Buffet Dinner

Buffet Dinner Eastin Kuala Lumpur | Icip-Icip Kampungku

April 09, 2021,0 Comments

 ICIP ICIP KAMPUNGKU BUFFET DINNER 
Eastin Hotel Kuala Lumpur membawakan ICIP-ICIP KAMPUNGKU Buffet Dinner sepanjang menyambut ramadhan 2021 . Jadi korang semua boleh cepat cepat plan untuk berbuka nanti okay!
Last week Mar dijemput untuk review buffet ramadhan ni jadi mar dapat rasa pelbagai aneka pilihan menu yang ada. Chef Dennie & Che Hafiz mengetuai untuk menyediakan lebih 100 menu untuk buffet pada tahun ini. Antaranya kambing bakar tradisional disumbat nasi arab, sup gear box berempah, Nasi Lemak Kukus Daun Teratai, daging rusa rendang. Yang pastinya sup gear box dia sangat pekat ! Sedappp sangatttt..


Dekat buffet ni ada juga juadah kegemaran korang termasuklah rendang rusa, ikan patin kukus asam limau kasturi, masakan kawah, popis goreng kelapa manis, laksa kuah putih, sambal udang dengan belimbing buluh, burung puyuh berempah & lain lain. 
Masakan gulai kawah terdiri dari gulai telur ikan, masak lemak siput sedut, rendang daging tetel, kari kepala ikan merah dan gulai tunjang. Dekat buffet ni juga terdapat aneka jenis kerabu , serunding, lemang dan pencuci mulut. 


EARLY BIRD [ Purchase before 10 April ] : RM128 nett 
NORMAL PRICE : RM148 nett 
DOME SET [ Take Away & Delivery ]  : RM360 nett ( 4-5pax )  RM490 nett ( 7-8 nett ) 
















Okay satu lagi yang paling rare dekat buffet ni ialah nasi lemak kukus daun teratai , first time mar tengok daun teratai taw. Nasi lemak tu dimasak dalam daun teratai , bila makan rasa nasi tu sangat gebu, dimakan pula dengan ayam goreng berempah memang padu rasanya . 








Untuk maklumat lanjut serta tempahan boleh hubungi Eastin Hotel ,
ALAMAT : 
13, Jalan 16/11, 46350, Petaling Jaya , Malaysia. 
 
HOTEL : 016 2622070 
FACEBOOK : eastinhotelkualalumpur 
INSTAGRAM : eastinhotelkualalumpur 


You Might Also Like

0 comments: