LISTEN ! Si Mata Arnab Mahu Berbicara !

January 16, 2013,2 Comments

PLEASE LET'S ME SPEAK !

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Saya sebagai STUDENT Islamic Science University of Malaysia sangat-sangat merayu/menggesa/mencabar   Pn Syarifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin supaya tampil di Media dan memohon maaf kepada Bawani serta seluruh Mahasiswa UUM .

Ini kerana sikap beliau yang tidak menghormati SUARA MAHASISWA /PANDANGAN MAHASISWA.
Sebagaimana yang semua maklum, Mahasiswa mempunyai Hak untuk memberi pandangan serta hujah masing-masing.



Tindakan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang merupakan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia selaku moderator menunjukkan seolah-olah beliau tidak menghormati institusi pendidikan negara yang mendokong kebebasan akademik dalam berhujah dan berbeza pendapat. 

Dalam isu ini, Saudari Bawani berhak untuk memberikan/mengutarakan  pendapat dan soalan tentang isu yang dibentangkan tanpa sebarang provokasi oleh mana-mana pihak. Tambahan lagi, Saudari Bawani sendiri telah berada di medium yang betul iaitu di Forum Suara Mahasiswa,jadi tepuk dada tanya Minda,siapa betul ,siapa salah anda mampu melihat /mengkaji sendiri dari fenomena  ini .

Sedikit Kalam yang Penuh Hikmah lagi Tersemat dari IMAM Syafie :


kata-kata Imam as-Syafie', "Aku boleh berdebat dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku tidak boleh berhujah dengan satu orang yang jahil .



Apa yang boleh disimpulkan dari blog saya sendiri ,Bawani seorang pelajar yang Hebat dan perlu dicontohi oleh semua Mahasiswa .Salute for her ! 



Bawani berani bangkit,saya juga akan bangun .Saya tidak akan biarkan Maruah kita sebagai Mahasiswa dipandang sebelah mata.



Dari Saya ;Fikir .Renung .Kaji .


Assalamualaikum w.b.t .

You Might Also Like

2 comments:

  1. yg lawaknya, this miss arrogant told that "Bawani had been forgiven by me". tebalik plak.

    ReplyDelete
  2. hhu kan,pelik2 je miss listen ni

    ReplyDelete