buffet ramadhan murah

Buffet Ramadhan Menara Kuala Lumpur 2021 | Nostalgia Santapan Keluarga

April 08, 2021,1 Comments

Alhamdulillah finally guys! Sebelum ni nak cuba berbuka puasa di Menara KL tapi tak dapat ekoran PKP, Covid19 . Akhirnya Mar dapat juga cuba hidangan Buffet Ramadhan di Menara KL yang bertemakan "Nostalgia Santapan Keluarga" . 

Konsep "Nostalgia Santapan Keluarga" dipilih pada tahun ini membawa makna yang cukup mendalam buat kita semua rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang ke kampung untuk bersama keluarga tercinta pada Ramadhan tahun lepas dan juga tahun ini disebabkan pandemik Covid19 yang melanda. Jadi korang yang merindui kampung halaman boleh datang menikmati juadah berbuka dekat ketinggian 288 meter dari aras bumi dengan berlatar belakang panorama indah Kuala Lumpur pada waktu malam nanti okay!

Korang boleh menikmati juadah yang menarik dengan pelbagai jenis sajian antarabangsa dan tempatan yang pastinya lazat dan menyelerakan . Sajian istimewa pada tahun ini adalah sajian khas dari Timur Tengah  iaitu daging kambing Austarlia yang dipanggang bersama perapan 'Arabic Spice' dan disediakan bersama Nasi Pilaf serta salad timun tomato . 















 

Bagi Bufet Ramadan tahun ini, KL Tower menawarkan promosi 'EARLY BIRD' mulai hari ini sehingga 12 April 2021 . 

EARLY BIRD :

Weekday (Dewasa RM77 & Kanak-Kanak : RM44)
Weekend (Dewasa RM102 & Kanak-Kanak: RM58)

NORMAL PRICE: 

Weekday (Dewasa RM 110 Kanak-Kanak : RM63)
Weekend (Dewasa RM 145 Kanak-Kanak : RM83)

Dan yang paling best masuk PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah ( sehingga 5 orang sahaja) dan harga untuk kanak-kanak ke 6 dan seterusnya adalah RM50 seorang. 

Menara Kuala Lumpur turut menawarkan harga promosi ke Sky Deck bagi setiap pembelian, iaitu dengan hanya RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Harga-harga yang mereka tawarkan sangat berbaloi kan! 

Date: 15 April - 10 Mei 2021 

Time : 6.00 petang - 9.30 malam 

Location : Megaview Banquet Hall @ KL Tower

Lawa kan view kat atas ni, so apa lagi jom ajak someone special date kat sini hehe . 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Menara Kuala Lumpur :

CONTACT : 03-20205499 
WEBSITE : www.menarakl.com.my
FACEBOOK : offoicialmenarakl
INSTAGRAM : menarakl 




You Might Also Like

1 comment: