Beauty & Health Spa

Natasha By DR Fredi Setyawan Sekarang Ada Di Bangsar!

Guys,Korang tahu tak dah lama Mar tak buat facial muka, Mar tercari cari juga tempat facial yang dekat KL, senang sikit nak pergi nanti.  Kebetulan pula NATASHA By Dr Fredi Setyawan dekat Bangsar ni buat workshop skincare. So Mar try usha usha dekat sana. SPA dia sangat besar , dua tingkat . Best pulak tengok SPA ni nampak selesa.

Bila ke SPA ni, Mar dapat tahu jenis masalah kulit sendiri taw. Mereka akan consult kita tentang jenis kulit & produk yang sesuai digunakan untuk kulit muka. Kat sana juga Mar dapat try produk skincare dari NATASHA ni, sangat teruja sebab NATASHA by Dr Fredi ni sangat terkenal dekat Indonesia taw, so mestilah nak juga pakai produk terkenal ni dan rasai apa yang best tentang produk ni. hehehe
___
Balik jeee Mar terus guna produk NATASHA ni, rasa macam sesuai dengan kulit muka sendiri taw. Kalau korang yang nak cari produk yang sesuai memang kena cuba sendiri taw, tak boleh ikut muka orang lain. Cuba la, mana tahu okay juga dengan kulit muka korang.


FACIAL CLEANSER OXYGEN (02) BUBBLE
Facial Cleanser ni paling best taw , ia akan bertukar jadi bubble. 
 
CARA PAKAI:
Ambil sedikit letak kat telapak tangan dan terus sapu kat muka, biarkan beberapa minit. Ambil tisu lembut atau span kering sapu dekat cleanser tersebut. Lepas tu baru korang bersihkan dengan air taw.


Lepas beberapa minit :)

CREAM LEHER (PAGI)
Cream ni smooth je bila pakai kat leher, bagi sesiapa yang ada daki daki kat leher memang kena pakai taw, ia akan hilangkan segala kekotoran daki dan warna gelap kat bahagian yang berlipat tu. 

CARA PAKAI: 
Ambil sedikit dan sapu rata di bahagian leher, amalkan setiap hari untuk kesan yang cepat. 

CC CREAM
Krim ni pun best, warna dia seakan pekat sedikit tapi bila dah pakai ratakan kat kulit muka ia akan sebati sesuai dengan semua jenis warna kulit, ia akan membantu hilangkan bekas jerawat, melembapkan kulit dan yang penting mampu hindarkan dari sinar matahari. 

CARA PAKAI: 
Oleskan krim ni setiap pagi selepas kulit wajah kita dibersihkan taw.

REFRESHING AND SMOOTHING MASK
Rasa dia sejuk & berangin je bila pakai kat muka, rasa macam nak biarkan lama lama hehe 

Ia mempunyai ekstrak botanical dan bahan bahan yang dapat membersihkan wajah, membantu menghaluskan dan melembabkan kulit wajah kita.

CARA PAKAI:
Korang oleskan krim masker ni secara merata pada wajah yang telah dibersihkan ,diamkan sampai kering. Setelah masker kering, bersihkan dengan menggunakan tissue bersih. Dan hindarkan pemakaian disekitar mata.

Mar percaya bila ada produk NATASHA ni semuanya lengkap untuk bawa ke mana mana je, nak pergi travel pun senang bawa 1 set terus, tak perlu nak pening nak bawa produk apa lagi hhee.

Lepas dah usha tempat & try produk lepas ni mestilah nak buat macam macam treatment pulak kat sini . Tasabar!
Yuhuuuu! Mar ada voucher diskaun untuk pembaca blog (PUTERYMEMORY.COM), So korang yang teringin sangat nak buat facial treatment boleh DM Mar dekat INSTAGRAM taw: @puterymemory

ADRESS:
96 JALAN MAAROF, BUKIT BANDARAYA KUALA LUMPUR, 59100
CONTACT: 03 2201 9922/03 2201 9944

WAZE: NATASHA BEAUTY & WELLNESS
INSTAGRAM: NATASHASKIN.MY
FACEBOOK: NATASHASKIN.MY 

You Might Also Like

0 comments: