Makan Makan Raya bersama Umobile & Ketchup

July 19, 2016,2 Comments


CAFFE BENE, SUNWAY PIRAMID

Hai Happy Syawal semua, Mar dah kena start hashtag #teamrayakl dah . hhe . Raya kat kl bersama team ketchup & umobile pulak . Hoyeh . Sabtu lepas Mar ada  dua restaurant best untuk diterjah . Dua dua pulak favourite restoran yang dah lama teringin nak pergi .  Lets go to Caffe Bean first ! 

 Heyy! Sempat posing depan orang lalu lalang kan.hehe  yang penting dapat jugak posing depan Caffe Bene ni, dah lama nak masuk caffe ni sebab selalu ada di banyak Mall , Alhamdulillah berjaya jugak hari ni datang sini ! Caffe ni dah laaa cantikk . Ouch berdetak jantung hati Mar 


Hipster sangat caffe ni, memang best nak lepak makan .

 Woott woot ! Antara makanan best kat Caffe bene ni , Hari tu semua Mar try . Caffe ni menggabungkan konsep gelato dan waffle, kepada peminat waffle dan gelato, Ini lah dia tempat yang korang patut datang try . 
HONEY GARLIC & CHESE BREAD : RM18.00
Hey ! Garlic & cheese bread. Kami order 2x siap bawa balik lagi ! Suka cheese sangat , roti dia pulak lembut . Memang sedap .


 CARAMEL CINNAMON BREAD : RM16.95 

TIRAMISU WAFFLE : RM15.90

CARAMEL CINNAMON : RM 16.95

Olala! Ini lah BINGSU yang famous kat Korea tu korang, datanglah sini kalau nak try,  BINGSU ni dia macam ala ala Ais kacang kalau kat Malaysia . Sedap sedap . lepas makan dapat pulak pekena BINGSU ni . Fulamak Cair hati kakak!  Mar paling suka Green Tea tu sebab banyak sangat kacang . A,ah memang suka kacanggggg . hhe 


 Ehem , gelas ke baldi ni? kakak confius sebab besar sangat puas hati awak! Memang terbaiklah Cafffe Bene ni . Meleleh ayaq liur tgk pic, nak pergi lagikkkk .




Nak tahu lebih lanjut boleh layari laman web Caffe Bene okay . I love this memories !



YOSHINOYA & HANAMARU , AEON MALL SHAH ALAM

Lepas habis pekena makanan Korea , kita singgah sini pulak untuk nikmati makanan Jepun . Oh mak aih, Restoran ni memang famous . Mar suka sangat makan noodle noodle ni . 

 Taraaaaa! 
Semua makanan jepun ni sesuai dengan citarasa Melayu . Mar yang tekak Melayu sangat sangat , ni pun dapat makan dengan berselera, lebih lebih lagi ada telur separuh masakk tu , Itu yang buat Mar jatuh hati . hhe





 EHEM! Ada masakan kari jugak kat sini  , so fantastic! .

Memang tak tahu nak makan yang mana, sebab semua sedap sedap , jadi makan semua lah ! hhe kemain perut ni .

Nak tahu lebih tentang restoran ni boleh layari laman web mereka  okay  : )

Okay lets Makan ! , Nanti nak ajak semua kawan kawan Mar lepak makan kat sini . Serius sedap. Jangan risau nak makan dessert pun ada kat sini hhe

Kempen Makan-Makan U Mobile Bersama Team Ketchup


Haa, Wait korang ! Kempen ini bersempena U Mobile ingin menghargai pelanggan supaya mereka dapat menikmati keistimewaan di 6 F&B yang beri kerjasama iaitu Caffe BeneFish & CoYoshinoya HanamaruSangkaya, dan Sweet Hut dengan menggunakan aplikasi MyUMobile

Kempen bermula daripada 1 Jun 2016 hingga 31 Julai 2016. Apa yang perlu anda lakukan adalah bayar bil atau Topup dengan menggunakan aplikasi MyUMobile dan nanti boleh tebus tawaran hebat serta berpeluang untuk memenangi percutian 3 Hari 2 Malam di Penang. Menarik kan?

Jom lah sertai sementara masa masih ada. 
Terima kasih U MobileKetchup dan geng Kelab Blogger Ben Ashaari. 

You Might Also Like

2 comments:

  1. Besarnya dessert tu O.o Boleh habis ke makan sorang? Haha

    ReplyDelete
  2. sedapppp nampak semuanya! memang boleh masuk perut ni hehe

    ReplyDelete