review

SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT,MALAYSIA

June 01, 2015,3 Comments



Assalamualaikum Canteks & Handsomes!
Putery Memory dengan bangganya dapat melawat Sepang Circuit tahu . Betapa gembiranya sebab haha kelakar sebab saya tak pernah sampai kat sini , even untuk tengok Formula 1 atau Motor GP sekalipun .   kah ! tapi dengan rendah dirinya Putery Memory nak ucapkan terima kasih kat pihak manegement dan Dato' Razlan Razali sendiri bawa saya dan rakan blogger melawat tempat-tempat V.I.P yang mana orang luar tak dapat masuk .

Hoyey ! I'm the winner ! 
Okay dapat possing stage pemenang no 1 pun hokay .
Suka laa , sebab Michael Schumacher pernah kat stage ni . eheh .
nampak tak saya ni peminat dia . Ehem!


Siapa tak kenal Dato' Razlan Razali CEO of Sepang International Circuit .
Sebelum kami melawat , Dato' banyak terangkan pasal Sepang International Circuit , yang mana bukan setakat untuk Formula 1 atau Motor GP je yang diadakan kat sini tahu , event apa apa je boleh diadakan kat sini , perkahwinan , corporate dinner dan banyak lagi . Teruja tak ? mestilah .
Rupa-rupanya banyak benda yang kita boleh adakan kat sini . Bestkan !



(Dari kiri) Kak bella dan suami sahabat blogger saya yang sangat sporting .  Yang pakai baju merah pula peserta yang dapat join aktiviti pagi secara percuma . Kalau datang awal, dapat try bermacam macam lah . Aktiviti berbasikal , Roller blade pun ada . Semuanya yang Putery Memory suka . Suka lasak  bolehlah ajak saya . eheh .








Wah ! banyaknya Camera,guess what? Ini lah salah satu bilik yang bukan calang-calang orang je yang boleh masuk taw . Semasa ada race,bilik ini sangat sangat dilarang masuk KECUALI pihak pengadil yang profesional sahaja . Mereka akan menilai dari setiap sudut camera, jika ada kemalangan berlaku di satu Camera , Camera tersebut sahaja akan mereka fokus . Mereka sangat pentingkan keselamatan pelumba .





Bangga tak dapat masuk dalam bilik ni?
Best terima kasih bagi kami  peluang !



Okay peta tersebut paling penting untuk semua . terutamanya pelumba . Mereka akan tengok peta ini untuk memudahkan lagi pergerakan mereka .  Semua jelas terpampar di seluruh 1 Sepang Circuit !








Yey! ini alat para pengadil akan pakai untuk mereka fokus pada pelumbaan . bukan DJ Radio tahu . Eheh . Amboi khusyuknya dia ! Kemahen kan . Bila lagi nak rasa jadi orang penting dalam bilik ni kan .









Okay rehat jap ,sebelum sambung melawat kita makan dulu . 
Makanan pun best . terima kasih dengan layanan pihak pengurusan .




Selepas lunch hour , kami dibawa melawat ke bilik kesihatan dalam Litar Sepang pula, ini bilik kecemasan jika ada berlaku kemalangan , kebakaran . Sangat lengkap.




Seperti yang saya cakap tadi , korang tak kan rugi datang sini sebab semua games ada , Go-cart pun ada . Sepang Circuit juga menyediakan ruang untuk korang yang nak buat pelbagai aktiviti /pertandingan kat sini . So jangan risau okes !







Kebiasaanya selalu tengok bangunan ni kat tv je bila ada Formula 1 kan?
Haa, sekarang saya dapat masuk sendiri kat sini . Luas pemandangan tahu ! saya masuk tingkat bawah , nampak tingkat atas tu adalah bilik V.I.P macam sultan dan orang kenamaan sahaja yang boleh duduk kat bilik tersebut bila ada perlumbaan .








Banyak bangunan kami terjah masuk .  Ini pula pandangan dari bangunan yang boleh disewa khas untuk orang luar. Maybank pun ada sewa khas untuk mereka . Jadi kepada company yang inginkan ruang yang cukup besar boleh sewa bilik khas ini .

Dan satu lagi .

Nampak tak jalan berliku kat depan ni , Ini adalah kawasan yang banyak kemalangan berlaku .  Michael Schumacher pernah kemalangan di selekoh merbahaya tersebut. Sebab itulah dia letakkan batu pasir putih , untuk kurangkan kesakitan .





Dah habis perjalanan . Kebanyakkan mereka orang yang selalu datang ke Sepang Circuit . Okay Putery Memory akan jadi pengungjung tegar juga selepas ni . 


Alhamdulillah . 
 Balik dengan hati riang dapat pulak gift T-shirt sepang . 
Thanks memberi layanan yang istimewa untuk kami .

Bagi sesiapa yang ingin buat event kat SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT sangat dialukan . Dengan ruang yang sangat luas dan selesa sangat sangat berbaloi .

Terima Kasih .


You Might Also Like

3 comments:

  1. bleh ke buat event besday kt litar separk tu erk XD

    Jom Terjah : Bukti cukai GST di Malaysia naikkan harga barang


    ReplyDelete
  2. paling best kot experience ni mar wehhhhh.....

    ReplyDelete
  3. pernah dua kali pi tengok F1 kat sepang..
    memang best!

    ReplyDelete