Berhati-hati dengan Amil yang tak bertauliah!

June 19, 2017,1 Comments

ELAKKAN MEMBAYAR ZAKAT KEPADA AMIL YANG TIDAK BERTAULIAH

Assalamualaikum semua . Sihat?
Bila tiba ramadhan ni umat islam sibuk nak cari tempat berbuka best, nak tarawih, nak bersahur , bazar ramadhan laa. Dan tak lupa juga nak membayar zakat uolls .
Kalau kat rumah Mar, ayah la yang akan membayar zakat . hehe. Orang kelate panggil nak g baya teghoh iaitu zakat fitrah hahah .

Okay korang pulak macam mana? Bayar zakat kat mana?

Kat sini Mar nak ingatkan kat korang semua supaya salurkan zakat kepada amil yang bertauliah taw . bukan apa sekarang ni ramai sangat yang menyamar jadi pengutip zakat bagi pihak institusi  zakat atau organisasi . Jadi diharapkan kepada semua agar berhati-hati supaya tidak mempercayai individu yang mengambil kesempatan .
Kita semua harus mengambil berat terutamanya isu amil tak bertauliah ni laaa . Moga kita tak menjadi mangsa penipuan.

Contohnya, pihak Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) selaku badan yang bertanggungjawab ke atas kutipan di Wilayah Persekutuan turut menegaskan pihaknya kini telah menghantar notis makluman larangan mengutip zakat tanpa tauliah di semua lokasi termasuk di sektor swasta dan kerajaan  di sekitar Wilayah persekutuan termasuk Putrajaya bagi membendung gejala ini di kalangan masyarakat.

Kalau korang nak tahu ,
pengurusan zakat adalah dibawah bidangkuasa Majlis Agama Islam negeri-negeri. Contohnya di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Majlis Agama Islam Negeri berkuasa penuh untuk melantik amil-amil zakat fitrah dan amil zakat harta di negeri-negeri mereka. Di Wilayah Persekutuan, MAIWP telah melantik PPZ-MAIWP untuk membuat kutipan zakat harta manakala Baitulmal-MAIWP pula telah dilantik bagi membuat agihan di Wilayah Persekutuan.
Dan sebagai makluman jugak , Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) adalah sebuah pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4 (1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) yang diberi kuasa untuk mengutip dan mengumpulkan zakat dari orang-orang Islam atau kumpulan orang-orang Islam atau syarikat-syarikat Islam YANG WAJIB MEMBAYAR ZAKAT KEPADA 8 ASNAF YANG WAJIB DI Wilayah Persekutuan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MAIWP dengan persetujuan Yang Di Pertuan Agong, memberi kuasa dan melantik Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) sebagai amil untuk mengutip zakat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 10 Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam (Fitrah dan Zakat) 1952 sebagaimana diubahsuai oleh Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1974. Manakala bagi agihan zakat diuruskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Baitulmal.
Dannn.. Untuk amil yang tak bertauliah atau pun menyamar sebagai pengutip zakat mereka akan dikenakan hukuman yang mana ada dalam akta kesalahan jenayah syariah (Wilayah-wilayah persekutuan) 1997(Akta 559)

AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH -WILAYAH PERSEKUTUAN)1997 (AKTA 559)
Sesiapa yang TIDAK dilantik oleh pihak MAIWP tidak boleh mengutip zakat di Wilayah Persekutuan dan jika melakukannya adalah SALAH di bawah SEKSYEN 33 AKTA 559 yang mana, ‘Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau diberikankuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.’

Haa, hukuman berat jugak tu . Jadi janganlah ambil kesempatan terhadap kebaikan yang orang lain lakukan . 
Dan, harus ingat juga, pembayar yang membayar zakat mereka kepada individu yang tidak dilantik MAIWP juga boleh didakwa dibawah SEKSYEN 34 AKTA 559 yang menyebut , ‘Mana-mana orang yang membayar zakat atau fitrah kepada  mana-mana orang yang tidak diberikan kuasa secara sah untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.’

Jadi kita sebagai masyarakat haruslah prihatin & memahami peranan
PPZ-MAIWP serta BAITULMAL-MAIWP ni untuk elakkan dari membayar kepada amil yang tak bertauliah .
Secara ringkasnya, Pusat Punggutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) merupakan sebuah agensi yang berperanan sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip semua jenis zakat harta, di Wilayah Persekutuan. 
TIADA INSTITUSI LAIN YANG DI LANTIK UNTUK MENGUTIP ZAKAT HARTA SELAIN PPZ-MAIWP DI WILAYAH PERSEKUTUAN.
Agihan pula oleh pihak Baitulmal-MAIWP dan PPZ-MAIWP telah diberikan tanggungjawab oleh pihak MAIWP bagi mengutip semua jenis zakat di Wilayah Persekutuan iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


KAEDAH-KAEDAH DAKWAH YANG DILAKUKAN OLEH PPZ-MAIWP DAN SASARANNYA
 -Bersesuaian dengan MOTO PPZ-MAIWP, “Memudahkan Anda Berzakat”, PPZ-MAIWP sentiasa memastikan segala urusan berkaitan zakat di permudahkan.
- Sama ada untuk mendapatkan maklumat zakat dan seterusnya membuat pembayaran zakat. semuanya dipermudahkan.
- Setiap lapisan masyarakat akan mendapat maklumat berkaitan zakat melalui aktiviti-aktiviti turun padang yang mempunyai sasaran yang berbeza iaitu  pelajar sekolah / Universiti, Para pekerja (kerajaan / swasta), Syarikat-syarikat, Peniaga – Pasar malam, pasar tani, downtown, uptown, Dakwah di alam maya turut dibuat bagi menyasarkan generasi-generasi muda / generasi gadget / generasi Y (GEN Y), Facebook, Portal, Twitter, Blog.
-Setiap kempen / promosi yang di jalankan mempunyai sasaran kumpulan tertentu. Ianya mengikut kesesuaian kumpulan sasaran

Dan Mar harap sangat kita semua boleh menjalankan tanggungjawab masing masing dengan penuh berhati hati .Semoga dengan kemudahan yang telah mereka sediakan akan memberi lebih banyak ruang kepada masyarakat membuat pilihan untuk melunaskan tanggungjawab kepada Allah s.w.t. .

PPZ-MAIWP selaku badan yang diberi amanah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyeru kepada masyarakat untuk menunaikan  zakat masing-masing. Yang paling penting, lakukan kiraan terlebih dahulu. Mungkin anda tidak dikenakan zakat tapi anda seorang penerima zakat. sekurang-kurangnya apabila kita membuat kiraan, kita tahu dimana kedudukan kita. Selain itu, dengan zakat anda inilah yang memberi kelangsungan hidup kepada asnaf-asnaf yang kini sedang bergantung harap kepada baitulmal untuk menampung kehidupan seharian. Tunai zakat anda di institusi yang dilantik agar duit zakat tersebut dapat memberi manfaat yang maksimum kepada asnaf. InshaAllah .

Sama sama kita saling membantu & dapat keberkatan dari NYA . Ameen .
 Okay ini adalah lokasi kaunter zakat PPZ-MAIWP , senang untuk korang semua dapatkan maklumat nanti :
1) Wisma PPZ, Dataran Shamelin
2) Plaza RAH, Kg Baru
3) Masjid Negara
4) Wangsa Maju, Wangsa Delima 6
5) Presint 9, Putrajaya
6) Presint Diplomatik, Putrajaya
7) Masjid At Taqwa, TTDI
8) Masjid Abd Rahman Bin AUF, Jalan Puchong
9) Masjid Imam Al Ghazali, Kepong
10) UTC Pudu Sentral
11) Labuan Times Square, Labuan

Selain itu, borang bayaran zakat juga boleh didapati di Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP. Terdapat sebanyak 10 lokasi tetap iaitu di :
1) Perbadanan Putrajaya, Putrajaya
2) KWSP Wangsa Maju
3) CIMB Bank Setiawangsa
4) Jalan Dungun
5) Masjid Asy Syakirin KLCC
6) Jalan Tunku Abd Rahman
7) Menara Binjai
8) Surau Bank Islam
9) Surau Tabung Haji
10) Tmn Melati
Mereka  akan berada bermula dari jam 11.00 pagi – 3.00 petang di setiap lokasi.Untuk tahu dimana PPZ-MAIWP berada setiap hari, boleh like FB mereka  di www.facebook.com/myzakat

Korang semua yang ingin  dapatkan semua maklumat tentang zakat dan yang berkaitan dengannya boleh layari / hubungi -

Portal PPZ-MAIWP : www.zakat.com.my

Facebook : Facebook.com/myzakat

Talian zakat : 1 300 88 5757

You Might Also Like

1 comment: