Gadget .

VIVO S1 Pro Dijual Dengan Harga RM1199 Sahaja!

December 07, 2019,1 Comments

Hey guys! , VIVO hadir dengan handphone baru lagi! Yang pastinya ia sangat murah!. S1Pro menampilkan gabungan fotografi dengan perisian canggih.  sempat hadir ke pelancaran S1Pro minggu lepas taw. Hadir sama, Pakar Produk Vivo Malaysia, Raymond Lee.
S1 Pro didatangkan dengan Kuad Kamera AI 48MP bagi menghasilkan gambar secara profesional. 

Ia adalah kamera utama yang disokong lensa sudut lebar, makro dan bokeh serta dikuasakan dengan algoritma kecerdasan pintar (AI) yang menyediakan pengalaman fotografi terbaharu dengan kejelasan foto lebih baik.
Selain itu, telefon pintar baharu ini juga mempunyai ciri keselamatan peranti dijamin dengan pengimbasan cap jari dalam paparan tanpa memberi gangguan kepada pengalaman visual.
Malah, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kesan animasi untuk pembukaan kunci peranti yang mudah dan menyeronokkan.

 Gaya gambar seperti jurugambar profesional.
Vivo memahami keperluan pengguna dalam usaha mereka untuk menghasilkan gambar swafoto yang jelas dan cantik. Hal ini dibuktikan melalui kamera depan 32 MP miliknya yang bertujuan menyerlahkan kecantikan setiap inidividu itu dengan sempurna. Kamera depan juga dilengkapi dengan AI Face Beauty yang membolehkan pengguna menyesuaikan ciri-ciri wajah mereka, lantas membawa kegembiraan dan keseronokan kepada fotografi.
Tidak cukup dengan itu, Kuad Kamera AI 48MP menjadikan penghasilan gambar secara profesional semakin menyeronokkan. Ini kerana, ia adalah kamera utama yang disokong lensa sudut lebar, makro dan bokeh. Dikuasakan dengan algoritma AI, peranti ini menyediakan pengalaman fotografi paling terbaru dengan kejelasan foto yang lebih baik.
Pro S1 turut memperluaskan sudut tontonan penggunanya hingga 120⁰ menerusi Kamera Super Wide-Angle 8MP yang membantu meluaskan ufuk fotografi.
Untuk menggilap rupa pula, S1 Pro juga dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Pose Master yang boleh menyesuaikan sudut pengguna dan membimbing subjek beraksi gaya disukai demi penghasilan gambar lebih istimewa.
Semua ciri kamera menakjubkan ini tidak lain tidak bukan bagi memastikan pengguna sentiasa mendapat inspirasi untuk meneroka dan menghasilkan gambar yang terbaik.

Keselamatan peranti terjamin.
Haa paling penting, Peranti kita dijamin selamat dengan adanya Pengimbasan Cap Jari Dalam Paparan yang dibina Vivo. Hanya melalui sentuhan tunggal pada paparan S1 Pro, skrin boleh dibuka serta-merta dengan kuasa Teknologi Pengimbasan Cap Jari Dalam Paparan itu agar pengguna boleh nikmati pengalaman visual tanpa gangguan. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kesan animasi untuk pembukaan kunci peranti yang mudah dan menyeronokkan.
Menambahkan lagi keterujaan, S1 Pro dilengkapi Paparan Super AMOLED 6.38-inci dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 90 peratus. Sebab itu, peranti ini sesuai kepada generasi muda yang suka menikmati pemandangan luas tanpa sempadan untuk pengalaman pintar yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila!
• Prestasi peranti mengagumkan!
Terima kasih kepada Multi Turbo, S1 Pro meningkatkan lagi tahap kelajuan peranti untuk memastikan pengguna dapat menikmati prestasi permainan video yang lebih mendebarkan. Peranti ini juga dilengkapi dengan Game Center yang membolehkan pengguna menyemak prestasi peranti dengan cepat bagi memastikan pengalaman permainan video pada tahap terbaik. Selain itu, ia turut tampil dengan Voice Changer yang menyediakan pelbagai suara sambil melindungi privasi pengguna.
Menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 665 octa-core yang disokong oleh RAM 8GB dan 128GB ROM, ia memastikan prestasi S1 Pro pantas dan lancar untuk keperluan pelbagai tugas serta keperluan permainan pengguna.
Ia juga tersedia dengan bateri 4500mAh dengan Teknologi Pengecasan Pantas Dwi-Enjin yang memberi daya tahan lebih tinggi serta pengecasan lebih pantas untuk meningkatkan lagi pengalaman pintar pengguna.

 Warna.
S1 Pro tampil dengan dua pilihan warna menarik yang bersesuaian dengan gaya hidup belia hari ini iaitu Knight Black dan Fancy SkyDua dua cantik kan?
• Harga berbaloi.
S1 Pro dalam pilihan warna Knight Black atau Fancy Sky boleh didapati di Malaysia mulai 7 Disember 2019 (Sabtu) pada harga RM1,199 sahaja.
Bagi i S1Pro ni sesuai untuk semua golongan, yang pastinya ia sesuai untuk remaja remaja yang suka selfie hehe. Cantik sangat taw gambar selfie. Tak perlu nak edit edit dah . Terus siap!

So awak semua boleh recommend dekat famili S1pro ni.
Harga memang mampu milik untuk semua taw.
Let's Explore Your Style!


You Might Also Like

1 comment:

  1. Sally suka betul dengan fungsi AI Makeup dia, lepas tu ada bantuan Pose Master lagi...Auranyaaaaa~

    ReplyDelete