Food

Resepi Ayam Tandoori bersama rempah tandoori sedap & murah !

March 23, 2017,2 Comments

Tahu tak masak tandoori ni sedap sangat!? Mar jarang makan tandoori kat kedai taw, sekali dua ada la. Itu pun sebab jarang lepak Mamak. Tapi tapii tapiii. Bila try buat sendiri ayam tandoori kat rumah . Perghh paduu hhe . Mar kongsi resepi simple gadis rumah sewa siket!


Mar guna bahan bahan yang ringkas simple past tense je. hhew . Ini resepi ringkas je taw.

BAHAN-BAHAN :-)

1-4 kepingan peha AYAM
3-4 sudu besar REMPAH TANDOORI @foodsandspices
2-3 sudu besar YOGURT
1sudu besar perahan LEMON
2 sudu besar PLANTA /MINYAK
Daun Salad untuk hiasan
Sedikit hirisan bawang merah besar(bawang india)

CARA CARA MEMASAK GUNA KUALI 
Ambil ayam yang dah siap dicuci, Masukkan rempah tandoori (ikut kuantiti ayam yg diguna) 1-2 sudu besar Mar guna utk 1 paha ayam, Masukkan 2 sudu besar yogurt then Mar perahkan lemon (sebab Mar suka rasa masam lemon) Gaul rata dan Perapkan selama 1jam -2jam . . Panaskan kuali dan letak planta . Baru lah masukkan ayam yg dah diperap tadi. Guna api yang perlahan & tutup kuali dengan penutup. Selang beberapa minit terbalikkan ayam tadi dan tutup balik biarkan ia masak & garing . Jangan terlalu lama kalau guna kuali yang nipis nanti hangit! heeew . 
P/S: Bagi sesiapa yang stay rumah sewa tiada oven atau pemanggang boleh guna kuali . hhiks! menjadi okayyyy . 
CARA  MEMASAK GUNA OVEN 
Panaskan pada suhu oven 200C, letak ayam dalam bekas yang tahan panas taw, Bakar dalam 40minit atau hingga masak. Selepas 20minit,  kena keluarkan dan terbalikkan ayam tu. Dan masukkan balik sehinggalah masak  : ) 
CARA MEMASAK GUNA PEMANGGANG
Bakar dalam pemanggang/kuali ajaib  mengambil masa lebih kurang 20 - 25 minit sahaja untuk masak. Sebab kuali betutup dan proses memasak lebih cepat. Isinya pun lembap dan tidak kering. Jika dibakar atas bara api, oleskan lebihan bahan pemerap atasnya sambil dibalik2kan

Yang penting korang gunalah rempah ayam tandoori dari @foodsandspices ni . Memang bestlah . Mar nak repeat lagi beli . Rempah ni boleh jugak buat masak IKAN & DAGING taw . Perghh pasni Mar buat resepi ikan tandoori & daging tandoori la pulak . hhiks! 

Fuhh. masak makan dengan nasik atau capati besttt ni. Panas panas pulak terbaiklah. Pedas dan bau rempah dia Mar suka . Kalau yang kat kedai tak terliur sangat nak makan, bila buat sendiri memang nak makan tandoori je tiap hari hhe.
Tengok Mar siap bawak ayam tandoori ni kat office sebab sedap weiyhh makan ratah macam tu je pun best. Mar dok berceghita kat korang semua ni pun tertelan air liur rasa nak p masak lagi . Hhe!
So kalau korang nak makan tandoori bolehla order dengan Food and Spices ni taw. Seriously recommeded . Nak repeat order lagii pleaseee!! Tunggu ikan & daging tandoori plk Mar masakkk. hhe

REMPAH TANDOORI FOOD AND SPICES 
CONTACT : 012-5994044 .
INSTAGRAM : @foodsandspices
FACEBOOK    : @foodsandspices


You Might Also Like

2 comments:

  1. Auwwww.. Sedapnyeee ayam tandori tu.. Nanti boleh la try masak kat umh sewa gak. Hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya ayam tandori tuuu. Makan dengan roti Naan Cheese. Sedap sungguh. Hahaha Nanti boleh lah try beli dan masak. Tq mar kenalkan, resepi baru ni :D

    ReplyDelete