gadget

Kenapa Mar Suka iPhone7?

September 13, 2017,0 Comments

Hi guys! Ramai yang cakap Mar ni hantu gadjet la apa la . Memang banyak gadjet kat rumah terutamanya kamera kan. Sekarang ni kadang nak pergi memana malas nak bawak kamera . So Mar pikir memang Mar kena cari handphone yang terbaik


Banyak juga handphone yang Mar usha sebelum ni & paling berkenan adalah iPHONE 7 hihiks! Cantiknya lahaaaiii T_T . Korang mesti teringin juga kan. Lagi lagi yang gigirl mesti nak warna rosegold . pinky2 gittew ! 


KENAPA iPHONE 7?




1) KAMERA
Ofcourse la kamera dia kan, sensor belakang 12-megapixel & sensor hadapan 7-megapixel. Bahagian belakang iphone7 turut menawarkan integrasi Quad-LED yang mempunyai pencahayaan 50% lebih jelas berbanding 6s tau . Biasalah  Mar seorang Blogger kan mestilah kena ada handphone yang ada kamera yang berkualiti untuk tangkap gambar. Nak berselfie cecantikss jugaa! hhiks 


2)REKABENTUK

Bila tengok bentuk iphone 7 ni Mar berkenan sangat sebab tak kecik tak besar sangat. Mar jenis tak suka handphone yang agak besar . So Mar rasa iphone7 okay . Like sederharna comel jer . hehe Ofcourse nak juga yang nipis kan.



3) KALIS AIR
Kalau nak selamat memang Mar kena beli iphone7 sebab kalis air kan. Mar ni orang nya lasak. Then suka pulak pergi travel & hiking so lepas ni dah tak risau kalau kena air hujan ke apa kan . Iphone7 ni bagus kerana ianya  hadir dengan piawaan IP67 yang menawarkan perlindungan daripada air dan juga debu.

4) SPEAKER
Kalau korang nak tau, pada iphone7 telah disertakan sokongan speaker stereo yang baru.  So okayla bunyi dia 2x ganda kuat berbanding dengan iphone 6s. Speaker iphone7 juga  turut mempunyai kualiti panggilan yang lebih tinggi melalui speakerphone. Mar suka pasang lagu dengan handphone kat rumah kuat kuat hehe . So kalau ada iphone7 rasanya lagi gempak! hhe




5) TIADA LAGI AUDIO-JACK
Kalau korang perasan Iphone 7 dah tak ada lagi port untuk audio tau. Apple dah gantikan dengan gunakan port Lightning untuk mendengar audio.  Mar rasa ianya satu kebaikan sebab boleh hilangkan tabiat Mar yang suka sangat dengar lagu dengan cas handphone . Kadang, sambil dengar lagu sambil cas dekat powerbank kalau naik kereta. Kemain nak save bateri . Tapi tak elokk kan. Okayla kalau iphone7 hadir macam ni . hehe Mar lagi suka!




5)BUTANG HOME
Kalau tengok butang home yang sebelum ni lebih pada bentuk boleh ditekan kan . Semua tu boleh bawa pada kerosakkan selepas guna  secara kerap kan . So Mar pun dah risau juga sekarang. Tapi bila dengan smartphone iphone7 ni ia boleh mengatasi masalah tu tau sebab ia mempunyai butang Home dengan rekaan statik yang menggunakan Taptic Engine dalam boleh memberikan tindakbalas seumpama menekan butang. 








So Korang doakan Mar dapat beli iPHONE 7 ni ya. Mestilah boleh kumpul duit sikit sikit hehe . Sekarang banyak website jual smartphone Apple  ni dengan harga yang berpatutan so dah tak risau la kan :)

Thank you for reading : )xoxo


You Might Also Like

0 comments: