AADK

OPS DADAH bersama AADK Malaysia

June 02, 2016,0 Comments

Assalamualaikum.

Hari ni Mar nak kongsikan pengalaman Mar sertai Ops Dadah bersama AADK beberapa bulan lepas . Mar tak update status atau buat live update di facebook kan? so semua orang tak tahu . Sebab ia adalah privasi . Wuhuuu . Excited. 

Excited lah .  sebab nak sertai dan lihat sendiri macam mana kerja pihak berkuasa untuk membasmi najis dadah ni . Seperti yang kita semua tahu , dadah musuh nombor satu negara yang akan memusnahkan masa depan negara . Hm .

Dadah atau "drug" 

adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.


Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. 
Tempat berkumpul semua pihak berkuasa di Kuala Lumpur

Pada malam operasi, sampai di tempat berkumpul rasa macam uhh seram pulak tengok ramai penguatkuasa turun beramai-ramai . HHE . rasa macam kerdilnyaaaa diriiiiii . ahhaha .  tapi dalam masa tu rasa macam nak melompat-lompat sebab best tak sangka tercapai jugakk nak join mereka


 Sesi taklimat AADK, kami pun turut serta, diperkenalkan sebagai blogger . 
Terima kasih En. Kamarul . 


Antara penguatkuasa yang turun adalah anggota polis, imegresen, AADK , Jakim dan ramai lagi . Kalau tak silap Mar lebih 400 orang anggota yang turun . Fuhh . 
Selepas taklimat barulah kami bergerak ke lokasi. Masa tu Mar tertanya-tanya kat mana laa nak pergi ni . tak sabau nak tahu operasi kat mana, jeng jeng ... ikut je . Mata melilau lilau dah ni . hhe  rasa jakun gila . Mungkin sebab tak nak bagi kantoi so sebab tu lah kitorang tak tahu lokasi mana yang akan 'diserang'. Hiks .
Mar dan kawan kawan blogger bersama pihak AADK . Kami dalam satu van bercermin gelap. Best pulak konvoi ramai-ramai ni . hhe . Driver kami pulak kemain cekap memandu van . Memang kena pantas dan cekap . Nak g tangkap orang kan .  Eh heeee

Antara barangan yang dijumpai ketika serbuan .

Lokasi pertama kami adalah PPRT Beringin, bila sampai kat sana ada pulak mamat india buat kecoh biasalah tu , mungkin tak mahu pihak berkuasa ganggu tempat mereka . Tapi kat sana Pihak berkuasa dan AADK berjaya menahan beberapa suspek dadah . Mar boleh masuk tengok dalam bilik tahanan. Ramai yang bukan warganegara Malaysia . Tetiba rasa macam nak buat sesi kaunseling jekkk . hhe 






Lepas PPRT Beringin, kami terus ke lokasi berikutnya . Tak silap Mar kawasan Bukit Bintang , bila lalu laluan rumah rumah urut ramai yang dah lari lari . Semua cepat melarikan diri kiri kanan jalan . Fuhh macam dalam filem pulak . ahhaha . Semua tutup premis masing masing . Hm tahu pun takut . 
Lepas buat rondaan , kami ke sebuah kelab malam . First time masuk kelab malam . Ouch. hhu . Masa sampai beberapa pelayan di kelab malam ditahan untuk siasatan dan ujian air kencing . 








Tapi apa apa pun Mar respek lah pihak AADK sebab korbankan masa untuk membanteras najis dadah ni . Tengoklah dah pukul 2pagi 3 pagi masih bekerja . Memang Mar rasai sendiri macam mana penat lelah mereka dan korbankan waktu tido . Sanggup tahan mengantukkk . hhu  memang mencabarrrrrr. Mar rasa macam nak tertidur jeee atas van . hahhaa tapi disebabkan teruja tengok semangat pihak AADK kembali bersemangat balikk. hehheh .

Pukul 4.30pagi kami selesai operasi . Sampai rumah pukul 5 . Fulamak . Hebat lah mereka . Walaupun operasi sampai pagi . Tetap kuat untuk bekerja keesokkan harinya . 

Thanks pihak AADK bagi kami peluang untuk turut serta :) 
Jom sama sama kita membasmi najis dadah okayy .
p/s : maaf sbb xbyk gambar yg boleh dipaparkan .


SAY NO TO DRUG .

You Might Also Like

0 comments: