brands indie

Apa itu Sejahtera.co? Mar lepak dengan Sejahtera.co di KLCC!

October 03, 2017,1 Comments

Assalamualaikum semua,
Dah lama Mar peram cerita depa depa ni semua . Haha . Disebabkan kebizian yang amat dengan kehidupan penuh pancaroba gittoh sih. hhe Okay nih Mar nak cerita pasal SEJAHTERA.CO?Apa Sejahtera.co ni? Yang penting best juga lepak dengan mereka yang baikbaik belaka ni.

SEJAHTERA.CO
Kalau nak tahu, Sejahtera.co ni diwujudkan pada tahun 2015. Ia  adalah distro & kreatif studio yang meraikan kreatif entrepreneurship atau indiepreneurship dalam gaya yang lebih cool & pop. Sejahtera.co juga menjadi pusat berkumpul para penggiat aktif dalam creative scene dan juga sebagai platform untuk indiepreneur menggembangkan idea serta produk masing masing.

Wah kemahen, syokknyaa mereka nih!

CULTURE & LATAR BELAKANG:
Sejahtera.Co ditubuhkan bagi meraikan kepelbagaian latarbelakang dan suasana yang terdapat di Malaysia kearah mesej Positivity. Unsur seni terutamanya music culture antara faktor utama mempengaruhi segenap idea dan realisasi.

AKTIVITI:
Sejahtera.Co juga menganjurkan aktiviti Sabtoday, Shine Session di mana berlangsung pelbagai aktiviti seperti garage sales,borak-santai dan lain lain. Tingkat 2 Wisma Central juga aktif dalam aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh komuniti di sini.

Tahu tak korang Sejahtera.co ni kat Wisma Central je. 
Memang dekatlah dengan rumah Mar. hhe
Sejahtera.Co juga kerap dikunjungi para pelancong dari luar Negara. Fuhyoy! 

Then, kalau nak tahu di bawah Sejahtera.co banyak brands taw. Antaranya ialah :

BRANDS:
Daripada streetwear kepada muzik, merch, dan buku. Antara brands yang sedia ada di Sejahtera.co ialah BandiRumi, Dhive Clo, Good Syabab, Karya Raya, Moola, Mosh Zine, Muslimglory, My Tee Time, Nervhous Rechords, PeaceBeUponYou, TKSB, dan banyaklagi!

Wow!
Okay kat bawah ni beberapa gambar brand beserta produk mereka yang sempat Mar tengok kat Booth mereka di KLCC taw.

PBUY
Antara koleksi dari PBUY : Peace be Upon You


FHIVECLOTHING
Antara koleksi dari FhiveClothing. 

BANDIRUMI
Yang ni pulak hasil lukisan dari BANDIRUMI . 

Mar suka yang warna pink tu siap gantung kat rumah lagi . Hehe huruf huruf hijaiyah!
Mar bersama Owner BANDIRUMI , humble sangat orangnya . Thanks untuk poster ni . 
MOOLA
Dan kat bawah ni Mar bersama sarung bantal dari MOOLA. Dah lama teringin nak ada bantal yang ada tulisan "I wish to Dream of Rasulullah (S.A.W) ni.
Memang lena sangat Mar tidur . Rasa semangat nak tido dengan diiringi dengan niat nak mimpi Rasul kita. heheh InsyaAllah.Biiznillah.
Ini pula, Mar bersama dengan Owner MOOLA. Thanks untuk sarung bantal comel tu.
MUSLIMGLORY
And the last one is, ni apa orang panggil Mar pun dah lupa. Topi Kepala dari MUSLIM GLORY. thanks a lot. Suka sangat!
Akhir sekali sesiapa yang berminat nak tengok lebih lagi koleksi mereka boleh contact & berkunjung terus ke Wisma Central taw. Peminat Indie boleh la lepak lepak sana. Dengar dengar dah ada cafe pulak . Wah. Keep it up guys!
More info :
Facebook & Instagram : sejahteraco
Brands IG :Mslmglory, Pbuy, fhiveclothing,moola_official,bandirumi


Alamat:
SEJAHTERA.CO
3.01D, 2nd Floor, Wisma Central Jalan Ampang, 5450 KL
Lokasi: Lokasi strategic bersebelahan KLCC hanya mengambil masa 1minit berjalan kaki dari Stesyen LRT KLCC

Bye guys! Thanks raeding

You Might Also Like

1 comment: