Beauty product

Ada juga produk muka dari Teh Hijau? | Pelancaran STEA BEAUTY

January 07, 2018,2 Comments

Hai Awak semua, Sabtu minggu lepas Mar sempat ke pelancaran STEA BEAUTY di Concorde Hotel Shah Alam. Sangat Meriah awakkkk. Hehe Emcee nya yang sangat sporting gelak pecah perut Mar . hahaha  Puan Mastura pengasas STEA ni pun sangat humble orangnya. Mar suka sangat tengok usahawan yang berjaya ni sebab kita boleh amik semangat dari beliau !
Dan, tak sangka kat sana ada performance dari Amylea AF3 taw. First time tengok Amylea dekat dekat. Patotlah cantik berseri amalkan STEA  rupanya! 
Jom Say HI to STEA BEAUTY Guys!

Pengasas STEA, Puan Mastura banyak menceritakan tentang kelebihan STEA ni dan offcourse kita semua tahu ianya sangat baik untuk kesihatan kan. Dan banyak juga testimoni yang berjaya & berkesan bila menggunakan produk dari STEA ni . 

Untuk pengetahuan semua, Produk STEA yang berasaskan Teh Hijau ni didatangkan dalam 2produk  iaitu STEA TEH HIJAU dan yang terbaru adalah STEA BEAUTY di mana ia mengandungi 2 produk iaitu sabun & serum untuk kesihatan kulit wajah kita .

Teh Hijau keluaran STEA ini adalah teh hijau yang asli yang dibawa dari Negara Jepun. Ianya dihasilkan oleh pakar-pakar hebat bagi menghasilkan rasa yang berkualiti tinggi untuk kita sebagai pengguna. 

Yang menariknya untuk STEA Teh Hijau ini, didalam setiap uncang, terdapat serbuk teh yang disebut 'matcha' dimana matcha ini diketahui mempunyai kebaikan untuk kesihatan dan juga kecantikan. Apabila korang minum matcha, korang akan menikmati keseluruahan daun teh dan mendapat 100% kebaikan teh hijau itu sendiri. 

Matcha dikatakan mempunyai 137kali kebaikan berbanding daripada teh hijau biasa dimana antara kebaikannya adalah seperti berikut:
  1. Agen anti penuaan
  2. Tinggi dengan anti oksida
  3. Boleh menambahkan tenaga
  4. Menghalang pengumpulan lemak
  5. Melawaskan proses pembuangan
  6. Mengawal berat badan
  7. Mengurangkan kolestrol
Kiri : STEA TEH HIJAU  kanan : STEA BEAUTY

Ini adalah STEA BEAUTY, Sebelum ni, Mar pernah try produk muka dari kopi je. Tak sangka ada produk muka dari Teh hijau tau korang. Memang agak excited la  sebab Mar suka gila Teh Hijau ni. Tasabar Mar nak pakai . Korang yang nak tengok testimoni dari Mar kena la follow (ig @Puterymemory )  okay . Nanti Mar buat story! 

STEA Beauty ini adalah produk perawatan wajah dimana didalamnya terdapat 2 produk lain iaitu sabun dan serum yang mana produk ini diformulasi dengan teh hijau.

Yang menariknya didalam sabun STEA Beauty ini terdapat serat-serat teh hijau yang bertidak sebagai skrub semasa korang memcuci wajah korang. Serat teh hijau ini akan membantu menanggalkan kulit mati dan juga menageluarkan kotoran didalam pori kulit korang.

Manakala Serum STEA Beauty pula bertidak sebagai agen merawat kulit korang yang mengalami kerosakan. Didalam serum ini mengandungi extact teh hijau, aleo vera, kologen, stem cell apple dan banyak lagi bagi memberikan kesan yang terbaik untuk kulit korang.

Untuk produk STEA Beauty ini terdapat banyak kebaikan sekiranya korang mengamalkan penggunaan produk ini. Antaranya:
  1. Antikoksida yang tinggi bagi merawat wajah
  2. Mengecutkan jerawat dengan singkat
  3. Memudarkan jeragat dan parut jerawat
  4. Mengecilkan pori-pori
  5. Menghilangkan kulit kusam
  6. Meratakan tona kulit menjadi sekata
  7. Mencerahkan kulit
  8. Mengurangkan kedutan pada wajah


So korang yang berminat lekaih p beli okaih . Harga dia murah je awak 
STEA TEH HIJAU RM60
STEA BEAUTY RM89

Btw, Tahniah Puan Mastura untuk pelancaran produk yang sangat bagus . Mar memang addict dengan produk produk yang berasaskan Teh Hijau ni . Hehe So guys, nak tahu lebih lanjut boleh dapatkan maklumat dari : 

FACEBOOKsteamalaysiahq
INSTAGRAMstea_malaysia_hq

You Might Also Like

2 comments:

  1. lawanya posing ....kolin pun suka apa pun produk dari teh hijau. obses !! hahah

    ReplyDelete
  2. lps ni bole try teh hijau ni sebelum ni minum teh biasa je

    ReplyDelete