tips

Elakkan Mulut & Nafas Berbau

December 08, 2016,2 Comments

Ahaa, lama tak tulis tips tips best untuk korang semua!
Jom Mar share tips untuk elakkan mulut & nafas korang berbau . Please take care your mouth okay . Ramai yang tak sedar mulut berbau sebenarnya . Hmm, tak de mood nak borak kalau jumpa org yg mulut berbau . Serius okay . Well, kita as human mampu diam je la, nak tegur nanti sentap beribu .

So as solution Mar cari tips untuk korang semua yang malas search sendirikkkk! hhe


TIPS ELAKKAN NAFAS BERBAU 


1)Gosok Gigi 

Kebanyakkan yang Mar tengok orang yg gigi cantikk ada masalah mulut berbau ni, mungkin depa ingat gigi diorang helok putih berseri so tak yah gosok gigi pun tak pe . Hmm . Please okay, atleast bangun tido gosok gigi, nak tidur wajibkan gosok gigi .Tak  de lah korang tidur kemam mulut yg berbau apa apa entah tu .

P/S : Orang yg mulut berbau dia susah nak bau mulut dia sendiri, so korang p tanya orang lain. 'Weyh mulut aku berbau tak' haaa canggituuu .


- Mar cakap macam tu sebab Mar ada kakak ni dia gigi paling cantikk dalam family tapi taksedar pun mulut dia berbau huh, nak marah okay, kita bukannya cerewet pun tapi , kena jugak cakap sebab nak suh dia sedar . Dia sendiri pulak yg tak caye , " Eh yeke berbau dikk? " huh itulah tuan empunya badan memang takkan sedar . So baru dia alert .

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha bahwasanya Rasulullah bersabda: Siwak itu adalah menyebabkan sucinya mulut dan menyebabkan adanya keredhaan Tuhan.”(Diriwayatkan oleh Imam Nasa’i dan Ibnu Khuzaimah)



2) Bersih Lidah

Yang ni semua orang tak sedar kan , sebenarnya lidah pun punca nafas berbau tahu. Seronok gosok gigi je hari hari tapi lidah terabai . Please gosok 2x sehari lidah korang semua sebab ia boleh mengurangkan bakteria biofilm. 
Bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius ni. Banyak bakteria tersembunyi kat rekahan lidah kita tu dan jugak di bahagian belakang lidah. Lidah kan mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, So that's why la ada masalah nafas berbau. 
Hurm, gosok gigi pun malas inikan pula nak bersih lidah . Gosoklah lidah jugak T_T . Kita boleh guna pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi jenis yg mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi . Ahaa so senang lepas gosok gigi gosok lidah sekali .

3) Berkumur
Lepas makan , amalkan berkumur untuk buang sisa sisa makanan yg terlekat kat gigi ,  nak gosok gigi pun boleh , tapi takkan lah lepas makan gosok, lepas makan gosok . Sebab Mar tahu korang hidup hari hari makan je 24jam kan? hahah kesian lah . Tapi just amalkan berkumur pun dah okayy . Jangan biarkan mulut kita dengan sisa makanan . Kita biarkan macam tu buatkan mulut & nafas berbau sebenarnya . Helokkk je sisa makanan tu tersenyum dalam gigi berjam jam . Hurmm . 

4) Minum Air masak 
Pastikan kita amalkan minum air masak. Dengan minum banyak air boleh jugak elakkan mulut kita dari berbau taw. Paling kurang minum air masak paling kurang 2 liter (16 gelas) sehari. Tak mustahil lah sebab kita boleh minum air kosong segelas setiap jam sebenarnya . Nak keluar g mana mana ce bawa air mineral dalam botol janganlah malas sangat. So setiap masa kita boleh minum air masak. Mulut kita sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Insha Allah boleh elakkan dari nafas berbau. Jom amalkan okay.

Meminum air ni kan merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi dan jugak melembabkan mulut, so bakteria ‘anaerob’ pun takut dah nak stay hhu. Kalau korang ada masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau yang selalu bercakap, cara ini paling baik untuk memastikan mulut korang sentiasa berair.

5) Jumpa Doktor Gigi
Kadang, orang salah faham kena jumpa doktor gigi time gigi sakit je , Actually kena jumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali. Pergi lah check , buat whitening ke . hahah . Okay untuk korang yg ada masalah mulut, gigi dan gusi kena jumpa doktor awal awal, jangan sampai tahap serius baru nak jumpa doktor . Bila gigi sakit korang pun malas nak gosok gigi kan,gusi sakit lah , tahan macam tu sampai bila nak sembuh kan.
Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi korang dari plak dan karang gigi . Yang paling penting  boleh hilangkan bau pada mulut . So check okay .

6) Kunyah Gula Gula Getah
Kalau Mar , Mar akan stanby gula gula getah kalau nak naik flight/ bas untuk perjalanan yang jauh. Bila bangun pagi rushing mana sempat nak ke toilet berus gigi kan, so kunyah gula gula getah pun okay untuk wangikan mulut . 
Anyway, gula gula getah simpan dalam bag setiap masa taw. Sebab korang boleh kunyah gula gula getah bila dah hbs makan . Terutama lepas makan tengahari . Selain berkumur, gula gula getah pun salah satu solution untuk elakkan mulut berbau. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang.
Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Sebab itulah nafas kita berbau apabila bangun dari tidur, ini adalah kerana aliran air liur rendah ketika seseorang berbaring/ tidur.

7) Pemakanan
Masalah nafas berbau ni kesan sampingan jika korang mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan. Selain tu, makanan yang dimakan jugak mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih, kopi dan sebagainya.
Kalau nak hidup sihat amalkan mengambil makanan yang banyak mengandung vitamin E dan C, misalnya buah-buahan, sayur-sayuran. Misalnya: mangga, bayam, aprikot, bijirin gandum, susu soya dan oren.
Korang makanlah makanan yang sihat yang sedikit keras masa sarapan sebab makanan yang agak keras seperti cornflakes, kekacang dan buah epal dapat membantu membersihkan bahagian lidah paling belakang.
Gambar Mar ni untuk pembakar semangat! Ehh hhe

So korang cuba okay! 
P/S : Jangan lupa tanya orang sebelah. " Mulut aku berbau tak?" Ekekek. Janganlah malu. Alaa siblings kan ada, tanya la depa sebab siblings ni orang paling jujur nak matikk dalam hidup ahhaha .

Bye Thanks reading . 
Mar tak cerewet okay. tapi Mar nak bantu semua orang! 
Love you xoxo 


You Might Also Like

2 comments:

  1. terima kasih untuk tips. nanti nak try dengan Kak Mar lah ^^ hehheee harap Kak Mar tak marah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi sesuatu.

    Masalah nafas atau mulut berbau juga dipanggil halitosis. Masalah ini disebabkan oleh masalah yang berpunca daripada bahagian hidung, sinus, tekak, gigi, ruang mulut, paru-paru mahupun dari perut. Semua bahagian ini ada bersangkut-paut dengan ruang pernafasan.

    Selalunya halitosis berpunca daripada mulut. Tahap halitosis itu bergantung pada jenis makanan yang dimakan, obesiti, tabiat merokok dan minum arak. Lokasi paling biasa bagi halitosis yang berpunca daripada mulut adalah lidah, di mana bakteria lidah adalah punca sehingga 90% masalah nafas berbau.

    Antara punca-punca halitosis adalah:
    1. Masalah pembuangan air besar yang tidak teratur. Meskipun gigi anda tidak bermasalah, tetapi pembuangan air besar yang tidak teratur boleh menyebabkan masalah ini.
    2. Pengambilan makanan yang berasaskan rempah-ratus.
    3. Pengambilan makanan yang berbau seperti durian, petai, jering, kerdas dan bawang.
    4. Disebabkan oleh penyakit seperti diabetes, stres, darah tinggi dan lain-lain.

    Halitosis tidak dapat diatasi hanya dengan mengamalkan penjagaan gigi dan oral yang baik. Walaupun sudah menggosok gigi beberapa kali dan menggunakan ubat kumur, masalah bau mulut masih tidak hilang.

    Namun begitu halitosis dapat diatasi dengan mengamalkan kaedah-kaedah berikut:
    1. Mengelakkan pengambilan makanan yang berbau.
    2. Membuang air besar setiap hari.
    3. Minum banyak air.
    4. Menggosok gigi sebelum tidur.
    5. Menggosok gigi selepas makan.
    6. Menggunakan pewangi atau penyegar mulut.

    Yanty
    www.noraessential.com

    ReplyDelete