Gadget Murah.
Ahaa! Awak yang kaki game tu!
Peranti ini dilengkapkan dengan Game Center yang membolehkan pengguna menyemak prestasi peranti untuk memastikan pengalaman permainan yang memuaskan. VIVO V17 Pro menyediakan Voice Changer untuk menyeronokkan lagi pengalaman waktu permainan dengan penukaran suara untuk menyamai watak-watak pemain.
VIVO V17 Pro Ada 6 Kamera Dengan Harga RM1699 Sahaja!
Hey Guys! Minggu lepas Mar ke Pelancaran VIVO V17 Pro taw! Apa yang best tentang handphone ni? VIVO V17 PRo menyediakan 6 kamera utama di depan
dan belakang untuk pengambilan gambar yang mantap, dengan sokongan dwi-kamera
depan jenis pop-naik beresolusi 32MP yang terulung dalam industri, suatu
pembaikan yang luar biasa bagi kamera jenis ini yang merupakan suatu ciri
ikonik bagi peranti Vivo. VIVO V17 Pro juga tampil dengan Super AMOLED Ultra FullView™ Display, kuad kamera belakang
beresolusi 48MP, bersama ciri-ciri yang ditambah baik khas untuk gaya hidup pengguna
yang muda lagi bergaya. Fuh terbaik lah! Mar nak beli satu .Ehe!
“Penciptaan V17 Pro sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi
kami yang mementingkan pengguna. Peranti baharu dalam siri V ini tersedia
dengan sistem kamera yang menakjubkan pada kedua-dua muka peranti dan ia
bertujuan untuk memperkasakan pengguna untuk pengambilan gambar melampaui
imaginasi,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia. “V17 Pro
merupakan suatu rekaan yang amat kami banggakan kerana ia memperkukuhkan
kedudukan kami sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alih yang
terbaik di Malaysia.”
VIVO V17 PRO DIDATANGKAN DENGAN 6
KAMERA UNTUK PENGAMBILAN GAMBAR YANG MANTAP
Hasilkan gambar yang sempurna dengan dwi-kamera
depan jenis pop-naik beresolusi 32MP dengan sokongan kuad kamera belakang
beresolusi 48MP
Dwi-Kamera Depan Jenis Pop-Naik Beresolusi 32MP
Untuk Pengambilan Swafoto Yang Sempurna Pada Setiap Masa
Ciri ikonik Vivo iaitu kamera depannya kini ditambah baik. Peranti
terbaharu ini tampil dengan dwi-kamera depan yang premium, earpiece, dan Selfie
Softlight. Dengan reka bentuk aloi berbingkai penuh, sistem peranti yang
baharu ini dibina untuk bertahan sambil menggabungkan aksi mekanikal dengan
keanggunan artistik.
Kamera depan 32MP dan sudut lebar swafoto 8MP memastikan perincian
yang jelas untuk setiap swafoto yang diambil. Sudut lebar swafoto 8MP mampu
menangkap gambar dari sudut lebar hingga 105 darjah, menyenangkan lagi
pengambilan gambar berkumpulan.
Yes, memang lebar gila taw, macam boleh masuk 1kampung kalau selfie tu . hehe
Untuk menyelesaikan masalah pengguna apabila mengambil swafoto
pada waktu malam,
VIVO V17 Pro menyediakan Selfie Softlight yang menerangkan kegelapan, dan ciri ekslusif Vivo iaitu Super Night Selfie pula menyediakan penangkapan pemidang yang berbilang yang kemudiannya digabungkan untuk menghasilkan imej terakhir yang menonjolkan wajah pengguna dengan hanya satu klik.
VIVO V17 Pro menyediakan Selfie Softlight yang menerangkan kegelapan, dan ciri ekslusif Vivo iaitu Super Night Selfie pula menyediakan penangkapan pemidang yang berbilang yang kemudiannya digabungkan untuk menghasilkan imej terakhir yang menonjolkan wajah pengguna dengan hanya satu klik.
Penghasilan kualiti fotografi yang
canggih dengan AI kuad kamera 48MP
Mantapkan lagi keupayaan penggambaran anda dengan kamera utama
48MP 6P. Dikuasakan dengan algoritma kecerdasan buatan, V17 Pro menjanjikan
pengalaman fotografi yang lebih jelas. Peranti ini juga tampil dengan ciri Super Wide-Angle yang mampu
memperluaskan lagi penangkapan lanskap.
Untuk melengkapkan lagi pilihan penggambaran profesional, VIVO V17 Pro
juga tampil dengan 2 ciri yang menarik untuk kecantikan, iaitu Pose Master yang menyediakan lagak aksi
yang semulajadi untuk dipadankan dengan pelbagai jenis pemandangan, dan juga Super Night Mode yang bertujuan untuk
meningkatkan kejelasan gambar yang ditangkap pada waktu siang atau malam.
VIVO V17 Pro yang didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Knight Black dan Crystal White boleh didapati di Malaysia SEKARANG dengan harga RM1,699 sahaja taw! . Wuuuu murah & cantikkk, Mar macam tak tahu nak pilih warna apa. Urm agak agak yang mana satu?
Pengalaman visual yang tidak terganggu
dengan kamera, earpiece, dan sensor
yang tersembunyi
Pengguna boleh menikmati kepuasan tontonan dengan rekaan ekslusif Super AMOLED Ultra FullView™ Display
yang berukuran 6.44 inci dengan nisbah 20:9, dimana nisbah skrin-ke-badan
adalah 91.65%. Paparan tanpa gangguan ini direka dengan bijak untuk
menyembunyikan dwi-kamera depan jenis pop-naik, earpiece, nyalaan, dan sensor jarak ke dalam badan peranti. Ia
merupakan ciptaan yang begitu cemerlang demi penghasilan kepuasan visual yang
dapat meningkatkan pengalaman mudah alih para pengguna.
Peranti ini juga dilengkapi dengan teknologi pengimbasan cap jari
dalam skrin. Dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma
yang lebih canggih, pengguna boleh membuka kunci peranti dengan mudah dan
selamat.
Prestasi perkakasan yang kukuh untuk
penggunaan yang lancar pada setiap masa.
VIVO V17 Pro juga direka khas buat peminat permainan video. Ia
dilengkapi dengan Game Mode untuk
menghasilkan pengalaman permainan video yang lancar. Teknologi pecutan Multi-Turbo akan secara aktifnya
menaikkan taraf sistem operasi peranti untuk memastikan kepuasan pengguna.
Ahaa! Awak yang kaki game tu!
Peranti ini dilengkapkan dengan Game Center yang membolehkan pengguna menyemak prestasi peranti untuk memastikan pengalaman permainan yang memuaskan. VIVO V17 Pro menyediakan Voice Changer untuk menyeronokkan lagi pengalaman waktu permainan dengan penukaran suara untuk menyamai watak-watak pemain.
VIVO V17 Pro dijana dengan cip Qualcomm
Snapdragon 675 AIE bersama 8GB RAM + storan dalaman 128GB yang memastikan
kelancaran prestasi pengendalian aplikasi dan sistem pada bila-bila masa.
Kapasiti bateri 4100mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas dwi-enjin
memastikan peranti mempunyai ketahanan yang tinggi untuk penggunaan yang
berpanjangan dan selamat.
Jom kita cuba VIVO V17 Pro pulak okay! Tasabar nak ada satu ! xoxo
Jom kita cuba VIVO V17 Pro pulak okay! Tasabar nak ada satu ! xoxo
want to know about colourist logo
ReplyDelete