Sedekah
Follow Putery Memory di Instagram:
www.instagram.com/puterymemory
Antara sedekah atau ditipu aku pilih untuk ikhlas
Pang . !
Rasa sedikit dihempuk .
Baru teringat dah lama tak bagi sesuatu kepada orang yg
lebih memerlukan. Mungkin kita sering terlupa dek sibuknya kehidupan .
"Kadang, kita kena sedar bahawa dalam rezeki kita ada juga rezeki
orang lain"
Ada hak orang lain di dalamnya .
Beberapa hari lalu ,
Hari yang agak sibuk, berjalan turun dari jejantas pavilion untuk
ke klcc . Tetiba ada seorang lelaki ni
berjalan arah hadapan terus menyapa .
Lelaki 40 an :
‘ Askum, nak mintak tolong sikit, susahnya saya dari tadi lagi minta tolong pinjam duit sikit, susahnya orang kat sini . Saya nak pinjam duit nak balik , dompet saya hilang ‘
Terkejut sekejap, tiba tiba ada yg datang tegur. Hm, kalau
korang sendiri pun mesti rasa sesuatu kan. Penipu atau macam macam orang kita
boleh jumpa di KL ni .
Aku : ‘Hm, dari mana ni ?
Aku buat endah tak endah sikit ,
Aku bukan senang
jugak nak bagi duit kat org sebarangan. Kadang, kalau jumpa peminta sedekah yg
kat jalanan pun betul betul tengok org tu susah ke tak kan, budak budak yg
diupah satu, sangat ramai dan aku sendiri pun kalau jumpa bebudak yg macam tu
tak kan bagi sebab tahu memang diorang sedang ambil kesempatan .
Nak bagi sedekah boleh tapi bagi lah dekat orang yang betul
betul memerlukan atau senang kita boleh bagi sedekah kat surau atau masjid .
Bila berlaku macam kat atas tu .
Aku fikir jugak dia ni saja nak menipu aku kan, ingat aku
tak pandai tengok orang menipu ke tak . Bisik aku dalam hati . Huh .
Malas nak borak panjang sebab rushing masa tu, then risau jugak dia ni nak rompak aku ke apa
,
Aku : ‘ Nak pinjam berapa ni orang lain tak bagi?’
Lelaki 40 an : "Kalau
boleh rm10 , saya nak tambang teksi nak balik, tak pa kamu bagi no tel , saya
bayar balik nanti ''.
Siap kuarkan tel dia lagi .
Siap kuarkan tel dia lagi .
Aku : hm ,tak payah lah . aku terus keluarkan duit bagi .
Lelaki 40 an : Terima kasih banyak banyak . Terima kasih’
Banyak kali cakap
terima kasih mungkin sebab saya tak bagi no tel, bermakna saya tak mintak bayar
balik. Ehh, tak kan nak bagi no tel kot. Haipppp .
Dalam hati * Woit, nanti bayaq laa balik* huhuh .
hm tak daa lah . just
confius kan , antara kita memang betul betul bantu dia atau pun dia sedang
menipu .
By the way, apa apa pun yg berlaku. Tak pa lah, kalau dia tipu atau apa pun. Ikhlaskan untuk
bagi.
Kadang saya sendiri nak ucap terima kasih kat kejadian tu sebab benda tu mengingatkan kita, sedarkan kita yang kita dah lama tak 'memberi'.
Kadang saya sendiri nak ucap terima kasih kat kejadian tu sebab benda tu mengingatkan kita, sedarkan kita yang kita dah lama tak 'memberi'.
A,ah itulah yg saya fikir tadi sebelum keluarkan duit
bagi kat dia, yg penting kat situ ramai orang lalu lalang dan ada pak guard
sebab memang depan pintu entrance .
So sebelum berbuat baik kena berwaspada dengan tempat &
keadaan jugak okay . Pesan pada diri
sendiri dan juga awak awak yg baca ini .
![]() |
Pic by me : search www.instagram.com/awh.co |
Peristiwa ni sebenarnya sedikit menyedarkan saya . Sangat sangat . Thanks tuhan . Walaupun tak da kerja tetap lagi . At least sedikit pun jadi lah kita bagi .
Dalam rezeki kita ada rezki orang lain jugak .
Amalkan sedekah setiap hari , sedekah kan banyak, sedekah
dari segi wang ringgit , dan juga bantuan lain . Sama sama kita ingat dan
jangan kedekut & tamak mengejar rezeki tanpa fikir semua tu .
Dan lagi satu jangan riak . Jaga hati kita . Apa yang putery memory share ni pun just sekadar untuk sedarkan kita kita yg sering terlupa .
Follow Putery Memory di Instagram:
www.instagram.com/puterymemory
Terima kasih .
Mar
0 comments: