Art Jamming

The Square Jaya One : Ruang Kerja, Ruang Makan Yang Boleh Bawa Haiwan Perliharaan.

October 22, 2018,1 Comments


THE SQUARE BAKAL DIBUKA SEMULA!

NEW LOOK FOR ‘THE SQUARE’ OF PETALING JAYA
An Enriching Ecosystem comprising of Co-working space, Dining and Leisure


Mar sempat melawat tapak projek THE SQUARE yang bakal dibuka Disember 2018 ni, ia adalah projek pembangunan bersepadu yang terdiri dari ruang pejabat, ruang makan, galeri hiburan. Ruang komersial ni terletak bersebelahan dengan The School Jaya One taw. Apa yang menarik tentang ruang komersial ni adalah ia adalah satu space yang "pet-friendly" , yang mana kita semua boleh bawa haiwan perliharaan jalan jalan ke sini. Best kan? hehe .

Kalau nak tahu, THE SQUARE sebelum ni dikenali sebagai "Palm Square" di Jaya One, sekarang masih lagi dalam proses pengubahsuaian menjadi pusat komersial "The Square". Projek ini bermula sejak Mac 2018 dan dijangka siap pada bulan Disember 2018 nanti  dengan kos RM15 juta bagi mengubahsuai tapak 75 ribu kaki persegi ini.

Bangunan 2 tingkat ini bakal menyediakan 45% lot kedai/restoran dan 15% lagi akan dilengkapi dengan Galeri PJ Live Arts. Bangunan The Square mempunyai ciri reka bentuk perindustrian yang lebih moden dan terkini yang terdiri daripada 3 astaka utama (pavilion) atau bahagian utama yang dibina dengan kepingan logam beralun berwarna biru (seperti IKEA) dan kepingan PVC/plastik lutsinar untuk bahagian dinding dan bumbung bagi membolehkan cahaya menembusi bahagian dalam bangunan.


Menurut Charles Wong, Pengarah Eksekutif Bina Tetap Tiara Sdn Bhd; "Berikutan proses pembangunan kawasan sekitar Seksyen 13 telah giat berlangsung sejak 2015, mereka juga turut mahu tampil relevan dengan membangunkan semula kawasan Palm Square di Jaya One selaras dengan perubahan landskap perusahaan dan kediaman di sekitar mereka"

The Square akan beroperasi dengan 4 matlamat utama iaitu:
1) Entrepreneurial lead
2) late-night dining option
3) Pet-friendly space
4) Urban farming

The Square menyediakan ruang pejabat berkeluasan 21,000 sq.ft untuk Common Ground dengan 15 unit lot kedai runcit/restoren di bahagian tingkat bawah dan 13 unit lot pejabat di tingkat atas (tidak termasuk Common Ground) dengan keluasan saiz lot di antara 500 sq.ft-3,600 sq.ft.
Bangunan The Square kini telah dibuka untuk sewaan. Lot pejabat sebahagiannya telah dilengkapi dengan lantai siap, pencahayaan dan penyaman udara bagi memudahkan para usahawan yang hanya memerlukan ubahsuai minimum sebelum beroperasi. 

Harga sewaan adalah seperti berikut:


Lot Kedai (Tingkat 1)- RM8.00-RM10.00 per sq.ft
Lot Pejabat (Tingkat 2)- RM4.00-RM5.50 per sq.ft
*sewaan tingkat 1 dan lot pejabat bermula Disember 2018


Untuk maklumat lanjut tentang The Square boleh hubungi : 
Eunice Wong
Tel: 012 – 287 7368


You Might Also Like

1 comment: