Food

Nasi Lemak Sedap Kuala Lumpur - Nasi Lemak Zaleha Keramat Mall

February 09, 2018,2 Comments

Salam Alayk awak semua.
Tetiba je housemate Mar ajak breakfast sama, so kitorang decide nak makan nasi lemak. Tak sangka dia ajak sarapan tempat makan best!. Nasi lemak ni kan favourite semua rakyat Malaysia , bukan orang melayu je yang suka, cina, india semuanya suka. Hebat penangan Nasi lemak ni kan. Mar dan housemate pun memang hantu nasi lemak. hhiks. 
Kedai Nasi Lemak Zaleha menyajikan pelbagai menu sarapan pagi bukan nasi lemak sahaja, ada juga sup tulang, nasi berlauk  pun ada, nasi kerabu, mee goreng, rendang, kuih muih, minuman dan banyak lagi .
Mar & housemate order Nasi Lemak berlauk. 
Mar Nasi Lemak Ayam Goreng dan housemate Nasi Lemak paru. Sambal boleh minta lebih taw. Nasi banyak sangat dia bagi . Tengok tu kemahen banyakkk sangatT_T hhu Memang tak kedekut la akak jual ni. Kami suka sangats sambal dia , manis pedas masin cukup rasa . Adeh patotlaa ramai orang suka makan kat sini
Dan kat kedai ni juga orang suka order sup tulang taw . Eh pagi pagi pun layan. Kitorang kongsi order satu mangkuk je risau takut tak habis sebab banyak sangat dia bagi . Bila try, Allah Sedap sangat, rempah sup dia pekat dan daging sangatlah empukkkkk . Harga pulak murah rm6.00 je .

HARGA  NASI LEMAK ZALEHA 
( linkungan anggaran harga)

NASI LEMAK BIASA : RM1.50
NASI LEMAK +TELUR MATA : RM3.00
NASI LEMAK +AYAM : RM5.00
NASI LEMAK KERANG : RM4.00
LONTONG : RM5.00
SUP TULANG : RM6.00




WAKTU JUALAN
 7.00 - Tengahari .

ALAMAT:
NASI LEMAK ZALEHA
Level bawah, Keramat Mall, 
UTC Keramat, Kuala Lumpur



You Might Also Like

2 comments:

  1. memanggilnya sup tulang dan paru tu.. mama ni penggemar nasi lemat. boleh terjah ni

    ReplyDelete
  2. wah!harganya berbaloi2 tu biarpun di ibukota. kena pi melawat kedai ni sekejap.

    P.S. Abam Kie jd follower ke 512. TQ.

    ReplyDelete