OWH ! Adab Kentut? :)

June 24, 2013,15 Comments

(MESTI BACA)


Adab Kentut (membuang angin) menurut Sunnah.

Islam melarang kita melakukan sesuatu perbuatan yang memalukan diri seperti kentut 


dihadapan orang ramai dan sebagainya. Walaubagaimanpun bagi mereka yang terkentut

 maka hendaklah menyembunyikan perbuatannya dan meneruskan pekerjaannya seperti 


biasa.


Hal ini berdasarkan hadith daripada Aisyah RA yang berkata, Nabi Salallahualaihiwassalam 


bersabda : إِذَا أَحْدَثَ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلْيَأْخُذْ بِأَنْفِهِ ثُمَّ لِيَنْصَرِفْ 'Jika salah seorang daripada 

kamu terkentut sewaktu solatnya maka hendaklah dia memegang hidungnya lalu beredar


 (dari solat).' [riwayat Abu Daud no. 1114]



Kata al-Khattabi, perintah supaya memegang hidung itu supaya seolah-olah orang lain 


menyangka dia menghadapi hidung berdarah dan keluar bukan sebab kentut. Ini adalah 

bagi melindungi perkara yang memalukan dan tidak termasuk berbohong sebaliknya dari


 akhlak yang baik. [Awn al-Ma'bood]



Manakala bagi orang yang lain pula adalah haram mengejek dan mentertawakan orang 


yang terkentut sebaliknya mereka harus meneruskan urusan seperti biasa seolah-olah tiada 

apa-apa yang berlaku. Bahkan di dalam hal ini, menutup aib saudara kita adalah merupakan 


suatu sunnah dan kemuliaan.



Abdullah bin Zam'ah RA meriwayatkan bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam menegur 


perbuatan mereka yang ketawa ketika terkentut dan buang angin dengan sabdanya : لِمَ 

يَضْحَكُ أَحَدُكُمْ مِمَّا يَفْعَلُ 'Kenapa salah seorang daripada kamu ketawa terhadap apa yang dia 


juga lakukannya? [riwayat al-Bukhaari dan Muslim]



Hadith di atas bermaksud kentut itu dilakukan oleh semua orang maka tidak sepatutnya dia 


ketawa terhadap orang yang terkentut kerana dia juga mengalaminya. Bahkan Imam An-

Nawawi rahimahullah menyebutkan bahawa hal ini adalah menjadi hujah bahawa dilarang 

mentertawakan orang yang kentut sebaliknya dia harus mengabaikannya dan meneruskan 

urusannya seperti biasa seolah-olah dia tidak mendengarnya. Hal ini termasuk dalam adab 

dan akhlak yang baik dengan manusia lain. [Al-Minhaj]




You Might Also Like

15 comments:

  1. nice sharing. mmg malu kalau terkentut tak tahan kan. huhu,

    btw, singgah sambil follow sini! :) #61
    http://ice-chirp-chirp.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. kentut ni kekadang main lepas je, ada yang bikin jenaka huhuhu

    ReplyDelete
  3. hhe betul tu faiz .kentut masuk dalam botol pun ada waaaaa .itu my abg punye kerja! :-(hhe

    ReplyDelete
  4. ilmu perkongsian yg bagus.. :)
    let's come to my site. follow you~
    http://wonderfullifezanahamdan.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks zana .. saling berkongsi ilmu semua! .oraite i'll

      Delete
  5. thank you sharing this entry... :)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. thanks nizaa .moga boleh share2 pndpt nanti

      Delete
  7. kentut pun perlu adab... insya allah, bersama amalkn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhe betul tu sam .benda yg memalukan perlu disorok .:)insyllh .sama-sama kita amalkan ..

      Delete
  8. tq share..selalu kalo ngan kawan2 masa kat uitm tu siap lawan2 kentut lagi wakkaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Phat :hhhha kamoooOO eeee hhhahaha mmg laa sama ngn abg kat rumah xreti nak bersopan sintun ,hhe lucu jeee

      Delete
  9. Jom tukar2 link dear..fllow my blg tau..
    http://miszfinazrul.blogspot.com
    best r bc blog u..hehe

    ReplyDelete