5 Tas Tangan Termahal Di Dunia ! :)

June 15, 2013,0 Comments


Hello guys Putery nak share kat korang benda yang putery 
 tak nak beli &  takkan boleh beli sampai mati 
hahhaha
takot ! 




5termahal ddunia!



(1)   1001 Night Diamond Purse

Aksesori fesyen ini adalah beg tangan yang paling mahal dunia .Beg ini diperbuat daripada emas 18 karat dan dihiasi 4,517 butir berlian dan dijual dengan harga RM10.81 Juta.Berlian yang menghiasi tas tangan ini terdiri daripada 105 berlian berwarna kuning ,56 merah jambu dan 4,356 berlian putih .Berat berlian tas tangan ini keseluruhannya ialah 381.92 karat .





(2)   Chanel ‘Diamond Forever’ Classic Bag

Diperkenalkan pada Disember 2006,tas tangan dengan model klasik ini terdiri daripada 334 berlian dengan jumlah 3.56 karat dan 18karat emas putih .Beg ini dijual dengan harga RM786,000 .Beg ini hanya dikeluarkan dengan jumlah terhad iaitu 13unit sahaja di seluruh dunia .Lima antaranya dijual di Amerika Syarikat.



(3)   Hermas Matte Crocodile Birkin Bag

     Biasanya harga beg tangan berjenama ‘Birkin Hermes’ sekitar RM60,000 ,
     namun beg  tangan ini boleh didapati dalam harga Srm360,000.Diperbuat daripada
     kulit buaya asli dan    dihiasi dengan emas 10 karat.




(4)   Lana Markas Cleopatra Bag

     Beg jenama ini diperbuat daripada kulit buaya berwarna perak metalik .
     Marks memperkenalkan Cleopatra Clutch bagi edisi terhad dan hanya tempat 
     tertentu saja yang boleh didapati .Di bahagian atas tas tangan ini mempunyai 
     1,500 berlian hitam dan putih   serta 18 karat emas putih .Ia dijual dengan
     harga RM300,00.


(5)   Leiber Precious Rose


     Tas tangan ini dinamakan ‘The Precious Rose’ .Beg tangan ini memang sangat cantik 
     dan sesuai dengan wanita yang bekerja untuk dipakai di majlis-majlis mewah .
     Dibuat dalam bentuk ros,turut dihiasi dengan 1,016 butir berlian dengan jumlah 
     42.56  karat dan 1,169 permata berwarna merah muda serta 800 kristal 
    ‘tourmalines’ .Tas tangan ros ini dijual pada harga RM186,000.




 Oh noooo ! Semua santek santek kan readers ! 
btw tahniah sape yang dapat menggunakan semua tas tangan ini ,putery hanya mampu tengok aja .celik mata luas luas sampai terkeluaq biji mata sudaaaa .:)

Thanks for reading !
bye terindah:)





You Might Also Like

0 comments: