Facial treatment

Facial Treatment terbaik untuk wanita sahaja - BIO PEARL Advanced Skin Care Bio Formula

August 17, 2016,4 Comments

Assalamualaikum korang yang cantik cantik!

Alhamdulillah semalam dapat luangkan masa nak buat treatment muka. Sebelum ni selalu busy tak sempat nak pergi . Dan yang excitednya dapat rasai facial treatment kat tempat yang diidamkan hhe .
mestilah kat BIO PEARL . sebelum ni selalu nampak je kedai ni . Akhirnya dapat juga masukk . 



Kalau stress kerja , nak relax jap memang sesuai datang buat facial jap . Luangkan masa 45minit ke 1jam okay je balik kerja pun boleh . hhe

Masa sampai kat BIO PEARL disambut dengan senyuman manis depaaa ni . haih! semua manih manih tak tau nak amik yg mana buat calon menantu ehhh . hhaha  Okay masa tu LIA staff  Bio pearl ni yang akan buat traetment untuk aku . Lepas isi form apa semua . aku diminta untk masuk ke bilik treatment . Huyoyy . tetiba excited sebab pertama kali giteeww . Aw!

FACIAL TREATMENT BIO PEARL :

1)Facial Cleansing Oil (Remove Make up)
First sekali yang Lia buat, dia bersihkan dulu make up . Sambil dia check kulit. Aku sendiri pun tak tahu jenis kulit aku ni macam mana, problem tahap mana . ahhah serius tak pernah ambil tahu . Huh . Busy sangat bekerja kan . Nasib baik singgah sini .

2)Sensitive Cleansing Sebum Cleansing
Kemudian , lepas bersihkan make up , Lia guna Sebum  untuk bersihkan muka. Pembersih muka ni memang sesuai jugak untuk kulit yang sensitif taw .

3)Skin Moisturizing Lotion /Essential Toning Lotion (Toner)
Kemudian , Lia gunakan  lotion kulit /Toner . Rasa sejukkk je . tetiba rasa nak tertidur . Ewah . hhe

4)Soft Wxfoliating Scrub
Barulah , Lia guna scrub sapu kat muka . 

5)Extraction (Remove Black head + White Head) 10-15 minit
Lepas selesai semua tu , Lia  buang semua Black head & White head yang ada, Haaaa yang ni rasa pedih siket mungkin sebab aku tak biasa buang benda benda tu . Tapi okay je . Tahan la

6) Sensitive Cleansing / Sebum Cleansing
Lepas habis dibuang, Lia kembali bersihkan muka aku dari kekotoran proses buang black head & white head tadi laaaa . Owww baru aku ngerti! setiap apa benda yang nak dibuat kena la bersih . biar hilang semua bakteria bakteria degil tadi .EHHHH over pulak haha.

7) Relaxing massage cream (10 -15minit)
Then, Lia ambil massage cream untuk urut muka aku , haaaa yang ni part yang paling best . lembut je jari jemari Lia ni , muka dapat dimanja manja dengan penuh kasih sayang giteeew hhe. Best lah Lia! nak lagi . hhe  bukan setakat muka je taw . dia akan urut bahu bahu kita jugak . memang seronok bila kena urut kat belakang bahu . Tempat port best . hhhe 

8)Bersihkan guna air bersih (selepas massage)
Kemudian, macam biasa Lia akan bersihkan muka aku lagi selepas buat proses massage tadi . 

9) Masker(GoldMask) (Whitening sensitive mask/ Black Mask ) 15 minit
Okay dah selesai semua tu , Lia akan pakaikan aku Gold Mask kat muka . Yang paling best aku dapat rasa Gold Mask yang exclusive sangat ni . Mestilah best . Lia pakaikan tadi sapu rata, rasa sejukk je macam duk dalam guaa hahahha . kemain imaginasi kan! . Then , dibiarkan selama 15 minit . So apa lagi sambil ditemani oleh lagu & zikir zikir di corong radio tu aku tertidur sat . Allah best memang seronok rasa seakan satu terapi penenang jiwa buat facial ni . Serius , mana nak cari tempat facial best macam ni siap ada zikir zikir tu lah best untuk kita rehatkan jiwa sekaligus kan .



10) Final Touch up ( Toner + Pelembap + UV + Foundation Treatment (Miracle Beauty Balm)
Lepas Lia bukak Mask Gold tadi . Rasa segarnyaaa lahai , best !.  Bagus jugak BIO PEARL ni kan walaupun waktu tu dah nak asar Lia tanya dulu nak solat dulu ke tak, better solat dulu kan sebab nak buat final touch up sebelum aku balik nanti dah tak payah nak bersihkan muka nak solat bagai dah . So aku decide untuk solat dulu . Complete dengan Surau BIOPEARL ni. Serius bagus . Makkkkk! datang sini eh tetiba call Mak suh datang buat facial gak . hhe . Lia buat Final touch op kat kulit muka ni . 

Yes Final Touch up sesi last ni paling best, Lia pakaikan toner dulu ke seluruh muka , kemudian sapu UV dulu , sesuai jugak untuk kulit muka yang berjerawat taw . Then Last sekaliii . Lia pakai kan aku Foundation Miracle Beauty Balm . Ahaaaa yang ni paling suka sebab buatkan kulit ni glowing je .


Da siap!





Ini lah Foundation Miracle Beuty Balm yang best tu , nampak licin tak perlu nak sapu bedak bagai dah . Memang jatuh cinta sangat dengan yang ni . Mar dah ada satu ! Korang jangan lupa nak nampak segar nampak sihat guna produk dari BIO PEARL taw . 








Lepas buat treatment semua tu tak sangka pulak dihidangkan dengan TEH HALIA PANAS . Sedapnya rasa segar tu Allah je yg tahu . Yela tadi dapat facial treatment , massage , then dapat pekena Teh Halia Panas ni pulak . Best ! Memang Best! Seronok sangat . Teh ni boleh hilangkan angin angin dalam badan taw . A,ah aku ada angin jugak , muda muda lagi ada angin . haihh . memang lepas ni nak amalkan teh halia panas la .



Alhamdulillah selesa rasa . Rasa buat terapi keseluruhan je tadi . 
Yang penting BIO PEARL hanya untuk wanita sahaja taw . So seronoklah berkemban dalam tu . hiks Oppss . hhe
Lagi lagi sekarang ni ada promotion pulak korang rugilah tak pergi . Kalau Mar kan nak bawak semua satu famiy taw , bila lagi nak belanja Mak , kakak rasaa . Murah pun murah .





So korang yang berminat & tengah cari facial treatment best Mar memang bagi suggestion korang buat kat BIO PEARL taw . Don't worry . Banyak cawangan Bio pearl ni so memang sangat memudahkan . Have fun taw semua ! 


Biofem Beauty Resources
No.29-1-1, Jalan Setia Prima AU/13A, Setia Alam.
No. Tel:
018-2168548

Bio Pearl Hq (centre) Bangi
No. 2A & 4A, Jalan 4/12B, Seksyen 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor
No. Tel
0122339700/ 0122047711

Bio Pearl Skincare Bangi Gateway
Lot 2-11 & 2-12, Block A, Persiaran Pekeliling, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
No. Tel:
016-337 1566

Kipmall Bangi Utama Shopping Complex ( warta) 
Lot 2-05 Tingkat 2, 43650 , Bandar Baru Bangi, Selangor 
No Tel :
012-2337900/ 012-6847900

Website:

Facebook:

Instagram:

You Might Also Like

4 comments:

  1. Kadang2 seronok juga memanjakan diri kan?

    ReplyDelete
  2. Memang best dan puas hati dengan facial treatment di bio pearl. Insya Allah next month nk repeat!

    ReplyDelete
  3. Memang best dan puas hati dengan facial treatment di bio pearl. Insya Allah next month nk repeat!

    ReplyDelete
  4. part solat tu yg paling suka..best lelagi tmpt utk perempuan je kan...

    ReplyDelete