Food

Resepi: Tomyam Kaw Anak Dara !

June 11, 2017,1 Comments

Happy Fasting awak! 
Menu yang paling Mar suka & always nak upgrade . Kadang Mar ikut apa yang ada kat dapur ja . Haha Tapi kalau boleh buat Tomyam Kaw memang suka sangat! Ni Mar share resepi simple Tomyam tapi rasa Kaw punya! hhe
BAHAN-BAHAN:
Ayam/Daging/Seafood
Serai (ketuk)
Daun limau purut 
Daun ketumbar
Cendawan
Kubis
Lobakmerah
Cili (ketuk)
Tomato
Bawang besar
Bawang merah ( Tumbuk)
Bawang Putih (Tumbuk)
Minyak
Air
Garam

Perencah Tomyam (tak kisah perencah brand apa)
Tomyum Chili Paste (Thai punya)
Cili gili/cili boh
Sambal tumbuk

 Bahan untuk buat kuah tomyam sedap 
( Perencah tomyam +ThaiChiliPaste+Ciligiling (tiada dalam gambar) + Sambal )
Tak kisah nak guna ayam/daging/seafood
CARA-CARA :
1) Masukkan minyak biarkan panas.
2) Masukkan bawang putih & bawang merah yg sudah ditumbuk . Tumiskan biar naik bau .
3) Masukkan cili giling/cili boh. Kacau sebati.
4) Masukkan air 1cawan biarkan mendidih.
5) Masukkan Thai Chili paste(dah manis so xperlu masukkan gula dah) & masukkan perencah Tomyam. Kemudian kacau sampai naik bau. 
6) Bila dah mendidih masukkan serai & masukkan lobak merah.
7) Kemudian masukkan air ikut sukatan perencah yang korang masukkan. Kalau rasa nak pekat masukkan 1mangkuk besar air sahaja .
8) Selepas beberapa minit mendidih boleh masukkan ayam, kalau rasa perlukan garam masukkan 1sudu kecik garam. 
9)Akhir sekali masukkan sayur (kubis,cendawan,cili,tomato). Perah asam limau (ikut suka nak masam sangat ke tak).Kalau nak lagi pedas masukkan sambal yang dah ditumbuk . Dan Okay siap!

 Fuh pekattt!


Nyum! Da siap!!
 Nak tahu sedap tak kena tanya housemate . 
Alhamdulillah housemate Mar cakap best resepi ni! hhhe pekat rasa masam pedas cukup! 
Yeyy Akhirnya berjaya Mar upgrade ! hhe Suka ngat masak seorang Mar ni! 


Bye thansk sudi singgah baca.
Much Love;
Mar !

You Might Also Like

1 comment: