Badan Cantik

Tips Badan Mantap & Ideal Untuk Wanita

September 23, 2018,1 Comments

Hey gegadis cantik kat luar sana.
Mesti semua teringin nak ada badan yang cantik dan sihat kan? Macam mana korang jaga body masing masing ya? Jom Mar kongsikan cara Mar maintainkan berat badan.


1) SELALU BERSENAM
Mar biasanya akan pergi gym atau pun jogging "outdoor" di Taman KLCC. Mar memang suka jogging dari sekolah lagi, sebab ia boleh kuatkan kita punya stamina. Ia membantu menguatkan otot & tulang taw. Lagi satu bila kita jogging dapat hilangkan segala tekanan kerja sebab ia membantu kita untuk lebih fokus & hilangkan semua permasalahan dunia, gituuuuhh. hehhe Cuba la kalau tak percaya. Jogging juga akan buatkan kita dapat kualiti tidur yang cukup & senang lelap. Siapa yang selalu insomnia macam Mar bolehla selalu jogging petang hari then bila malam wajiblah badan perlukan rehat dan terus tertidur .

2) JAGA MAKAN . TIDAK MAKAN MAKANAN BERLEMAK.
Okay kalau bab makan ni, Mar tak suka makan makanan yang berlemak taw, contohnya masak lemak apa apa yang dari santan, bukan tak boleh makan, tapi tak berapa suka la, kurang suka makan makanan dari santan , jadi dari situ Mar boleh kawal berat badan Mar. Tapi kalau korang penggemar makanan yang berlemak, boleh je makan tapi ambil dalam kuantiti yang sedikit atau pun makan jarang jarang. Haaa gittuu . Mar tak sekat taw selera korang . hehe.



3) SELALU AMALKAN MINUM AIR MASAK
Okay kalau tips ni korang mesti selalu jumpa dalam entri Mar yang lain, sebab apa sebab air masak ni memang sangat membantu untuk menyihatkan badan kita. Ianya adalah untuk proses melancarkan sistem pencernaan, jadi takdelah nak sembelit hari hari kan, kalau 'perut' tu penuh nak bergerak pun susah, jadi tak best kan? Jadi dengan minum air masak ni akan membuatkan pembakaran kalori berjalan dengan lagi efisien taw taw. Dan sebab itu juga lah ia sesuai untuk orang yang berdiet. Mar paling susah nak minum dalam kuantiti yang cukup setiap hari tapi Mar cuba juga minum atleast 4-6 gelas .


Untuk wanita atau lelaki kat luar sana, tahu tak air masak ni juga meningkatkan kesuburan taw. Ia menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa. Malah Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Jadi amalkan lah setiap hari okies! Tak nak pun kena paksa juga! hahahhaha 

3) AMBIL SUPPLEMENT CUPLUS.

Dan lagi satu Mar amalkan ambil CUPPLUS untuk mantapkan lagi badan . Jadi wanita kat luar sana, kena la cantik cantik sebelum kahwin lagi taw, tak kanlah nanti dah kahwin atau dah ada anak baru nak jaga badan? Jaga dari sekarang okay! Please seksi untuk suami awak. hhhiks!

Khasiat Bioxcelent Cupplus White:
Ianya dapat mengangkat dan menganjalkan kembali payudara yang mengendur dalam masa 14hari, membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut, membentuk payudara yang lebih padat berisi, menambahkan tenaga dan kecergasan, membantu mengurangkan keputihan, mencerahkan kulit seluruh badan. Hurm, tengok khaisat dia sebab tu la Mar suka minum hehe. Macam 2 in 1 gitew.



Cara pengambilan :
Ambil 1 skop (20grams) cupplus ke  dalam 200 ml/ 250ml air suam, kacau /goncang sehingga larut dan minum serta merta selepas penyediaan. Minum air yang mencukupi sepanjang hari untuk kesan yang terbaik.

Awak semua boleh tengok video cara pengambilan Cupplus ni taw / klik di SINI


Ramuan:
Maltodextrin, Fructose, Acacia Gum, Tricalcium Phosphate, Serbuk Jus Betik, Serbuk Jus Strawberry, Pueraria Lobata, Serbuk Redbeet, Citric Acid, Serbuk Fenugreek.

LIFTING-90%
FULLNESS-95%
FIRMNESS-97%

Rasa masam masam manis. Sangat sedap. Amalkan setiap hari selepas sarapan taw.
Kalau hamil, menyusu atau sedang ambil ubat , korang kena rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan




Kalau korang nak amalkan juga, korang boleh beli dekat cawangan watson berdekatan taw.  Murah pun murah. Nanti pilih je nak produk untuk diet pun ada taw, tapi Mar tak diet la, Mar sekarang suka amalkan CUPPLUS ni.

INSTAGRAMbioxcellent
CONTACT: 03 2280 6901


Jadi kepada kaum wanita kat luar sana, anda semua cantik taw! Cuma kita kena pandai cari cara macam mana nak buatkan kita nampak lagi cantik,berseri dan sempurna, jadi tak terlambat lagi untuk kita bermula dari sekarang taw. Jom kita sama sama sihatkan diri :)

Bye! Thanks singgah baca. 
Love,xoxo



You Might Also Like

1 comment:

  1. Suka tengok kak mar.cantik tinggi je. Selalu bersenam? hurmm..rabia jarang jogging skrg.sebab apa? Sebab malas nak bersenam. Tapi air kosong tu minum lah. Makanan berlemak tu kuat makan tu.

    ReplyDelete