1MALAYSIA GRAND PRIX SALE TREKSELEBRITI

March 15, 2014,0 Comments






Media Release

Siaran Media



1MALAYSIA GRAND PRIX SALE TREKSELEBRITI





BANDAR SUNWAY:  Kempen Tahun Melawat Malaysia telah bermula dengan sambutan yang cukup meriah dan pada masa yang sama menawarkan para pelancong pengalaman kepelbagaian budaya di Malaysia. Kini bulan Mac tiba, ramai yang tidak sabar menunggu karnival jualan ‘shop till you drop’ yang pasti menjelang pabila masuk bulan Mac setiap tahun. Karnival ini lebih dikenali dengan nama 1Malaysia Grand Prix Sale. Kempen membeli-belah ini diadakan bersempena dengan Petronas Malaysia Formula 1 Grand Prix.


Bersempena dengan 1Malaysia Grand Prix Sale (1MGPS), satu majlis pelancaran gilang-gemilang akan diadakan di Kompleks Membeli-belah Sunway Pyramid. Majlis pelancaran ini akan dimeriahkan lagi dengan acara hiburan tanpa henti yang bakal diadakan pada 16 Mac 2014.  Program 1Malaysia Grand Prix Sale Trekselebriti bakal melibatkan penyertaan lebih 20 orang artis tempatan yang akan memeriahkan lagi pentas Kompleks Membeli-belah Sunway Pyramid. Antara artis dan selebriti yang akan hadir adalah Ella, Nico, VIP Group, Adam AF, Iqwal Hafiz, KOOL, A to Z, Amariz, Altimet, Modjo, Aweera dan lain lain lagi.
Acara yang berkonsepkan hiburan dan sesi ramah mesra bersama peminat  ini bakal membawa tetamu mendekati aspirasi pelancongan negara yang kian terkenal sebagai destinasi membeli-belah pilihan pelancong dunia.




Malaysia merupakan syurga membeli-belah di Asia. Dengan menawarkan pelbagai variasi seperti pusat-pusat membeli-belah bertaraf dunia, pasar malam, kedai-kedai vintaj dan banyak lagi pasti memberikan para pelancong nilai yang berbaloi untuk setiap sen yang dibelanjakan. Malaysia telah dinobatkan berada di tangga ke-4 di antara 12 Bandaraya Membeli-belah Terbaik di Dunia oleh CNN. Kuala Lumpur kini berdiri sama tinggi dengan Paris, Hong Kong, Dubai dan Milan dalam memberikan pengalaman membeli-belah yang cukup unik! Kuala Lumpur menawarkan  harga terbaik, kualiti yang bermutu, pelbagai pilihan jenama dan servis kelas dunia.



Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang carnival 1Malaysia Grand Prix Sale adalah ‘showcase’ Petronas Malaysia Formula1 Grand Prix yang berlangsung selama sembilan hari bermula 22 Mac di Concourse, Suria KLCC. Pelbagai aktiviti akan diadakan di sini seperti pada 23 Mac, Petronas akan mengadakan ‘Motorsport Demo Run’ di perkarangan KLCC. Selain di Lembah Klang, sambutan 1MGPS turut diraikan di Gurney Plaza Penang, Johor Bahru City Square, Cityone Megamall Kuching, dan Suria Sabah Shopping Mall.



Buat para peminat F1, kempen Petronas Formula 1 Grand Prix bermula di Pavilion Kuala Lumpur, Queensbay Mall Pulau Pinang, Johor Bahru dan Sunway Pyramid. Tarikan utama adalah F1 Simulator Challenge yang terbuka kepada semua pemegang tiket F1. 10 pemandu dengan masa terpantas di setiap lokasi akan bertanding pada pusingan akhir di Litar Antarabangsa Sepang pada 29 Mac dan sebuah kereta Nissan Almera NISMO bernilai RM92,000 menunggu pemenang utama! Jangan lepaskan peluang untuk mendapat tawaran diskaun terhebat sepanjang karnival 1MGPS 2014. 






1 Malaysia GP Sale Trekselebriti
- Tentative Program -  Event Flow





Time

Program


01.40 pm

Arrival of Celebrity & Media

01.50 pm

Celebrity & Media

02.00 pm

Welcome Address by MC (Richie Rachman)

02.05 pm

Opening Show by 10 Dancers with Nico G – Song Belia Perwira / Video Clips @ LED Screen

02.20 pm

Trekselebriti Showcase with Bocey, Along & Angah and Handyblack

02.35 pm

Performance by Iqwal Hafiz - 2 songs and Video Clip @ LED Screen

02.45 pm

Performance by VIP Group – 2 songs – Melia / Ryan / Yandy /

02.55 pm

Performance by Adam AF – 2 songs

03.05 pm

Interlude Radio Ewana FM with Ewana DJ’s & Video @ LED Screen
Man / Elly / Shah Arshah / Nizal /Teguh / Putri / Lia Omey / Azz / Kozz

03.20 pm

Nano Records Artistes : 6 artistes – 2 songs
Syaya Solero / Putri Awani / Ammar / Azmir Arif / Anne Farina AF8 / Ikin AF 3

03.55 pm

Performance by Kool Group ( Hairee / Yan / Brader Jobot / Amir ) – 2 song

04.10 pm

Performance by AtoZ Group ( Lan / Jeff / Chap ) – 2 songs

04.20 pm

Performance by Amaris @ Amran Ismail – 2 songs & Video @ LED Screen

04.30 pm

Performance by or Altimet

04.40 pm

Interlude Santai Travel & Slidejam & Video with Azlie Halim

04.50 pm

Performance by Aweera (Mojo)

05.00 pm

Performance by Ella – 2 songs & Video Clips

05.10 pm

Group Photo session





1.     LED Screen for video clipping
2.    Internet line for Radio Ewana FM untuk bersiaran
3.    Codeless Mic – 6 set
4.    Artistes Holding room
5.    Security
6.    Sunway Pyramid Shopping Voucher
7.    Logo  : Ewana FM / Trekselebriti.Com / Santai Travel
8.    Sunway Pyramid Parking
9.    Hi – Tea space



thanks !

     Selamat membeli-belah!!! :D








You Might Also Like

0 comments: