Banjir Besar 2014

Banjir Beri Keinsafan Setiap Manusia Muka Bumi

February 23, 2015,2 Comments



Assalamualaikum there :')


Biasanya setiap tahun banjir hanya akan naik di kawasan-kawasan rendah ,so bila dah di penghujung tahun 2014 ,satu family x jangka ia adalah banjir besar ! seingat saya selepas tragedi thunami pada tahun 2004,banjir besar berlaku di kampung ,seakan pulau ,hanya nampak separuh rumah  tingkat atas  ,ketika tu saya darjah enam ,yuhuu ! macam suka ja banjir time tu ,masih kanak-kanak ribena kan memanglah suka main air ni ,hahaha .*kantoi* ,i was a childish back then okay ,satu family saya hanya berpindah di tingkat atas rumah ,Alhamdulillah hanya tingkat bawah sahaja yang tenggelam. Itu cerita last banjir besar sebelum ni .










hmm .
Cerita Banjir  2014 baru baru ni susah nak tafsirkan dengan kata-kata ,hanya dengar cerita dari abang dan keluarga Di semester 7 dengan final exam tak dapat  balik saat-saat genting ,jasad di sini tapi hati kat kampung ,tuhan tahu betapa susah hati sangat sangat ,risau keselamatan keluarga .





Panik ! 
air dengan laju memenuhi satu kampung ,hanya jalan untuk family, adalah punggah semua barang  bawa naik ke tingkat atas .Di benak fikiran ,masih lagi mereka berfikir mungkin seperti banjir dahulu kala ,bermalam di tingkat atas dengan barang penuh sesak ,dengan anak anak buah saya penuh ramai ,malam hari family tidur tidur ayam berjaga dengan penuh hati , risau keselamatan diri dan yang lainnya .

saat waktu subuh ,air lajuu tanpa segan memenuhi ruang ruang di tingkat atas tempat mereka berteduh.Allahuakbar !  Orang orang kampung dengan cemas hati ,menyelamatkan diri dengan bot,perahu  mereka . 

Dengar jeritan orang ramai "kat sini,kami kat sini,tolong bawa kami! "
masing masing ingin diselamatkan dari rumah ke rumah .Keluarga saya masih lagi belum diselamatkan ,abang berteriak memanggil manggil bot ,melambai lambai tapi tiada satu pun yang berhenti ,hanya risau keselamatan anak anak buah yang masih kecil ,baby hinggalah 4 tahun .masih kecil ,mereka takkan mampu menyelamatkan diri sendiri ! 
SubhanaAllah ,dugaan tuhan .



Air makin laju makin dalam .Abang dah berputus asa  utk menunggu lagi ,dengan rasa tiada takut ,abang buat keputusan untuk terjun berenang ke rumah jiran dapatkan perahu kecil milik Pak cik Rashid .Tapi tuhan masihjaga keselamatan abang .Bot yang lalu lalang berhenti saat tu juga untuk selamatkan family saya,saya tahu masih adaa orang lain memerlukan bot untuk diselamatkan , "CEPAT!"
Tuan empunya bot ,suruh tinggalkan semua barang-barang yang dipacking ,sebab masa tak mengizinkan ,mungkin kalau setiap rumah seperti itu ,pasti akan ada manusia yang tak kan sempat diselamatkan ,tiggalkan semua ,selamatkan nyawa lagi penting .family redha dengan segala .Tanpa fikir wang ringgit ,emas  bagai hanya menyelamatkan diri dan anak anak kecil .Bot bawa family ke sekolah tingkat 3 ,Alhamdulillah semua selamat ! 

Allah .. 
Sebak dengar cerita dari abang ,mereka rasa derita sedangkan diri aku? Ahh .tsss
* lap airmata jap * stop ! jgn nangis !
Tuhan tahu,betapa diri nak rasa derita sama seperti mereka tempuh ! Seminggu tidur tanpa nyenyak di sekolah ,tanpa makan cukup , baju tanpa bertukar lain .


Aku di kampus ,tak tenteram rasa hati . hari bertukar hari menangis sendiri .Aduhai ,ke library study dan buat thesis ,tapi hanya linangan air mata memenuhi masa .Berdoa dan terus berdoa .
Sampai hari ke 3 baru dapat khabar berita dari  anak kampung di  perantauan ,semua keluarga di kampung berpindah ke sekolah ,diri diam berdoa supaya tiada yang cedera dan sebaliknya dalam saat cemas mereka . Allahuakbar .

Seminggu menunggu air kian surut .
Diri diperantau masih menunggu saat tamat final exam . Pulang di kampung ,hati redha pasrah dengan keadaan semuannya ,seperti cerita zaman dulu dulu kala warna sepia ,pokok dan rumah rumah semuanya berwarna coklat diwarnai dengan selut selut .


Allahuakbar .Besar dugaan Mu ,Besar juga pahala untuk orang orang yang bersabar dan redha dengan kehendak Tuhan .Hampir 30 rumah di kampung Kuala Nal runtuh dan hilang dari puncanya termasuk rumah arwah nenek bersebelahan rumah sendiri ,runtuh tanpa ada apa apa .





Alhamdulillah ,rumah yang tidaklah besar ,11 bilik boleh diduduki lagi , Rumah jasa pengorbanan ayah ,walaupun ada yang terkurang disebalik sudut dek banjir  ,kami redha dan bersyukur dengan semua sekali ,perabot habis tak dapat diselamtkan termasuklah barang-barang sendiri hilang ghaib hancur musnah ,hati sedih tiada guna anggaplah ada lagi yang lebih teruk musibahnya .Allah !








Hairan di benak hati ,bila balik kampung selepas banjir hari tu ,kelihatan mereka ceria ,masih lagi mempamerkan wajah dengan kebahagian  walaupun rumah rumah semua rosak ,Tapi saya tahu dalam diri mereka tak sekuat itu ! isk ... : (

Btw,saya bangga dengan ketabahan mereka terutamanya keluarga saya sendiri .
Ma Ayah bersabarlah ! Stay strong .

Itulah ,Kadang kesusahan membawa kepada kebahagian ,
Kenapa saya kata macam ni? 
Sebab saya pasti setiap ujian dari tuhan 
untuk didik  rasa sabar kita dan terima ujianNya dengan penuh keinsafan hati .









Terima kasih sudi luangkan hati .

P/S: Nak tengok gambar saat banjir? Wait next entry ya,
Nak korang jadi pembaca setia saya .Tak kira ! eh .

Eheh .Have a good day .Bye ! :' )






You Might Also Like

2 comments:

  1. Sayu tgk pics tu. Allah uji sbb Allah tau mereka kuat!

    ReplyDelete
  2. kalian mmg org2 yang kuat semangat!salute!

    ReplyDelete