Gaya Travel

Taman Buaya Terbesar Di Semenanjung Malaysia !

September 07, 2018,1 Comments

CROCODILE WORLD, TELUK SENGAT, JOHOR
Holla Guys! Salah satu tempat menarik untuk dikunjungi sewaktu cuti sekolah adalah Crocodile World taw, di Teluk Sengat, Johor ni, heyyy first time Mar pegang anak buaya kat sana. Berani dalam ketakutan jugak tu . Opps! heee
Kalau korang nak tahu, ia adalah Taman Buaya Terbesar Di Semenanjung Malaysia 
yang mempunyai lebih 1000 ekor buaya peliharaan taw. Taman Buaya ini dibina di dalam kawasan ladang kelapa sawit berhampiran sungai Johor. Mengikut cerita, pemilik Taman Buaya ini telah dihadiahkan seekor anak buaya oleh seorang penduduk di Teluk Sengat ini yang mana tersangkut di pukat ikannya. Bermula dari situlah dia berminat untuk memelihara lebih banyak lagi buaya sehinggalah berjaya mengumpulkan lebih 1000 ekor buaya di dalam kawasan ladang kelapa sawit miliknya sendiri. Uwww, dari minat menjadi sebuah taman buaya yang sangat besar!
Bayaran masuk pula sangat berpatutan . 
DEWASA: RM8.00
KANAK-KANAK: RM4.00
FAKTA TENTANG BUAYA:
Buaya mempunyai 60-72 butir gigi, fungsi utamanya adalah untuk mengoyak mangsa tetapi tidak mengunyah makanan.
Kat sini juga terdapat seekor buaya "Otai" taw. Wah, otai masih berbisa ke? hehe. Sebenarnya kat sini terdapat seekor buaya yang berusia melebihi 155 tahun yang mana merupakan buaya tertua usianya dikalangan buaya lain. Kalau nak tengok kena la datang sini taw guys!





Kat sana Mar berpeluang untuk tengok telur buaya taw. Kalau tengok ni memang sebijik telur ayam kan?  Ehh risau pulak kang tertukar dengan telur ayam . Huhuk T_T


Tapi Mar tengok macam kuantiti dia banyak sikit, dan lebih pekat.
Hai, Abang Buaya Darat, Tumpang Tidur Sat. Ehhhhh! hehhe Sempat landing.
 So, kepada semua yang ingin berkunjung ke  Crocodile World ni bolehla bawa satu famili atau pun rombongan sekolah kerana ia sangat bermanfaat untuk anak anak kita mengenali dengan lebih dekat haiwan reptilia ini. 

Lokasi : 
Lots 1289 & 1290, Jalan Sembilan, Kampung Belading, Teluk Sengat, 
81940, Kota Tinggi, Johor 

Tel : 07:8955220 Fax: 07-8955137


You Might Also Like

1 comment:

  1. jarang jalan area2 selatan ni.. kena plan jugakla one day nak jalan ke sana. penah pegi 2 je taman boya.. kat Langkawi n Sarawak hihi.. takuiit..

    ReplyDelete