Hak untuk anak OKU atau seorang Ahli Syurga

June 23, 2014,0 Comments





Assalamualaikum pembaca semua ! 



wah sempat merindui tulisan keyboard dikala berperang dengan FinalExam .Haip Wacca! Hee


Terasa hati untuk menyentuh kisah si anak remaja Oku yang dibiarkan 'sepi'
Mengapa Kenapa begitu Wahai sang ibu Wahai sang Ayah?
Hangat .Airmata mengalir lembut keinsafan .ia terlintas di benak hati .Sungguh beruntungnya sebenarnya kepada para ibubapa yang memperolehi anak istimewa atau Oku sebab anda semua sudah mempunyai saham iaitu seorang ahli syurga .

Susah?beratkah tanggungan itu?

Kenikmatan dari Tuhan itu lebih bernilai .

*Sapu airmata*

Well .Sebenarnya saya tercari cari tertanya tanya tentang maklumat tentang kebajikan oku yang mana ibubapa tidak berupaya atau tidak sanggup untuk menjaga mereka .

Okeh! *sapuairmatlagi* Hurm :') akhirnya saya jumpa  .



Berita dari Sinar Harian yang cekap! telus! ikhlas!

  *ceyh,promotepula.Hee*



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ibu bapa yang tidak mampu menjaga anak-anak OKU disaran merujuk masalah mereka kepada JKM daripada menganiayai anak-anak istimewa itu.

Katanya, walaupun sering kali menekankan penglibatan JKM adalah cara terakhir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, namun jika tiada penyelesaian pihaknya tidak menolak untuk mengambil alih tanggungjawab itu.

“Bagi saya daripada mereka mendera, membiarkan tanpa arah, serta mengabaikan anak-anak istimewa yang seharusnya dibantu itu, sila serahkan kepada kami, Insya-ALLAH kita akan meletakkan anak-anak OKU ini di dalam institusi kementerian untuk kita pulihkan,” katanya ketika menghadiri majlis makan malam Selami Kasih dan Apresiasi Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti (STB) Kuching, di sini malam kelmarin.

Bagaimanapun, Rohani berkata jika ibu bapa anak-anak OKU ingin terus menjaga anak-anak istimewa itu biarpun menghadapi masalah, pihaknya boleh menyalurkan bantuan menerusi Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

“Ada 488 buah PDK di seluruh negara. Penglibatan JKM adalah jalan terakhir kerana kita hendak semua OKU ini tidak dipisahkan daripada keluarga mereka. Pemulihan boleh dilakukan di dalam  komuniti menerusi PDK itu sendiri,” katanya.

Rohani berkata PDK diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan. “PDK merupakan satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana peluang diberi kepada OKU menjalani pemulihan, mengecap peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat,”katanya.

Tubuh Pusat Peduli OKU Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik mencadangkan Pusat Peduli OKU ditubuhkan bagi membela nasib golongan
tersebut.Beliau berkata apa menimpa remaja OKU kelmarin patut dijadikan pengajaran.

“Kepada institusi agama, seperti pusat zakat kenapa tidak ada pusat sehenti untuk orang OKU. Kita ada kutipan zakat yang bernilai jutaan ringgit setiap tahun.

“Jadi sepatutnya pusat zakat tubuhkan pusat peduli OKU, bagi mereka pendidikan, bagi mereka perlindungan,” katanya ketika menyampaikan seminar Protaz VS Uspro: Realiti Dakwah Masa Depan
anjuran Kumpulan Media Karangkraf di Politeknik Shah Alam, semalam.

Dalam perkembanganyang sama, Maszlee berkata, Malaysia boleh belajar daripada negara Eropah dalam mengendalikan golongan OKU. “Pegawai kerajaan atau sesiapa yang bertanggungjawab dalam perihal OKU boleh pergi ke negara Eropah bagi mempelajari sendiri cara pengendalian golongan OKU di sana.

“Jika di Eropah, ibu bapa yang mempunyai anak OKU tidak menyesal memiliki anak OKU, kerana sistem yang ada akan membuatkan mereka ‘bangga’ memiliki anak OKU,” katanya.

Dr Maszlee berkata, amat malang sekiranya pusat zakat yang memperoleh kutipan jutaan ringgit tidak dapat membantu golongan memerlukan.


--rujukan info lebih  http://www.sinarharian.com.my/semasa/tidak-ubah-seperti-mimpi-ngeri-1.292685


Well ,Saya ' respect' dan akan terus menyokong setiap pertubuhan  pusat kebajikan Malaysia .
kepada Ibubapa di luar sana .Jom jangan menyiksa mereka dan jangan jua menyiksa diri anda sendiri .
Sayangi mereka !
Tuhan melihat tindak tanduk kita manusia hamba .

Salah satu impian bila ada duit jutajuta,untuk buka satu pusat kebajikan .InsyaAllah .
Moga tuhan buka jalan .



Terima kasih sudi luang mata lagi  :')
Love Reader !



.


You Might Also Like

0 comments: