gadget

VIVO V17 Hadir Dengan Skrin Ultra O & 5 Kamera!

December 22, 2019,0 Comments


VIVO V17 DIDATANGKAN DENGAN KEAJAIBAN SKRIN ULTRA O
DAN REKA BENTUK 5-KAMERA
Kamera Khas 48MP AI Quad Profesional dan Kamera Depan 32MP dapat
menghasilkan gambar diluar jangkauan



Halu Guys! Sebelum ni Vivo keluarkan V17Pro kan? Sekarang Vivo telah memperkenalkan V17 pula di Malaysia. Wehoo! Yang pastinya V17 ni pun besttt juga & murah! 
V17 dilengkapi dengan reka bentuk Skrin Ultra O yang inovatif yang memberikan pengguna pengalaman tontonan di luar imaginasi mereka. Tampil dengan 5 kamera gred profesional di depan dan belakang, V17 membolehkan pengguna menghasilkan gambar yang menarik. Dengan reka bentuk futuristik disertakan pilihan warna yang mewah dan kemasan yang berkilat, V17 ni memang sesuai untuk kita kita yang muda dan bergaya . Gittew! hee

Reka Bentuk Skrin Ultra O Terbaharu Membuka Pintu ke Dunia Baru
V17 dilengkapi Skrin Ultra O Super AMOLED yang inovatif dengan reka bentuk kamera hadapan paparan yang paling nipis dalam industri. Paparan 6.44 inci FHD+ mempunyai kamera hadapan berukuran 2.98mm yang sangat jelas, suatu penggayaan yang tampil futuristik tanpa menjejaskan pengalaman tontonan. Paparan Super AMOLED mempunyai nisbah aspek sebanyak 20:9, sekaligus menawarkan warna gamut yang asli sambil menyaring 42% cahaya biru.
Peranti pintar ini juga disediakan dengan Teknologi Pengimbasan Cap Jari Dalam Paparan. Dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih, ia membolehkan pengguna membuka kunci peranti pintar dengan selamat dan mudah.

Kamera AI Quad 48MP dan Kamera Depan 32MP untuk Merakam Momen-Momen yang Tidak Boleh Dilupakan
Ia mempunyai kamera AI Quad yang mampu menghasilkan gambar-gambar yang hebat. Kamera Utama 48MP, kamera Super Wide-Angle 8MP, Kamera Macro 2MP dan Kamera Bokeh 2MP, digabungkan dengan algoritma AI dapat pengalaman fotografi yang terbaru dengan kejelasan foto yang lebih baik. Peranti pintar ini juga mempunyai kamera Super Wide-Angle yang memperluaskan tangkapan lanskap.
Dengan Kamera Depan 32MP, V17 membantu pengguna menangkap swafoto berkualiti tinggi dan pengambilan gambar berkumpulan dengan lebih mudah. Untuk melengkapkan pilihan fotografi profesional, peranti pintar ini juga menampilkan ciri "Super Night Mode" dan "Super Night Selfie" yang meningkatkan kejelasan walaupun pada waktu malam. Ia menawarkan kualiti foto yang terbaik pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Kapasiti Bateri yang Besar dan Prestasi Perisian yang Terbaik untuk Penggunaan Sepanjang Hari

V17 juga direka untuk pengguna menyelesaikan tugas harian mereka hanya dengan menggunakan peranti pintar mereka, sama ada untuk kerja, sosial atau hiburan. Ia disokong oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 675 AIE dengan 8GB RAM + 256GB ROM yang dapat memberikan prestasi yang hebat untuk semua aplikasi dan memastikan sistem peranti dapat dikendalikan dengan lancar pada setiap masa. Bateri 4500mAhnya dengan Teknologi Pengecasan Pantas Dwi-Enjin membawa kecekapan yang lebih tinggi dan pengecasan yang lebih pantas supaya peranti pintar ini dapat memberikan pengalaman mudah alih yang berpanjangan dan selamat.

Untuk gamer yang mencari pengalaman permainan mudah alih yang lancar, V17 dilengkapi dengan Ultra Game Mode yang menyediakan pengalaman permainan terbaik dan tidak terganggu dengan menyekat mesej dan notifikasi buat sementara waktu untuk pengalaman dunia fantasi yang sempurna. Teknologi pecutan Multi-Turbo secara aktif mengesan sistem pengendalian untuk memastikan pemain dapat menikmati prestasi permainan yang lebih menggembirakan. V17 juga dilengkapi dengan ciri "Voice Change" yang boleh menyeronokkan lagi waktu permainan dengan penyediaan pelbagai suara untuk memadankan dengan watak-watak permainan.


Peranti ini tampil dengan 2 pilihan warna menarik - 
Admiral Blue dan Crystal White.

Dua dua cantik kan? Tatau nak yang mana satu? angkat dua dua aci dak? hee So guys, V17 dalam pilihan warna Admiral Blue dan Crystal White boleh didapati di Malaysia mulai 21 Disember 2019 .  Kena la beli satu sebab murah sangat RM1699 only guys T_T

xoxo



You Might Also Like

0 comments: