Felcra 50 tahun

Kembara Media bersama FELCRA 2016

October 03, 2016,0 Comments

Hai Semua .
Korang tahu weekend lalu  Mar dijemput untuk konvoi Media bersama Felcra taw . Excited lah dapat konvoi ke Lumut! Kat sana Mar jumpa dengan ramai media dari semua genap lah.
RTM,TV3,TV ALHIJARAH,KOSMO, UTUSAN MALAYSIA , 
hm macam macam lagi lah! Yang paling penting Mar jumpa ramai jugak blogger taw . Memang havoc gila konvoi media kali ni .



Tengok Breakfast ala ala kampung yang diorang sediakan . Besttt . Nasi lemak dia buat Mar jatuh cinta ! Ewah .


Inilah dia , FELCRA PLANTATION SERVICES . Pusat Benih Padi .
Jom tengok aktiviti Mar kat sana . Ehem yang pastinya kat sini semua pekerja bumiputra kita taw . No bangla No nepal okay . Terbaikk !

 Kalau awak berani rentas lautan api untuk dapatkan cinta saya. Inikan pula hanyalah lautan sawah padi . Ibaratkan kacang sahaja di Mata awak . Hoiyttttt apa aku merepek nih hhe .

Okay korang ni kawasan tanaman padi . Memang Mar xsabar nak tanam padi ni. Dahlaaa cantikk permandangan kat sini ! Tunggu taw . Baca dulu.

Antara benih padi yang ditunjukkan . Mar ni dahla jakun pasai benda benda macam ni . Memang baguih jugakla Mar ikut konvoi ke sini . Ada jugak pengetahuan kan . 












Ini padi yang dah tumbuh menghijau sebelum kita bawa ke sawah untuk ditanam .


Baru aku tahu benih padi ni ada banyakkk rupanyaaa . 






Okay selepas dah tengok pameran . Faham sikit proses dia . kita ke tapak penanaman padi pulak . Ini yang paling excitedddd . Nak lompat lompatttt! 


Guesss what? Helikopter pun ada? Eh heli ke? kecik semacam . Ke apa nama . aku pun lupa nama spesifiknnya .  Kalau nak tahu inilah yang digunakan untuk sembur racun dari atas taw . Maknanya ada pilot yang akan bawak benda alah ni . HUYOYYY korang hebat kan . Xyah susah susah upah pekerja duk siram hari hari . 






Ahhhaaa, tengok tu abang driver ni kemain segak bergaya . Dia la yang akan terbang nanti . Woot Woot tasabar nak tengok ! 



Then sekarang , 
kami diberi taklimat tentang penanaman padi ni .
Kalau tengok padi yang menghijau tu jangan pulak korang sangka rumput karpet . Hahhaha itulah padi yang dah tumbuh .  Kita just ambil untuk tanam kat sawah ni je .





Tengok ni , just ambil gulung letak atas jentera .
Jentera itu bertujuan memudahkan kerja-kerja menanam padi dengan menggunakan mesin khusus berbanding sistem tabur yang diamalkan pesawah sebelum ini. 




Mar nak tanam padi okay! 
Senang! jentera ni dapat menjimatkan masa .  Baru tahu prosese penanaman guna jentera ni . Memang sangat pantas . 


Best okayyy .  Ibuuu! i did! hhe masuk tv3 okay . Korang la yang xtengok berita hari tu .  Mar masukk tibiiii huyoyy hha ! 




Inilah padi yang da siap tanam segaks segakk semua haih , hhiks .



Then, konvoi ke tempat seterusnya iaitu Koperasi Felcra . Pejabat operasi kat sana .
COOPMART : antara hasil dari Koperasi Felcra . 








Dan sekarang Felcra dah meluaskan projek untuk menubuhkan rumah murah untuk warga felcra .


Ada 4 buah jenis rumah . 
Jadi ikut kewangan masing masing untuk pilih rumah yang mereka inginkan . 
RUMAH A :
 Rumah ni paling besar . Cantik pulak tu .  Saiz Bilik yang agak besar .
RUMAH B
Rumah b ruang tamu dia luas . Okay jugak . Nice!
RUMAH C
Rumah  C untuk mereka yang sederhana mungkin boleh pilih rumah ni . 
RUMAH D
Rumah yang agak biasa tapi untuk mereka yang inginkan rumah sendiri . Ini pun okay bagi mereka yang berpendapatan rendah .
 Hebatkan Felcra! Sangat prihatin untuk buat projek ni .


 Hokay!! Lepas dah habis round tengok rumah . Kami dijemput untuk makan tengahari kat sini . Hey beersama warga Felcra taw . Bestnyaaaaa . Hai warga Felcraaaa ! 






Haa, kami sempat dihidangkan dengan persembahan tradisional kat sana . Sangat menarik . 




Kat sana juga disediakan pameran , Yang penting warga felcra sangat meraikan kami . Banyak sangat hadiah yang mereka bagi . Thanks Encik , Cik, Makcik Pakcik Adik kakak abang warga felcra yang meraikan kami semua!

Alhamdulillah seronok . 






Ini antara cenderahati yang warga Felcra bagi . Terima kasih banyak banyak dapat beras lagi tawww pegi tempat proses padi tu . Then Kain pasang jakel & yang paling best produk koperasi Felcra ni . Besttt . 




Okay siap masuk paper lagi . Seriously konvoi Felcra bersama media & blogger ni memang best ! Jemputlah baca keratan Mar . hhew 


Thanks Warga Felcra ! Thanks warga Perak! 
Nanti kita jumpa lagi taw .

Syabas & Tahniah  Felcra Berhad !

You Might Also Like

0 comments: