hair technical

Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung Di Hair Depot

September 25, 2017,1 Comments

Assalamualaikum semua,
Beberapa hari lepas Mar ke HAIRDEPOT kat Melawati Mall Gombak taw. Kedai untuk penjagaan rambut yang paling heaven sangat . Tujuan Mar ke sana sebab nak cari produk fav Mar untuk kesihatan rambut . Ce angkat tangan sape tahu panjang rambut Mar? hhhe 
Kita sebagai wanita yang bertudung mestilah kena jaga  kesihatan rambut, bayangkanlah rambut kita terkepam dek tudung 5-7 jam sehari kan T_T  memang kekurangan oksigen laa. A,ah mestilah kena lebih titikberatkan penjagaan rambut. Lebih lebih lagi rambut Mar yg tersaangatlah panjang ni kan.hehe
Kalau nak tahu HairDepot kat Melawati Mall ni adalah outlet yang baru je dibuka taw. Hair Depot juga ada kat mall lain seperti One Utama,Amcorp Mall,Nu Sentral,IPC Mutiara Damansara, dan banyak lagi .
Bila ke HAIRDEPOT ni offcourse bahagian yang Mar akan pergi adalah bahagian yang Natural . Sebab Mar memang pengguna produk produk yang natural semulajadi ni. Bestttt!
MEA NATURA OLIVE
Produk MEA NATURA OLIVE memang Mar paling suka! Produk ni dari GREECE dan dihasilkan dari buah Zaitun taw . Yang mana kita semua tahu buah Zaitun mengandungi zat antioksidan . Dan aktioksidan adalah bagus untuk akar rambut & juga kulit kepala kita. So bila kita guna MEA NATURE Olive ni rambut kita akan sihat dan berada dalam environment yang seimbang. Yes, that's why Mar cakap ianya sangat sesuai bagi kita yang bertudung ni :) 
_________________________ 
Kalau nak tahu produk ni memang banyak sangat sambutan di HAIRDEPOT ni taw. 
Harga pulak sangat murah dengan bahan bahan yang berkualiti tinggi. 
Mar akan terangkan secara details kat bawah taw . Korang baca nanti okay . (Full Details kat bawah)



MEA NATURA POMEGRANATE
Dan ini pula satu jenis yang seakan sama MEA NATURA POMEGRANATE berwarna merah pink ni diperbuat dari buah delima. So sama juga ia terdiri syampoo, conditioner, mask & jugak body care. So bila korang berkunjung di HAIRDEPOT ni korang boleh pilih ikut citarasa korang k.

Why Mar cakap HAIRDEPOT ni best? 
"sebab semua jenis produk untuk semua jenis permasalahan rambut ada dekat sini taw" 
Masuk je korang akan tengok bermacam macam jenis produk rambut dari bermacam macam negara ada taw. Dan HairDepot juga sesuai untuk lelaki & perempuan semua peringkat umur. Yup, penjagaan rambut untuk baby & kids pun ada. So memang sesuai untuk 1 family lah!





Tengok yang ni Head Spa pun ada, memang tak perlu nak p SPA la awak awak. Beli ni buat sendiri kat rumah je heheh
ARGAN OIL
 Korang pernah perasan tak,
 bila pergi memana nampak rambut orang tu berkilatnyaa wangi pulak tu. Haaaa inilah jawapan dia. Korang pun boleh cuba Argan Oil dekat Hair Depot ni. Minyak ni bau dia seakan pakai perfume dekat rambut taw. Wangi & shiningkan rambut . Bukan tu saja, bila ada kulit kulit kita yang merekah kat bahagian tumit atau telapak kaki pun boleh pakai ni . Memang banyak sangat kegunaan . Ini antara produk yang Mar suka kat Hair Depot taw.

HAIR APPLICIANCES
Kat HAIRDEPOT juga ada bermacam macam peralatan rambut contohnya sikat, hair dryer & banyak lagi . Boleh katakan All about Hair semua ada kat HAIRDEPOT ni . Bila masuk je sini semua penyelesaian rambut terjawab . Fuhh hhe


Sekarang pula banyak promosi, Mar recommend korang pergi sekarang taw, tengok murah murah je harganya .
____________________________________________
DETAILS : MEA NATURA OLIVE 
Produk ni sangat best sebab dia natural je. Mar suka pakai produk yang semulajadi takdela banyak bahan kimia . Bagi wanita berhijab seperti Mar ni memang sangat sesuai .  Sebab apa? sebab kita yang bertudung ni kekurangan oksigen untuk kulit kepala kan. 

SYAMPOO 2in1 -untuk Rambut & Kulit Kepala
Okay ini syampoo MEA NATURA OLIVE dari buah ZAITUN. Sangat elok untuk kulit kepala bila pakai korang takkan rasa pedih taw. Biasanya kalau pakai syampoo lain rasa pedih pedih je sebab terlalu banyak bahan kimia kan. Bila pakai syampoo ni Mar rasa sedang pakai bahan semulajadi kat rambut hehe. Texture dia gel ringan , bila syampoo yang jenis gel ni memang elok untuk bersihkan kulit kepala taw.


Bahan bahan : Korang boleh tengok kat atas tu. Semuanya bebas dari PARABENS, ALCOHOL,SILICON, dan lain lain. So memang selamat pakai produk ni untuk rambut . Yes! that's why la Mar suka . Dah tak risau dah lepas ni kan.

HAIR MASK 
Okay bila korang dah apply Syampoo & conditioner(takdedalamreview) , korang apply HairMask pulak. Pastikan rambut korang masih lembap taw. Sapu & ratakan je di seluruh rambut . Hair Mask punya texture sangatla lembut seakan losyen macam tu . 


BODY MILK
Kalau nak tahu produk ni ada juga mandian  Bukan setakat penjagaan rambut je . Dia didatangkan juga Body Milk untuk mandian yang lebih segar & semulajadi . 
Mar dah pakai body milk dari buah zaitun ni, seakan mandi dengan susu je. hehe sebab natural sangat bahan bahan dia letak. Memang tak memedihkan. Bau dia Mar paling suka sebab rasa fresh semulajadi . A,ah macam pakai susu . Serius seronok rasa nak taruk banyak banyak pulakkkk . hhe


So inilah dia jawapan bagi yang komen kat blog Mar tanya macam mana Mar jaga rambut.  Mar memang suggestkan korang ke HAIR DEPOT & try produk ni taw . Jangan risau bila ke HAIR DEPOT ni mereka akan guide korang ikut permasalahan rambut taw. So bagitahu je apa yang korang nak untuk rambut korang okay. Kalau Mar , Mar suka pakai MEA NATURA tu. 


Facebook : Hairdepot
Instagram: Hairdepot_MY
Website :  http://www.hairdepot.my/



Thank you HAIR DEPOT .
Much Love! 
terima kasih sudi baca :)
yang ikhlas ♥, Putery Memory

You Might Also Like

1 comment: