiring dengan apa yang dipakai .
7. Apakah yg selalu anda coretkan di dalam blogger anda dn mengapa?
- Di dalam
blog saya www.puterymemory.com , banyak saya
kongsikan tentang ‘Lifestyle’ ,kehidupan baik baik .Saya percaya setiap apa
yang saya kongsikan akan jadi satu kenangan untuk saya dan pembaca diluar sana
, Saya sangat suka menyimpan kenangan melalui penulisan dan gambar ,mungkin
sebab itu terhasilnya nama ‘puterymemory’ . Setiap perjalanan yang saya lalui
,saya wajib membawa kamera, sebab ia akan
merakam setiap kenangan dalam hidup saya sendiri .
8. Apakah respon pensyarah, keluarga dn rakan2 apabila anda menceburi bidang peragaan?
- Pandangan
ibu bapa saya terhadap bidang peragaan ianya mestilah selari dengan syariat islam
iaitu menutup aurat dan menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan . Salah
seorang pensyarah saya juga memberi dorongan kepada saya untuk pergi lebih jauh
lagi dengan membawa imej positif termasuk sahabat sahabat saya .
9. bagaimana anda membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya?
-Saya akan
membahagikan masa dengan baik apabila terlibat dengan beberapa kerjaya sambilan
,tips saya adalah saya menggunakan satu buku diari jadual harian saya untuk
mencatat setiap jadual saya dan membahagikan masa sibuk saya dan masa terluang
. walaupun masa free saya hanya pada waktu malam tapi saya akan menggunakan masa
tersebut sebaiknya .
![]() |
Terima kasih salah seorang sahabat whatsapp gambar & beli majalah . Thanks sudi baca . |
![]() |
Terima kasih salah seorang sahabat whatsapp gambar & beli majalah . Thanks sudi baca . |
Okay Last Question :
*Apakah lima tipS utk lepaskan tekanan . Pada pandangan Putery Memory?
Itu sahaja . Terima kasih semua yg di sisi depan belakang , mereka mereka yang selalu support Putery Memory .
I love you
Thanks Allah .
4 comments: