askar comel

20 Gambar Putery Memory Bawa Pedang | Sword Bearer

July 10, 2017,4 Comments

Hey guys! Okay kali ni Mar share hari Mar buat SB iaitu Sword Bearer (Pembawa pedang) kat Majlis Perkahwinan kawan Mar, Leftenan Muda Shauqi & Ayuni.
Tarikh : 8 . 7 . 2017 | Tempat : Ipoh, Perak 
Kalau korang nak tahu, bukan sebarangan orang boleh sarung baju & pegang pedang ni. Hanya tentera & orang yang ada pangkat pegawai sahaja yang boleh bawa pedang . Ye lah, Mar ada Leftenan Muda(wataniah) sebab tu Mar dapat buat . Heheh . Kadang, ada yang konfius why dia dapat buat, dan why dia dapat kahwin jalan bawah pedang . Kalau hang tentera & ada pangkat pegawai ke atas bolehlaa k! Tapi Mar hanyalah Wataniah ya. Mar ada lapor kat Kem 515 (Kem asrtis tuu Opps) tapi takpernah pergi training lagi since tauliah dari UPSI dulu disebabkan kerja hakiki . Adik adik student yang pernah join palapes kat U masing masing dulu, inilah cara dia nak cari duit poket. Opps . hahha Coki jangan maraa haaa .  
Mar bertolak dengan kawan kawan dari KL ke Ipoh , kami kena bertolak awal sebab nak rehearsal dulu sebelum majlis. Berdebar jugaaaak sebab dah lama xbuat SB, last tahun lepas kat Majlis senior .


Bila dah sampai semua geng SB yang lain, kami kena prepare utk pakai pedang, nak pakai benda alah ni konfius siket. Sib baik kawan kawan semua tolong pasangkan. 
Kat sini, Mar dapatlah kenal dengan geng SB yang lain . Ada yg junior batch bawah Mar . Dari Usm, dan dari Upnm.  Syok jugakk sebab depa ni baik baikk tapi ada sorang tuu yg koya jadi tok mandor jong ngaroh pandaaa  . Huk alos .
Pergh muka Mar kalau serius . Ni pic mengadu kat Nat ke hape Mar? .
 Lagi lagi masa hari kejadian ada budak UPNM cari pasal dengan Mar, nak kena tumbuk ke nak kena cium? haa geram pulak Mar! hahha mentang mentang kau upnm, kau 1batch dengan aku jaa okay, ingat hebat sangat . Bagi la chance aku nk rehearsal byk kali apa masalah kau nak tunjuk pandai. Kau ingat aku baru lepas tauliah semalam? . Then, kau saja jadi singa jadian nak buat orang gelabah apa pasal . eeee sakitt hati aku tak habis lagi . Upnm kalah dengan Universiti aku taw dulu . Yelah training siket je dah tunjuk pandai ingat kau menang,orang lain training byk kali dapat hasil. werk buat malu je! hhu 
Ni pakai pedang untuk rehearsal je dulu . Rehearsal ni sangat penting . Kalau dah lama tinggal memangla agak kekok siket . Dan kalau Mar nak berlatih xboleh suara suara negatif kacau . Please respect orang dengan kata kata baik murni . Ingat hang senior? hha 
Ready for rehearsal .

SB kali ni bersama dengan batch sama tauliah dengan Mar juga & juga batch bawah . 
Upnm , Usm & Usim
Tq Aqram yang lead SB kali ni! 
Kat sini lah kami akan mula iringi pengantin nanti .


Paling suka gambar ni! haha rasa macam heroin nak p menyelamat hero nyaaa . 
Auchhhhhh!
Bila tiba je depan pelamin , kami akan stop utk buat silang pedang .
Bila silang pedang ni, pengantin akan lalu bawah pedang ni . Masa ni laa moment yang paling best untuk pengantin. Berjalan bawah pedang gitteww . hhe 
Rasa proud gila taw bila dapat pegang pedang utk pengantin . Bangga la sebab tak ramai yang dapat rasa pengalaman ni. Alhamdulillah, Thanks God !
Hai adik comelll nak lalu jugak kaa? hehe 
Okay boleh tak saya nak belah hati awak dgn pedang ni? Nak tengok saya ada tak kat dalam tu? hhu bagi la chance Mar buat pickupline SB sat . hhahaa
 Okay, bila dah habis rehearsal . Kami kena bergegas utk salin pakaian pakai baju One dress. Nak pakai ni makan masa lama jugak, tapi disebabkan dah biasa training dulu rasa pantas jugakla siap, dengan dibantu oleh 2pengiring Mar yg comel iaitu Natrah & Syafeera. hhu Masa ni tetamu dah ramai, makin laa rasa debor kan sebab ramai mata mata akan tengokk . .
Okay ready!


SB kami diiringi juga dengan 2 orang abang askor tiup bag pipes . 
 Kami akan start dari awal untuk sambut pengantin perempuan sampai, dan iringi pengantin masuk sampai ke pelamin. Dan masa tu tetamu akan teruja untuk tengok & kamera pun banyak depan kau . Mestilahhh Mar pun rasa teruja jugaaakkk . Eh hahah 

Mar tak de gambar berjalan masukk. Nanti korang boleh tengok video SINI okay! 
 Lepas selesai . Ada sesi pemotongan kek . So para SB akan buat silang pedang masa pengantin potong kek tuuuu. Comellll sangat . Alahaii nak jugaaak hahhaha








Sweetnya Ayuni! Tuan Coki malu malu ke ? Ehh


 Bila dah selesai, baru lah legaa dapat bergambar sakaaaannnnnn !




 #Teambawadulangsuatuketikadulu
Sampai hati yg gigirl dapat tangkap gambar dengan baju cecantikkk . Ehh baju SB lagi cantikk okay . hahha nak jugaaakk masukkk T_T
Kekicapan & keanatkan . Ehhh!
 Okay ini partner Mar utk SB , Nadia dari USM . Girls dua orang je SB, we should proud to ourself kan Nadia hhu.
 Mar tak tahu nama mereka semua , tak sempat nak berkenalan. apa apa pun tahniah Tuan Puan sekalian. Depa ni semua baikk . 
 Bye Nadia, jumpa lagi okayyy! 
*NowMarkenasenyumnampakgigijaabilapakaibraces*
Ni la, pengiring Mar yang comel. Thanks babe bantu Mar pakai one dress . 
Okay dah siap tukar baju semua, lets go home . Eh tak . Kami tetiba decide nak pergi jenjalan Cameron . Jomm!  Bye guys . Thanks reading . Alhamdulillah for that day . Mabruk Alaikuma untuk dua pengantin comel itu . Leftenan Muda Shauqi (Si coki coki kami) & Ayuni . 

Much love,
Askar Comel
Leftenan Muda Mar

You Might Also Like

4 comments: