Clevergirl

Mar Lulus Ujian Clever Girl 2017

September 28, 2017,6 Comments

Assalamualaikum Semua,
Semua mesti nak tahu kan pengalaman Mar ke Audition Clever Girl . Okay jom baca. Mar share untuk korang yang berminat ♥ 


Mar tak sure bulan berapa . Masa tu kawan Mar ajak teman ke Ujibakat Clever Girl . Mar cakap okay je tapi taknak join pun . Mar ni bukan suka sangat sebenarnya cast sbb faham ramai lagi yang hebat . Eh rendah diri lak . hehe Tapi memang Mar pergi untuk teman kawan .

Tiba kat Sri Pentas, kena beratur untuk ambil no giliran dan isi butiran peribadi . Kawan Mar dah siap pujuk suh Mar masuk join teman dia jugak. Hm, taknakklaaa . Memang dah cakap taknak join  masa otw tu . Huhu  tapi bila sampai kawan Mar ajak lagi suh teman. Ayyoo.. masa Mar sampai tengok tak ramai sangat lagi, Hurm okaylaa Mar temanlah  kawan ni beratur siap dengan Mar sekali isi borang . Adehh . Okaylaa isi je la. Tapi isi pun malas malas ja . Haha.

Lepas dah siap isi borang, tunggu depa panggil turn naik kat level atas untuk Task . Fuhh mesti korang berdebar masa tu. Huhu tapi Mar tak berdebar pun sebab macam saje saje ikut kawan naik jugak.

Kalau korang nak tahu, 
Kat sana ada banyak task jugak untuk lepas.

FIRST, kena exam bertulis dulu . kalau lulus layaklah ke peringkat audition depan juri & para sponsor serai mas tu . Task 1(Exam bertulis) kami kena masuk dalam bilik macam bilik mesyuarat  untuk ambil exam. Sebelum ambil exam semua peserta perlu keluarkan handphone masing masing. Fuh kemain. Hehe . Masa tu tak rasa pape pun berdebar pun takda sebab memang saja teman kawan Mar tu kan.  Sebelum start exam lama jugak kami kena tunggu. Sempatla borak borak kenal dengan peserta yang datang ujibakat clever girl . Biasa lah mesti nak tahu kerja apa & umur berapa kan. Antara yang sempat tegur, ada yang kerja engineer, lawyer, student of course ramai ada yang tengah amik master, kawan Mar pulak lecturer kat sebuah kolej kt KL. Hebakkk semuaaa hhe.

Then, lepas taklimat sikit kami diagihkan dengan soalan . Tak silap soalan tu 40 soalan semuanya . Alaaa soalan seakan PTD gittew. Hehe . Maksudnya . Soalan tu macam macam ada, ada soalan bentuk fakta,isu semasa dan juga kbkk.

"SOALAN UJIBAKAT CLEVER GIRL apa? macam mana?" mesti semua nak tahu kan. Hhe

TASK1 (EXAM BERTULIS)
Soalan dia korang mesti tahu EVERYTHING PASAL DUNIA NI. Hahahha
Maksudnya korang kena lah clever. Bukan clever di SPM, atau di RESULT UNIVERSITY taw. No and No.

Korang semua kena lah AMBIL TAHU SEMUA ISU & SEMUA INFO. Yes, tak kisahla pasal apa pun. Yang penting korang kena tahu dari A-Z dalam kehidupan korang ni. Kalau korang belajar sains tak kan belajar tu ja , benda lain tak amik kisah langsung. Korang kena amik kisah semuaaa. Ya semuaaaa, Amik tahu semuaa isu semasa dalam kehidupan korang . Kalau korang belajar agama takkan tak nak amik tahu langsung pasal isu isu gossip hot. Oppps. Haa itulah kalau korang nak masuk clever girl means korang kena tahu dari segenap segi.

P/S : Korang kena amik tahu, kaji & faham semua.

Okay okayla, Mar share, Soalan yang Mar dapat hari tu adalah  berbentuk soalan Isu Semasa, Geografi Dunia(bukan geografi Malaysia okay) haaaaa nampak tak? hahahaha, Sejarah dunia, matematik, sains & lupa dah . Yang penting soalan dia ada juga pasal artis luar Negara. So faham faham lah kalau korang yang tak amik tahu. Dan satu soalan bocor yang Mar nak bagi kat korang .
Siapakah Miss Universe 2016? Haaa canggitu pun ada taw tak. Mar ada la jugak amik tahu pasal dunia modelling ni. Hehe

Lepas dah siap jawab semua, soalan dikutip dan hampir setengah jam mereka datang kembali untuk bagi result & bagitahu sape yang lepas untuk ke TASK 2 iaitu audition bersama juri .Fuh masa tu baru start debor Mar. huihu.

Sorang sorang nama dipanggil, tetiba ,

macam silap dengar pulakk, nama Mar pun lulus. Alhamdulillah cam tak sangka masa tu!Hehe 

Dan ada beberapa orang yang tak lulus termasuk kawan Mar sendiri. Alaaa sedih plk, sebab Mar nak teman dia, tetiba dia pulak kena teman Mar . Hm. Nasib tak menyebelahi dia .  K tibaa takda mood nak bercerita kat korang,yelaaa sebab tak best kawan Mar tak dapat ke task seterusnyaa. :(  Hmm

Lepas dah siap semua, peserta yang layak terus dipanggil untuk ke ruangan menunggu audition . Masa tu da takda mood jugak. Tapi rasa excited pun ada la sikit sebab tak sangka boleh jawab soalan  tadi. Yes memang susah sangat soalannya!

Lama jugak nak menunggu sampai giliran . Lepas lunch pukul 3 macam tu baru giliran Mar, kalau petang petang dah juri pun dah takda mood.. Bila tiba giliran kena pakai mic then di arah untuk masuk bilik juri. Mar masuk tu memang la konfiden. Tapi bila tengok juri tinggal dua ketul je rasa macam xde mood dah . Yela yang ramai ramai juri para sponsor apa semua tadi dah balik . Sedih tau kita nak ramai yang menilaii baru best .  . hhu Eceh . 


APA SOALAN TASK2 ( AUDITION) ?
Masa masuk tu bagi salam apa semua. Juri akan suruh perkenalkan diri . Then cerita secara ringkas kerjaya & why nak masuk clever girl & apa yang kita nak bawa bila kita bergelar clever girl kelak.
Bla bla bla bla Mar jawab mestilah dengan penuh konfiden gittew .

Juri tanya kalau diberi pilihan nak tak Mar wakil negeri lain. ?
Soalan yg agak terkejut la jugak .
Mar join mestilah Mar nak wakil negeri kelahiran sendiri. Yes Sure Mestilah Kelantan. Kalau dapat masuk tibaa wakil negeri lain buat apaaaa kan . OMG . No, Mar bukan nak masuk untuk popular semata (kalaulah dapat kaan) . Mestilah nak banggakan negeri kita . Yela dah semua wakili negeri masing masing kan. Ofcourse la.

Then, Mar cakapla saya nak wakil Kelantan. Juri cakap, walaupun Kelantan ramai dah finalist yang berjaya masuk awak tetap nak wakil Kelantan?
Sebab Juri bagi pilihan untuk wakil negeri yang kurang finalist lagi sebagi contohnya wilayah persekutuan . Hm. Mar cakap tak nak, saya tetap nak wakilkan Kelantan .Hhu.

Wahai Ore Kelate Semoo! berbanggo lah Mar pertahankan jugak untuk wakil Kelate tau dokkkkk. Hidup Mar Hehe

Tak tahula kalau cakap wakil negeri yang sikit finalist tu kemungkinan akan dapat kan.
Tapi rezeki sampai disitu sahaja .
Sebenarnya sesapa yang berjaya memang akan ada ujian lagi . So Mar dah tak tahu ujian apa seterusnya . Sampailah mereka pilih 1 sahaja yg layak untuk wakili setiap negeri .

P/S: 
Weyhh ramai sangat dah yang berjaya jadi finalist . So kalau nak tercalon . pergi lah ujibakat first negeri yang dia buat . Kat sri pentas tu dah ke 3 atau 4 dah sebenarnya . Ujibakat pertama & kedua da buat kat pulau pinang/ johor tak silap.

Fuhh . memang susah la camtu nk tercalon kan . hhu.

Itu sahaja perkongsian pengalaman Mar . Doakan Mar berjaya dunia akhirat okay.
Yang ni dunia semata mata . Hehe . Bye awak..


Much Love! 
terima kasih sudi baca :)
yang ikhlas ♥, Putery Memory




You Might Also Like

6 comments:

  1. Samalah kita ena 4004 from johor .tahun depan cuba lg taw. Tahniah dpt lepas stage1..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh Terima Kasih . Cik Puan Ena pun cuba la lagi ya . Thanks komen.

      Delete
  2. Klu dok kak nor mesti dok sokong mar doh setiap jumaat..hihi

    ReplyDelete
  3. Selalu macam tu Mar, teman kawan pi audition ke? interbiu ke?..kawan tak dapat..yg tukang teman, dapat..

    ReplyDelete