Hijrahlah Wahai Malaysia

March 15, 2014,2 Comments

Oh Malaysiaku!

Makin hari makin banyak ujian yang Allah timpakan kepada negara ini. Mula2 cuaca yang panas berpanjangan. Diikuti dengan jerebu. Seterusnya Allah timpakan pula tragedi kehilangan pesawat MH370. Dan terkini kejadian ketika konsert di Bukit Jalil yang telah menyebabkan kematian akibat salah guna dadah.
Innalillahi wainnailaihi rojiuun.


Sadis. Namun adakah segala kejadian ini terkesan pada hati kita? Atau ianya sekadar singgah di hati beberapa saat lalu hilang begitu sahaja?
"Relax la, ni sume ketentuan Allah.."

Ayat biasa yang kita dengar. Sedarkah kita bahawa ini adalah bala yang telah Allah timpakan, mengapa?

Simple. Manusia telah dikurniakan akal, dan seperti yang kita tahu, akal yang membezakan samada perbuatan itu betul ataupun salah.

Bilamana manusia tidak menggunakan akal sebaliknya menggunakan nafsu, maka terjadilah kemungkaran.

"Tolonglah jangan kata sebab kemungkaran lalu Allah timpakan bala.."
Ini adalah statement yang kurang bijak. Kita sakitkan hati ibu kita pun kadang Allah bayar cash dekat dunia. Apatah lagi manusia yang melakukan kemungkaran atas bumi Allah. Agak2 Allah redha ke?
Fikirlah sendiri.

Makanya disini, berhentilah. Berhenti daripada melakukan maksiat. Berhenti daripada melakukan sesuatu yang Allah telah larang. Kenapa?

Kerana bila bala diturunkan Allah, ianya melibatkan seluruh rakyat. Jika ia hanya melibatkan kamu seorang, tak mengapa. Senyum kambing je.

Apakah kisah para Nabi dalam Al Quran tidak ada ibrah dan pengajarannya? Bilamana Allah turunkan bala kepada sesebuah negeri ataupun suatu kaum?
Fikirlah. Renunglah. Dunia sudah tenat.

"Sebelum membuat suatu kemungkaran cuba fikir, bagaimana jika aku mati dalam keadaan begini? Bagaimana jika aku tak sempat mengucap syahadah?"
"Ah takpe pun! Allah sayang aku."
Ya, Allah sayang kamu yang selalu melakukan kerosakan pada bumi Allah. Kegilaan apakah ini? Hanya yang menggunakan akal dapat membezakan baik dan buruk. Haq dan batil. Pahala dan dosa. Kerana ianya membawa kita kepada jalan syurga ataupun neraka.

Hijrah is the best answer.

You Might Also Like

2 comments:

  1. di akhir zaman ni, banyak-banyak baca surah Al-kahf terutama ayat 1-10
    macam-macam bencana berlaku skang..
    semoga kita bebas dari fitnah dajjal yg sesat dan menyesatkan

    apa yg berlaku, "wake up call" kepada kita semua :)

    ReplyDelete
  2. Yg berlaku adalah disebabkan tgn2 manusia yg melakukan kerosakan

    ReplyDelete