exercise

Best Sangat Join Larian Warrior Challenge 2017 !

November 28, 2017,1 Comments

Assalamualaikum . Hai awak semua!  :)
Perasan tak kita dah nak habis 2017? huhu cepatnya masa berlalu T_T

Okay guys, 11hb Nov hari tu Mar sempat join larian Warrior Challenge dekat UPNM. Maigad lama sangat Mar tinggal marraton ni then join larian dengan cabaran yang best pulak. hehe Serius best rugi sangat sape yang tak join . Sebelum join Mar sempat lah ajak beberapa orang kawan Mar then ada yang tak sanggup dengan 10km . Bagi Mar 10km tu tak jauh lah. Sebab kalau nak ikutkan larian yang lain lagi jauh. Tapi Mar tetap semangat nak join kalau sorang sorang pun tak kisah! hehe

Tapi Mar dah contact kawan blogger Mar iaitu Mira untuk jumpa dia & kawan kawan kat sana. So its okay je. Mar bertolak dari rumah pukul 06.30am sebab event akan bermula dari jam 7 lagi untuk senamrobik . 
Okay im ready!! hhe hensem tak ?


Sampai sana jumpa dengan Mira . Then yang paling syok pasal larian Warrior Challenge ni iatu mereka sediakan breakfast yang best! Memang bagus sangat penganjur larian ni . Biasa kalau larian lain just bagi air & roti biasa je. Ni siap sediakan roti sandwich dengan inti sardin & telur . Ada pulak pisang sebijik dah la besar gila hhe (Yes sure Mar kongsi dengan Mira untuk habiskan) hhe. Then ada pulak snek Cranberry Mangga yogurt bars dan air mineral . Memang sihat & bertenaga lah semua runner hhe 

Setiap peserta dah dibahagikan wave masing masing. 1-7 . So Mar dapat wave 7 . Iaitu kumpulan larian yang paling last akan dilepaskan. Syoklaa sape dapat wave 1 hhuk . Memang nampak sama je sebab ikut masa sape paling laju & cepat habiskan. Tapi bagi Mar sape yang lari awal best sebab akan semangat untuk lari . Kalau last Mar akan berada dalam kumpulan yang dah ditinggalkan so semangat akan hilang bila tengok orang orang yang penat . Heeeeeeeeeeeeee takdelah tu pandangan Mar je. Sebab Mar rasa macam tu hari tu . ahhaha 



Bila kitorang dah dilepaskan syok lah awal awal lari pada mulanya . hhu Rasa nak pancit jugak, mungkin sebab xwarm up lama . kitorang kena lari 3km dahulu sebelum tempuh 16 obstacle challenge. Paling frust bila tergendala dekat larian di tepi tasik . Semua macam kanak kanak beratur masuk hutan . Alahai . habis masa kat situ je sebab tunggu turn tak gerak gerak . Atleast laju laju jugak sebab ni competion hhuu ingat lawatan sambil belajar ke . hhu 

Lepas dah melepasi semua tu, kena masuk paya yang membasahkan hampir keseluruhan kasut seluar Mar hhu . Siyes berat awak! . Okay cooldown buang air sat . Tak maksud Mar buang air dari kasut tu laaa hahahah.  Then terus larii naik anak tangga. Fuh kat situ memang pancit . Then takpe lah berjalan laju laju je naik tangga. Perempuan bahaya sikit kalau lari naik anak tangga. So behave je. 






Then lepas dah lari jumpa obstacle race . Time tu dah start hujan . Then bayangkanlah kalau licin licin ni susah jugak nak buat terutamanya Monkey Bar tu . Then paling best bila Mar dapat panjat tembok yang paling tinggi dekat obstacle race tu . Time Mar sampai kat tembok tu tengok semua ladies tak dapat panjat . Huihh macam mana ni . kalau tak dapat lepas, kira out dari win Top 3 taw. Haaa tengok Mar join bermatlamat jugak hhe. Mar try buat 2x taklepas . Aik asal taklepas . Tetiba takpuaih hati . ahha . So Mar baru tahu silap, kalau nak panjat tembok tinggi tak boleh ambil jarak jauh. Kena lompat dari bawah je then lengan kena kuat untuk cengkam tembokk tu , then gagahkan lengan untuk bawa naik badan & kaki.Fuh! akhirnyaaaa . Im proud to my self . heeee .

Then bila dah lepas semua, kena lari menuju bukit besi kot tak silap Mar . Kena hiking & rock climbing . Memang mencabar jugak kat situ sebab hujan licin & terlalu meninggi. Nak turun pulak curam. Kat situ Mar sorang je gigirl lari sorang sorang . Takpelah tak kisah pun walaupun ramai pulak lelaki yang suka mengacau . Lari diam diam la awak. 

Then Mar lari tinggalkan orang orang. Mar tak boleh jumpa orang lain ni,  nak lari jauh jauh sorang sorang hahahha . Sebab nanti emosi tak stabil haha . Maksudnya emosi terganggu tengok orang penat berjalan. Heeee .

Then . lepas dah 2.4 km pulak lari balik ke stadium . Ada cabaran angkat log kayu pulak . okay lupa Mar nak cakap kasut Mar saat tu dah parah dah. Hahah . dua dua tapak dah terbukak . Tapi Mar ikat dengan tali kasut . Tali kasut , getah mar dah siap siap bawak dari rumah sebab Mar tahu kasut tu tak tahan. Yela pakai kasut yang paling buruk Mar ada. hahah . Takla buruk tapi macam tahu nak arwah dah . hhiks . So nasib baik dia behave sampai ke garisan penamat . 

So welldone Mar! 
Best gilaaa . Sumpah nak join lagi next year or any marraton yang ada challenge macam tu . Best okay . Siap Mar hadiahkan kasut kat tong sampah UPNM lagi hahahhah .

Event Warrior Challenge ni best sebab ada cabutan bertuah lepas larian tu . So Tahniah sape yang menang dan bertuah ! Hope nextyear Mar bertuah pulak hehhe. 



Aha,
ada kisah lucu jugak disebalik event ni.
Masa Mar berkaki ayam nak naik kat tangga stadium tu . Pergh tetiba terjatuh dalam longkang . Kaki sebelah je la. Sebab pijak penutup longkang yang tak rapat, masa tu dahla tak berkasut . Agak la sakit, Adeh tapi Mar usaha la bangun wlpn takde orang tolong time tu . Makasih kat orang yang depan longkang sebab kau semua pandai tgk je . hhu .Then bila Mar cuba bangun tu  adehhhhh jatuh kali kedua pulak , Mar terduduk takboleh nak bangun dek besi penutup longkang tu mencengkam kaki . Fuh. sabar je. Hurm lepas tu baru sorang brother ni datang tolong pegang besi tu . Baru nak tolong eh awak? btw Thanks . Mar tak tengok pun sape tolong hari tu . hhe

Lepas dah balik ada la beberapa orang yg join larian pm kat fb & ig Mar . Dan ada satu mamat ni pulak  pm facebook mintak maaf . Nak tahu tak nape? sebab dia cakap dia gelak kat Mar masa jatuh tu . Fine! Pape la awak oi . Saya okay je . lagipun Mar tak tahu pulak ada orang gelak . Ape la orang jatuh gelak, bukan nk tolong . 

Dekat seminggu jugak kaki ni lebam lebam dek larian tu . Tapi tak kisah pun sebab puas hati join hhe Then ada pulak luka kat lengan sebab panjat tembok tu . Now dah sembuh dah . hhe 

Oh ya Mar ada pergi urut badan lepas marraton tu . Mar urut dekat RIESSA ROSE . ( korang klik untuk baca okay) Memang puas hati hilang habis lenguh lenguh badan hhe .


So, hobi lama kembali lagi ! hehe Thanks penganjur Warrior Challenge
Goodjob for your best event!
Follow :
INSTAGRAMWarrior Challenge
FACEBOOK : Warrior Challenge

Bye guys,
Love,
Mar

Thanks sudi baca story Mar! 

You Might Also Like

1 comment: