Beauty product

Wah! Pertama Kali Safi Keluarkan Kolagen Kecantikan Dalaman!

November 23, 2018,0 Comments

Kecantikan Sejati bermula dari dalaman | Hai Semua! , Beberapa hari lalu Mar terlibat dalam pelancaran Safi Kolagen sebagai KOL Safi dekat event tersebut.  Sangat teruja! Tahu kenapa? Sebab pertama kali Safi mengeluarkan Safi Kolagen Guys! Woot Woot! Hebat kan?


Untuk pengetahuan awak semua, Mar memang pengguna Safi Skincare dari zaman sekolah lagi. Yup! Jenama pertama skincare Mar adalah Safi bermula umur 14 tahun lagi dan sampai sekarang Mar setia dengan safi lagi taw.  Eh ada yang nak tahu umur Mar eh? Okay sekarang Mar dah 26 tahun. Jadi Mar dah 13 tahun menggunakan Jenama Safi ni. Lama kan?! Heeee
 KOL Safi bersama orang kuat Jenama Safi !
Sekitar Majlis Pelancaran Safi Kolagen

SAFI FAIR BEAUTY BERI KOLAGEN
SAFI jenama penjagaan kulit Halal No.1 Malaysia melancarkan SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen dirumus khusus dengan nutrisi kecantikan yang diperlukan untuk badan. Minuman kecantikan berasaskan kombinasi bahan terpilih seperti Kolagen Marin terhidrolisis, Peptida Sutera, Vitamin C dan Beri Acai ini diperakui Halal oleh JAKIM diformulasi khusus kerana manfaat anti-penuaan dan anti-oksidanya yang tinggi.

Inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SERI - SAFI Excellence in Research and Innovation Centre makmal produk Halal terbesar di dunia, yang berpusat di Subang Jaya. Sebab itulah, Mar yakin & akan setia dengan safi taw!  





Kolagen merupakan protein yang paling banyak di dalam tubuh badan dan membentuk kira-kira 70% sel kulit kita. Ia membantu pertumbuhan kulit, kuku dan rambut yang sihat. Dalam lapisan dermis kulit kita, kolagen adalah infrastruktur penting yang diperlukan untuk mengekalkan keanjalan kulit, melembut, melembap dan juga membantu pembaharuan sel-sel kulit.

Pada majlis tersebut, Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI turut berkongsi dengan lebih lanjut tentang manfaat “BFF kecantikan” terbaru dari SAFI yang dipasarkan sebagai rangkaian produk kecantikan tambahan kepada rutin penjagaan kulit muka SAFI anda untuk kesan yang lebih efektif. Para pengguna tidak perlu ragu-ragu untuk mengambil minuman Kolagen SAFI kerana ia adalah hasil dari keutuhan jenama SAFI sebagai pakar di dalam penjagaan kulit yang berpengalaman.Faktor persekitaran seperti pendedahan kepada sinaran UV, tekanan, masalah kurang tidur dan gaya hidup seseorang individu itu boleh menyebabkan kulit tidak bermaya serta kusam. Oleh itu, pengambilan minuman kolagen SAFI dapat merangsang kadar penghasilan kolagen,serta menjadikan kulit lebih mulus, cerah dan berseri”.


Tambah beliau lagi, “SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen menggunakan Kolagen Ikan terhidrolisis (HFC/Hydrolyzed Fish Collagen) dari sumber kolagen ikan berasal dari Ikan lautan. HFC mempunyai kandungan protein yang tinggi, larut air dan tidak berbau, lebih mudah dicerna dan diserap oleh badan. Kombinasi manfaat nutrisi kecantikan Beri Acai di dalam minuman kecantikan ini bukan sahaja membantu penghasilan kolagen, ia juga menjadikan tona kulit lebih cerah, sekata dan lebih halus”.

CARA PENYEDIAAN:


Campurkan 1sachet dengan air sejuk 150ml-200ml dan kacau rata.
DISYORKAN : 1sachet setiap hari. 1kotak mengandungi 7hari sachet, dihabiskan dalam 1 minggu.
Disyorkan juga untuk minum satu kali sehari sebelum tidur untuk hasil nutrisi yang optimum.

KELEBIHAN :
Nutrisi kecantikan bahan utama di dalam SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen:

1. Marine Collagen (Kolagen Marin)
· Berat molekul rendah untuk penyerapan mudah
· Tiada rasa, tiada bau – oleh itu anda tidak perlu risau tentang bau atau rasa hanyir

2. Silk Peptide (Peptida Sutera)
· Kaya dengan Asid Amino, protein penting untuk struktur kulit

3. Acai Berry & Vitamin C
· Kaya dengan manfaat anti-oksida yang tinggi untuk kulit


Heyy korang!
PALING RARE OKAY! : 
Korang boleh menikmati minuman SAFI kolagen ini bersama minuman sejuk dan panas atau sup kegemaran kerana kolagen di dalamnya mampu menahan suhu panas sehingga 300° Celcius. Uwwwahh. Hebat sangat ni !!!


Minuman SAFI kolagen ini sesuai diambil oleh mereka yang berusia 25 tahun keatas
1 bekas SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen (450g) mengandungi 90,000mg kolagen. Para pengguna disarankan mengambil 1 sudu (15g) serbuk SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen yang mengandungi 3,000mg kolagen pada sebelah malam 1 – 2 jam sebelum waktu tidur, ini kerana proses perawatan dan pembentukan sel kulit muka berlaku ketika tidur. Lebih berkesan lagi, anda boleh menggunakan sebarang produk penjagaan kulit muka SAFI umpamanya krim malam agar kulit mendapat perawatan dari luar dan dalam semasa tidur.


SAFI FAIR BEAUTY 
Minuman Beri Kolagen dipasarkan dalam dua jenis pilihan bekalan – 1 Bekas x 450g (Pek 30 hari) RM 98.10 dan 1 kotak (7 paket) x 15g RM 29.60 yang boleh didapati di pasaraya, rangkaian farmasi dan toko jamu terpilih di Malaysia. Minuman SAFI kini juga boleh dibeli secara atas talian melalui portal e-dagang LAZADA untuk 3 bulan pertama taw! 
  Korang semua yang suka pakai SAFI juga kita gang taw!  Jangan lupa taw hashtag #BFFSAFIKOLAGEN, #SAFIKOLAGENmyBFF dan #SAFISKINSTORY dekat media sosial korang! Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, korang boleh  layari laman sesawang rasmi SAFI di :

FACEBOOK : SAFIMalaysia
INSTAGRAM : Safi Malaysia 
WEBSITE : www.safi.com.my

Thank you singgah baca 
xoxo!

You Might Also Like

0 comments: