Gaya Travel

Tempat Menarik di Perak Yang Wajib Kunjungi

March 30, 2018,0 Comments

Hi, Assalamualaikum semua!
Thankyou selalu baca updated dari Mar. Okay sekarang ni Mar nak kongsi cerita kat korang semua Trip Mar ke Perak bersama dengan Gaya Travel. It's my dream to explore the whole Malaysia guys! So sekarang Mar nak share tempat menarik di Perak yang Mar kunjungi.


TAMAN REKREASI GUNUNG LANG,IPOH

Okayy, destinasi Mar yang pertama selepas mengisi perut Mar ke Taman Gunung Lang. Di sana terdapat tasik yang sangat cantik dikelilingi oleh hutan & gunung yang menghijau. Waaaa seronok pulak ambil angin lepas dah kenyang ni. Kat sana kami menaiki bot untuk lihat permandangan dan bergambar . Bila sampai je, Mar boleh lihat ada juga burung serta monyet yang sangat jinak. Hehe teringin nak bergambar dengan monyet tu, tapi bila pergi dekat depa lari. hha Kat sana juga terdapat rumah rumah kayu yang sangat cantik. Memang sesuai lah untuk korang yang nak datang bersiar siar kat sini .




Kalau korang nak tahu, Taman Rekreasi Gunung Lang adalah kawasan bukit batu kapur yang di terokai seawal 1880 oleh pelombong bijih timah Melayu yang mana perlombongan ini telah di lakukan di dalam gua-gua yang terdapat di sini. Kawasan ini juga telah di jadikan kawasan perlombongan bijih besi dan menghasilkan kawasan landskap terganggu seperti kawasan berpaya dan tasik. Kajian Rancangan Tempatan Ipoh 2020 telah mengariskan kawasan Gunung Lang seluas 111.93 hektar sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2 dan perlu di pulihara. Pembangunan yang di benarkan untuk kawasan ini hanyalah eko pelancongan, penyelidikan dan pendidikan. Keunikan formasi batu kapur ini juga menarik minat pengunjung kerana ianya terletak berhampiran pusat bandar Ipoh.




Kat tasik ni ada ikan ikan yang sangat besar taw. Teruja sangat tengok .







FUNTASY HOUSE
Selepas ambil angin segar kat sana, Mar dan team terus ke Funtasy House! Yey tasabar nak bergambar dengan lukisan seni dekat dalam ni. Sebelum ni Mar tengok ramai yang upload pic best best dan cantik cantik dekat sini kan? So nak jugak lah hhe jom snap pic bebanyak! heee




Hehe so lawa & ada yang kelakar gila! hhiks 


KAPAL KOREK (TANJUNG TUALANG TIN DREDGE NO 5 (TT5)
Ia merupakan lokasi di mana tersimpannya kapal korek bijih timah yang terakhir di Malaysia. Kapal korek ini dahulu digunakan sebagai medium untuk mendapatkan bijih timah. Kalau nak tahu Perak memang terkenal dengan hasil mineral ini sehingga penjajah England datang menjajah negara kita untuk mengeksploitasi hasil mineral ini

Sebelum ni kan, Mar tak tahu pun kewujudan kapal korek ni, bila sampai sini rasa teruja juga sebab boleh tahu tentang sejarah kapal korek untuk melombong biji timah ni taw.





















 Untuk Maklumat Lanjut :
Dibuka setiap hari kecuali hari isnin .
Waktu beroperasi : 9.00am-6.00pm
Tel : 0149043255/053702253
Harga Tiket: RM10
Kanak-Kanak (7-12tahun) dan Warga Emas: RM5
Kanak kanak bawah 7 tahum masuk adalah percuma

REFARM 

Refarm pula adalah salah satu tempat yang menarik untuk bercuti bersama keluarga. Korang boleh menginap kat sini, atau pun balik hari. Kat sini juga boleh buat aktiviti atau program taw. Jika korang nak relaks jauh dari bandar nak rasai suasana urban bolehla datang sini,  sebab kat sini macam macam ada, terdapat homestay best, kolam renang, ada pedal boat, nak berbasikal dalam ni pun boleh, ada mini zoo, tanaman pokok dan banyak lagi lahhhh .
Oh ya, kat sini juga terdapat satu gua yang dinamakan Time Tunnel, dalam gua ni terdapat sejarah sejarah lama tentang penubuhan perak. Syok kan datang sini boleh anak anak pun dapat belajar tentang sejarah .





















































































Untuk Maklumat Lanjut:
FACEBOOKrefarm.perak
INSTAGRAMrefarm_leisure_farm

GUA TEMPURUNG
Gua Tempurung semua orang tahu akan kewujudannya, sebelum ni Mar selalu tengok orang update ke Gua Tempurung ni dekat blog,facebook & instagram. Mar anggap ianya biasa je tapi bila sampai sini, waaaahhh  rasa seronok sangat, sebab dapat tengok sendiri keunikan gua ni dengan cerita sejarahnya. Nampak biasa je tapi bila nak naik ke level yang tinggi, rasa pancit jugak hhe . Rasa macam tak payah pergi gym dah, hahaha.

Antara bukit bukit batu kapur dan marmar yang terindah di Malaysia adalah Gua Tempurung. Tersembunyi di dalam batu kapur ini adalah satu rangkaian sistem gua dalam berbagai dimensi  dan berangkaian seolah sarang lebah . Gua Tempurung berlingkar di dalam perut gunung. Tempurung sebagai satu terowong dari timur menembusi ke barat semenanjung Malaysia, kini jejantas dan tangga  telah disediakan di dalam sebahagian dari gua gua ini dan dengana danya kemudahan tersebut ia memudahkan lagi pengunjung untuk lihat keindahan  ciptaan alam semulajadi dengan lebih dekat.

Bila korang sampai ke level 5 yang paling tinggi dalam Gua Tempurung mesti teruja sangat. Dan korang akan tahu kenapa ianya dipanggil Gua Tempurung.



















DISNEYLAND HOUSE
Omg Guys! Mesti ramai yang tak tahu lagi tempat ni kan, kat Kampar ada tempat seakan Disney Land taww. Sumpah Mar teruja gila bila sampai sini, semua lot bangunan kedai dan cafe cafe kat sini berkonsepkan Disneyland. Turun je bas rasa macam nak berlari lari bak princess je kat sini, Sib baik ramai orang . hhiks .

Sekarang ni tak siap sepenuhnya lagi, means ada bangunan yang dalam renovation . Tapi Mar percaya lepas dah siap semua ianya akan jadi satu tarikan yang sangat menarik di Perak! Eh hebatlaa, Mar suka sangat, sebab semua kedai lawa lawa rasa macam tak habis habis nak snap gambar je sampai sini .


Korang boleh imaginasi sendiri ya, lot kedai tak kiralah ianya cafe, saloon, boutique, semuanya berkonsepkan Disneyland, Yess konsep yang sama yang buatkan korang taknak balik bila sampai tempat ni hhe.


PUSAT EKO-PELAJARAN HUTAN PAYA LAUT MATANG
Bila sampai sini banyak Mar belajar tentang penanamn pokok bakau. Betapa banyak kepentingan untuk kehidupan kita. Pusat ini ditubuhkan pada 1992 oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak dengan tujuan untuk menyediakan fasiliti bagi kegiatan rekreasi,peluang eko-pelancongan dan meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan menjaga hutan.




Bila ke sini, Mar dapat lihat sendiri proses penanaman pokok bakau dari A-Z. Mar baru tahu arang dihasilkan dari kayu pokok bakau ni. Hehe. Menarik sangat sebab arang tu juga banyak pula kelebihan untuk kita semua, bukan hanya untuk proses pembakaran tapi ada juga untuk membuat ubat gigi serta macam macam lagi.
























Untuk Maklumat Lanjut :
ALAMAT : Jalan Taiping-Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak.
No Telefon: +058581762/+06058072762 
Laman Web : www.forestry.gov.my
Waktu Lawatan: Setiap Hari 8.00am-6.00pm


KILANG ARANG KUALA SEPETANG

Kuala Sepetang dahulunya dikenali sebagai Port Weld. Mukim yang terletak di daerah Larut dan Matang ni juga sangat terkenal dengan pembuatan kayu arang sehingga ke hari ini. Pembuatan kayu arang di Kuala Sepetang ni sudah menjadi darah daging penduduknya sejak 1900an lagi. Tradisi itu tidak menghairankan kerana pesisir perkampungan nelayan  itu dikelilingi kira kira 40700 hektar hutan paya bakau. Setelah hampir lapan dekad, kayu arang di sini dianggap antara yang yang terbaik di Asia malah ianya turut mendapat permintaan yang tinggi hingga ke pasaran antarabangsa. Sebelum ni Mar tak tahu pun macam mana arang tu dihasilkan, sampai je kilang arang Mar lihat sendiri proses pembuatan arang ni, sangat menarik &teruja.










3 MUZIUM DI PERAK

Di perak, Mar sempat explore 3 muzium sekaligus dalam satu hari taw. Sebelum ni Mar anggap sejarah ni biasa je no need to know more, tapi bila sampai kat 3 muzium ni Mar dapat tengok sendiri sejarah lama yang sangat bernilai. Dengan sejarah ni sebenaranya kita boleh ambil sebagai tauladan & pembelajaran disebalik peristiwa peristiwa yang berlaku . Dan bila kita tahu tentang sejarah juga ia akan buatkan kita kenal erti syukur .

Mar harap sangat semua sejarah atau peninggalan di negara kita dapat dikekalkan hingga ke generasi akan datang, Yes mestilah untuk anak anak Mar sendiri, Mar nak mereka pun tahu kisah & sejarah lama negara .
1) MUZIUM MATANG




















ALAMAT : Kota Ngah Ibrahim Matang,34750 Taiping Perak.
NO TELEFON: +605-8477970
LAMAN WEB: www.jmm.gov.my 
WAKTU LAWATAN: Setiap hari, 8am-5pm


2) MUZIUM PERAK, TAIPING
Muzium Perak merupakan muzium pertama ditubuhkan di Malaysia dan antara yang terawal di Asia Tenggara. Bangunan ini juga telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan. Ia dibina pada tahun 1883 dan siap sepenuhnya tahun 886. Keunikan bangunannya ialah ia mengaplikasikan ciri ciri bangunan masyarakat Moor di India yang digabungkan dengan gaya senibina Neo-classical dan Victorian  masyarakat Eropah. Semasa zaman pemerintahan British, Muzium Perak berfungsi sebagai pusat pengumpulan, penyelidikan dan eksperimen bahan etnologi, zoologi,arkeologi,herbarium dan mineral. Muzium Perak mempunyai bahan koleksi etnologi, spesimen alam semulajadi, kebudayaan dan seni kraf yang sebahagiannya diklasifikasikan sebagai nadir berusia lebih seratus tahun.







3)MUZIUM TELEGRAM












TAMAN TASIK TAIPING

Kami berhenti rehat dekat satu tasik yang sangat luas dengan  permandangan yang cukup indah . TAMAN TASIK TAIPING  merupakan bekas lombong bijih timah yag mana telah ditinggalkan dan terbiar suatu ketika dahulu. Keluasan tasik ini dalah 61.93 hektar (152.97 ekar). Namun setelah beberapa penambahan kawasan telah menjadikan kawasan Taman Tasik Taiping kini seluas 96.44 hektar(238.32) dan diselenggarakan sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Taiping sebagai kawasan rekreasi.




SubhanaAllah, boleh jadi begitu indah sekali, Mar recommend sangat siapa yang nak berphotoshoot tu datang la photoshoot kat sini, memang superb lawa.  Kat tasik ni juga ada pokok pokok hujan yang besar dan membuatkan kawasan tasik ni teduh & redup. So kalau petang petang nak ambil angin kat sini memang terbaik sangat.  Jadi Mar & kawan kawan tak lepaskan peluang untuk tangkap gambar banyak banyak kat sini .

Kat tasik ni juga sesuai untuk beriadah, sebab Mar tengok ramai yang tak lepaskan peluang untuk berjogging kat sana. Bila beriadah kat tempat yang menghijau ni ianya akan membuatkan kita tenang taw. Kalau tempat ni dekat dengan KL, hari hari Mar datang sini semata untuk jogging . heee




Cantik kan, so korang jangan lupa singgah! :)

ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI

Pada malam hari di Taiping kami sempat singgah di Zoo Taiping ni. Sebelum ni Mar pernah je masuk Zoo tapi tak pernah rasa lagi ber night safari pada waktu malam ni hhiks. Agak menarik taw bila waktu malam, boleh tengok keadaan binatang kat sana yang aktif  pada waktu malam. Mar rasa pengalaman tengok pada waktu malam pun menyeronokkan taw. Ia seakan kita masuk ke dunia haiwan gittew hhe. Pelbagai jenis haiwan ada di Zoo Taiping ni, Mar sempat tengok singa, zirafah, pelbagai jenis buaya, kerbau, memerang, dan banyak lagi . So hampa yang kat Taiping ni dah datang sini belum?


Kalau korang nak tahu, Zoo Taiping menggunakan konsep terbuka dengan mengutamakan habitat asal haiwan yang dipamerkan, So bila masuk sini pengunjung pun akan rasa lagi dekat dengan haiwan & rasai keindahan alam semulajadi  di sekitar Zoo Taiping ni .
Sempat kami dengar taklimat & juga info tentang Zoo Taiping ni yang mana  Zoo ini dibangunkan dalam kawasan seluas 36 ekar (14hektar) dan memiliki kira kira 1300 ekor haiwan dari 140 spesis mamalia,burung,reptilia dan ikan. 
Untuk Maklumat Lanjut:
FACEBOOK: zootaipingnightsafari
CONTACT: +60194815351    

MAPS ( MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS)

Hoyey! Hari terakhir Mar ke Maps.  Rasa excited nak lompat lompat je datang sini hhe.  MAPS adalah satu taman tema yang baru di Ipoh, Perak. Ianya mempunyai lebih 40 tarikan. Bila Mar masuk kat sini rasa teruja bila banyak animasi yang pernah Mar layan dekat tv hhiks. Kantoi kan tengok kartun kat rumah. Kat sana juga ada persembahan yang diadakan ikut masa yang telah ditetapkan. Mar dapat menonton satu persembahan menarik perlumbaan kereta & juga smurff . Fuh layan sangat!


















Hey walaupun dah dewasa tapi Mar rasa enjoy taw datang sini, Maps bukan hanya untuk kanak kanak sahaja. Mar pasti ianya satu tempat yang menyeronokan untuk satu keluarga. Korang juga boleh adakan famili day, birthday party, team building, theme dinner atau wedding! Wah bestnya kalau dapat photoshoot dengan berlatarbelakang colourful of superhero dekat Maps ni. 
Eh *sorry bahasa rojak pulak,asalkan korang faham * hhe




INSTAGRAM: maps_perak
FACEBOOK: mapsperak

Alhamdulillah. Mar enjoy sangat berada di Perak selama 4hari 3 malam.  Tak sangka Perak banyak tempat menarik yang kita boleh kunjungi taw. Yang Mar paling suka adalah Disneyland House tu, Mar nak repeat pergi sana lagi lepas ni. Rasa macam tak puas bergambar! hhe.
So next destination lepas ni Mar nak explore mana pulak?
Korang nak explore negeri mana?
ce komen kat bawah hhhe. 

Tempat Makan Best di Perak : Baca SINI
Dua Hotel Best Mar stay dekat Perak : Baca SINI



You Might Also Like

0 comments: