TAHAP KEPERCAYAAN DIRI SENDIRI

January 05, 2013,3 Comments

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA SEMUA !

Sejak akhir-akhir ini ,satu program realiti tv telah mengadakan satu program yang hangat lagi mencabar dan mendebar-debuk kan hati semua ,bukan saya sahaja,malah semua yang menonton apatah lagi sang peserta ! 

Siapa yang mendengar FEAR FACTOR pasti tertanya-tanya ,apakah,bagaimanakah,di manakah,siapakah dan best kah? okey  guys ,di sini saya sebagai host di blog saya sendiri akan kongsi serba sedikit info untuk melipatkali gandakan pengetahuan ,info semasa anda semua ! Apa yang kita semak dari info dunia ternyata FEAR FACTOR sangat dikenali ramai iaitu satu program yang membabitkan makanan jijik, ketakutan, ketinggian dan psikologi mental peserta yang mana ia  telah diadaptasi di 36 buah negara termasuk Indonesia dan kini secara realitinya di Malaysia! 


Sejarah awal Fear Factor sebenarnya berasal dari Belanda yang dihasilkan oleh Endemol USA iaitu pengeluar TV dan syarikat pengedaran antarabangsa yang berpangkalan di negara tersebut.
Di Belanda, ia dikenali sebagai Now or Neverland, namun bagi pasaran AS bermula pada tahun 2001, judulnya ditukar kepada Fear Factor.
Bagi Fear Factor versi AS yang menawarkan ganjaran AS$50,000 (RM160,000) bagi juara, ia bukan sahaja membabitkan penyertaan pasangan dalam kalangan keluarga tetapi juga sahabat.
Bagi tujuan tarikan komersial berganda, ia turut membabitkan model, ahli sukan gusti, ratu cantik dan bintang realiti daripada program The Amazing Race, Survivor, American Idol, The Apprentice dan The Real World.
Terdapat tiga cabaran dalam Fear Factor iaitu melibatkan fizikal, mental dan aksi di dalam filem. Cabaran pertama, membabitkan fizikal yang direka bentuk untuk menguji ketahanan diri setiap peserta atau pasukan. Contohnya seperti melompat dari satu bangunan ke bangunan yang berikutnya.
Cabaran kedua, ia membabitkan mental peserta iaitu makan makanan yang menjijikkan seperti makan bahagian-bahagian badan binatang yang jijik, serangga hidup atau campuran pelbagai jenis serangga dan binatang yang sudah dikisar.
Terdapat juga cabaran lain yang melibatkan mental peserta seperti membenamkan kepala atau tidur bersama dengan pelbagai jenis binatang seperti tikus, lipas, labah-labah, ular dan cacing.
Peserta dalam cabaran kedua ini juga perlu melalui ketahanan kesakitan seperti merasai asap pemedih mata, berjalan di atas kaca yang pecah dengan keadaan kaki terdedah atau makan lada paling pedas di dunia iaitu habanero.
Cabaran ketiga yang juga terakhir pula melibatkan lagak ngeri seperti di dalam filem iaitu sama juga dengan cabaran pertama. Biasanya ia melibatkan ketinggian, air, kenderaan atau gabungan ketiga-tiganya sekali.
Mungkin cabaran-cabaran pelik dan menarik yang ditonjolkan dalam Fear Factor menyebabkan ia mempunyai nilai komersial yang tinggi sehingga diadaptasikan untuk dijadikan program TV seumpamanya di 36 buah negara.

Stesen televisyen Astro iaitu Astro Ria (saluran 104) buat julung-julung kalinya membawa program Fear Factor ke Malaysia dan telah diubah suai serta diberi nafas segar mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia iaitu Fear Factor Selebriti Malaysia.Kosmo telah melaporkan pada seluruh masyarat malaysia tentang kehangatan FEAR FACTOR ini,Menurut Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, perkara-perkara jijik dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi budaya Malaysia tidak akan ditonjolkan dalam program Fear Factor Selebriti Malaysia ini . sebagai contonya dengan isu yang melibatkan sensitiviti penonton. Jika melihat format program asal, peserta akan diuji dengan memakan benda-benda yang menjijikkan, tetapi ia tidak akan berlaku dalam program ini,so jangan bimbang ya Masyarakat 1 Malaysia ! :)
Fear Factor Selebriti Malaysia dihasilkan mengikut kesesuaian budaya negara kita tetapi cabaran yang melibatkan rasa ketakutan, ketinggian dan psikologi mental masih dikekalkan
Biarpun tidak memaparkan cabaran makanan yang menjijikkan Fear Factor Selebriti Malaysia masih mampu menjadi daya tarikan penonton kerana cabaran yang melibatkan kekuatan fizikal dan penggunaan haiwan yang menakutkan terpaksa dilalui selebriti-selebriti tempatan.
Seramai 30 selebriti (dibahagikan kepada 13 kumpulan) menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia antaranya Johan As'ari, Didie Alias, Zoey, Dafi, Jehan Miskin, Ezlynn, Elfira Loy, Kaka, Mejar Dr. Faiz, Hairul Azreen, Farish Aziz, Azam Pitt, Akim Ahmad, Gambit Saifullah, Zawen Anwar, Roslan Shah dan Norisham Ismail.
Menjelaskan mengenai pemilihan selebriti menyertai program tersebut, Raqim memberitahu, 30 selebriti yang dipilih diwajibkan menjalani ujian fizikal yang disediakan pihak produksi Fear Factor Selebriti Malaysia.ia adalah langkah keselamatan sebelum terjun ke cabaran hangat ini !


PENGALAMAN  AaRON AZIZ 


Aaron Aziz  telah dipilih sebagai host FearFactor jadi  actor kacak ni jugak harus melalui dunia cabaran FEARFACTOR ini terlebih dahulu :)
 Aaron sememangnya takut dengan ketinggian tetapi terpaksa juga melakukan cabaran tersebut.
"Walaupun saya seorang yang gayat dan takut pada ketinggian, saya tetap melakukan cabaran jatuh dari bangunan (free fall) setinggi sembilan tingkat," jelasnya.
Selain daripada cabaran ketinggian, kata Aaron, dia juga kena melakukan aksi di dalam kereta yang diterbalikkan, duduk dalam kontena yang penuhi dengan ular dan tergantung pada tali helikopter yang sedang bergerak.
Malah, kata Aaron, dia juga perlu melakukan aksi di dalam air namun dia tidak dapat melakukannya kerana terkena penyakit pneumonia dan doktor sarankan supaya pelakon Adam dan Hawa itu tidak lakukan cabaran tersebut.
Untuk Info selanjutnya :

-----------> Entri ini ditulis bagi Projek 10 Bloggers Eyriqazz.Com 

You Might Also Like

3 comments:

  1. tahniah,anda salah seorang pemenang

    http://www.eyriqazz.com/2013/01/pemenang-projek-10-bloggers-eyriqazz-com.html

    ReplyDelete