Asyikin Exclusive Setapak Central

Akhirnya Butik Asyikin Exclusive di Setapak Central, Kuala Lumpur

February 08, 2018,0 Comments

Sebelum ni selalu tengok Butik Asyikin Exclusive dekat media sosial. Satu daripada butik muslimah yang agak terkenal di Malaysia. Kalau korang nak tahu, Asyikin Exclusive mempunyai dua cawangan di Melaka iaitu di Kota Fesyen Air Keroh dan Pusat Beli Belah Mahkota Parade. Dan kini, pemiliknya Puan Nur Asyikin telah merealisasikan impian untuk melebarkan cawangan ketiga di Kuala Lumpur.
PEMBUKAAN CAWANGAN BARU DI SETAPAK CENTRAL
Akhirnya dah ada kat Kuala Lumpur! Alhamdulillah, Mar berkesempatan untuk bersama sama menjayakan  pembukaan butik baru ASYIKIN EXCLUSIVE di SETAPAK CENTRAL MALL. 
Teruja sangat, sebab dekat dengan Mar taw . Tahniah ! 
Puan Asyikin & Suami Ishak Tang @ Guohua Tang yang merupakan warganegara China dari keluarga muslim. 
Mereka sangat peramah dan humble orangnya. Walaupun merupakan founder butik terkenal tapi tetap nampak rendah diri je. Suka sangat tengok mereka ni. Hehe Mungkin itulah rahsia kejayaan Puan Syikin dan suami . Masa ni mereka menceritakan bagaimana boleh tercetusnya untuk buka butik di Kuala Lumpur iaitu di Setapak Central,yang mana Puan Syikin mengatakan bahawa kat sini merupakan tempat tumpuan warga malaysia & juga pelancong luar negara yang bermastautin di Malaysia membeli belah, terutamanya warganegara china di Malaysia.

Oh patutlah, Mar tengok ramai pelancong china datang shopping time pembukaan hari tu. Dan bila Mar jalan jalan kat Setapak Central ni memang rata ratanya adalah pelancong asing muslim yang datang beli belah kat Mall ni. Bagus juga idea Puan Syikin . 


FESYEN TERKINI DAN MEMPUNYAI IDENTITI SENDIRI
Bila ke butik ni, Mar dapat lihat sendiri koleksi koleksi baru seperti jubah, blaus, tudung, seluar palazzo serta banyak lagi. Kain yang digunakan memang sangat berkualiti tinggi. That's why la ramai yang suka shopping dekat butik ni. Asyikin Exclusive juga ada  koleksi artis Malaysia taw iaitu  koleksi Puteri Sarah Liyana, Sherry Alhadad dan Shila Amzah. Mar suka sangat sebab koleksi fesyen mereka lain dari yang lain taw. Dekat sana juga ada pelbagai jenis saiz dan sesuai untuk semua peringkat umur. So jangan risau memang sesuai sangat untuk shopping satu family.

Bila usha usha pakaian kat sana, rasa macam semua outfit Mar berkenan sebab style yang ikut trend semasa dan harga pula sangat berpatutan. Nasib baik lah dekat ! hhe 
so anytime boleh datang singgah sini. 






Nampak tak seluar jeans yang Mar pegang tu? Cantik sangat, bukan senang nak jumpa seluar jeans yang longgar macam ni, sesuai sangat untuk muslimah .  Kalau pakai longgar longgar pun boleh berfesyen taw awak.  Asalkan kita tahu matching matching kan outfit, then kena selalu up to date dengan trend semasa & juga tempat taw. InsyaAllah akan nampak sopan mengikut syariat asalkan tak berlebih lebih. 

Best pulak dapat borak borak dengan Puan Syikin ni semalam, tak sombong . Mar doakan semoga Asyiking Exclusive ni berkembang maju & dapat buka cawangan lain lagi ke seluruh Malaysia . InsyaAllah . Ameen. 
So korang yang berdekatan boleh singgah terus kat butik Asyikin Exclusive di Setapak Central okay, dan untuk tengok koleksi lain lagi korang boleh usha terus media sosial Asyikin Exclusive ni .  
Bye guys. Thanks singgah baca :)

FACEBOOK : AsyikinExclusive
INSTAGRAM: Asyikin_exclusive

ALAMAT :
Asyikin Exclusive, Level G, sebelah coffee Bean,
Setapak Central Mall, Kuala Lumpur.



You Might Also Like

0 comments: