DJ di majlis kahwin.

Putery Memory tegur Wedding Photographer

February 08, 2016,0 Comments



Alhamdulillah dah selesai majlis perkahwinan  abang di Felda Mawar Jengka 10 .
Tahniah abang dan isteri . Dapat kakak ipar baru taw . Mestilah happy hhe .



Okay apa apa pun  di setiap majlis kadang mesti ada yang kurangnya kan . baru baru ni ketika majlis , macam macam ragam ada, biasalah yang tu nak jadi leader, yang ni nak jadi leader , bila dah banyak  arahan dan banyak kepala , nampak macam tak terurus . yang saya tengok ketika majlis bergambar .


Ramai sangat yang bagi arahan sampai tak terurus , biasalah kat mana mana pun saya suka tengok how people handling something . Ramai kakak kakak yg bagi arahan bergambar, kebetulan ketika tu ramai sangat yang nak bergambar ,bukan setakat family je , kengkawan pengantin pun ramai jugak dan kamera pun banyak , huhu  yes kamera handphone ni paling win . Aduhai. Hhu
 
Gambar Hiasan : Insan Google

Sampai kan kesian tengok Official photographer ( OP ) , saya perati jer ragam semua . Please okay bagi laluan kat OP buat kerja , tapi yang paling saya tak suka bila OP senyap je .
Sorry la , saya tak kenal OP tu sape, by the way walaupun saya pegang DSLR jugak time tu tapi saya akan stop bagi laluan kat OP . 

Bila OP tak bercakap pun, nak shoot sape dan sape, tak bagi arahan pun turn sape dan sape, nak suruh bagi laluan kat sape, kakak kakak saya pun banyak nak bagi arahan dan nampak kelam kabut . Itu yang saya tak suka .


Then , bila dah macam tu , saya pergi kat OP terus bagitahu .
Bang, please conduct bang . 
Tolong bagi arahan , abang nak shoot sape dgn pengantin dulu

 Baru lah OP tu cakap .
'Oh okay '

Baru lah OP tu bertindak terus pergi ke depan dan cakap itu ini. Haa boleh pun . please okay kadang bergambar ni kita kejar masa. Ibu bapa pengantin lelaki & family belah lelaki biasanya akan rushing utk balik, so please handle masa tu baik baik. kadang diorang akan shoot jer dengan handphone mcm mana pun asalkan ikut syarat bergambar, tapi bila Photographer mesti nak gambar tu perfect kan, tak nak gambar tu buruk , senget benget bagai . So photographer yang kena bagi arahan boleh . Tak naklah photographer ikut jer nak shoot .


Sorry lah , saya memang nampak apa yg buruk apa lawa pada satu gambar tu . Kalau korang orang yang professional please handle semua tu .

Bila tiba turn kanak kanak (anak anak buah) pulak bergambar dgn pengantin , macam macam susunan ada . So dah nampak mcm tak terurus, bila ramai plk mak mak ayah depa nk bg arahan . lagilah nampak serabutnyaa . 

okay . saya terus cakap .

‘Okay semua anak anak buah ciksu , dengar arahan abang cameramen ni okay'

aku siap tunjuk abang OP tu kat anak anak buah aku

then aku bisik kat OP tu.

'bang , abang susunan dia okay tak?
 *aku saja je nak suruh OP tu nampak -memang nampak tak tersusun*

‘ abang kena susun diorg, diorang dengar cakap abang’ .

Aku buat macam tu , sebab aku tak nak kakak kakak aku yang lain banyak bagi arahan sampai budak budak pun tak tahu nak dengar sape .

Please okay OP kena bersuara jgnlaa senyaaap .
By the way . Goodjob OP . Nanti saya tengok album kahwin abang saya nanti okay . Mesti cantik .  Thanks sempurnakan majlis abang saya . 


 p/s : 
Kepada semua di majlis perkahwinan , baik family ke sape ke , tolonglah bagi kerjasama, bagi OP buat kerja dia. Korang janganlah nak bagi arahan apa apa . Aku faham perasaan Photographer, memang tak senang bila pihak family yang bagi arahan itu ini , sebab aku tahu photographer yg hebat mesti tahu nak buat kerja dia . Photographer tak kan selesa kalau korang bagi arahan macam macam .
Dan .
Bila photographer nak shoot, tolong bagi laluan kat OFFICIAL PHOTOGRAPHER . Korang yang pakai kamera handphone atau kamera sendiri kena respect siket kat Official Photographer sebab dia tengah buat kerja untuk dapatkan gambar terbaik.
Okay .

So Photographer pun janganlah malu malu nak bagi arahan okay . Malu malu nanti saya ngorat . Ehem .


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Okay itu yang pada majlis abang sendiri .
Then ada satu majlis jugak yang saya pergi sebelum ni .

Saya tak suka dengan cara DJ majlis yang selalu bagi arahan .

Macam mana DJ tu boleh suka suka bagi arahan bila dia sendiri jauh dari pengantin, nampak ke pengantin tu dah habis makan ke atau tgh buat apa . DJ bagi arahan itu ini , tapi pengantin tak sempat lagi nak itu ini . Eh .

Yang paling saya nampak sangat , bila DJ tu nak bagi arahan macam macam kat Official Photographer .
Nasib baiklah Official Photographer tu nampak okay je walaupun terpaksa tinggalkan pinggan nasi . Aduhai kesian nampak .
 
Gambar hiasan : Insan Google


Bila majlis potong kek .
DJ patotnya cakap satu je , untuk majlis potong kek . tak perlulah sampai nak shoot satu satu DJ bagi arahan . Aduhai kesian OP, saya nampak OP tu tercungap cungap jugak nak dptkan gambar terbaik dengan keadaan yang terlalu cpt DJ tu bagi arahan .

Bagi saya , biarlah OP tu bagi arahan untuk pengantin utk shoot by shoot . Bukan DJ yang jauhhhh nun di sana . Bukan setakat OP je yg tercungap cungap. Pengantin pun kesian .
Tak nampak siap tak siap ,terus bagi arahan itu ini . Fuh . 

Mungkin pengantin okay . tapi sebenarnya ramai tetamu yang nampak majlis tu berjalan okay tak okay  . A,ah aku lah salah sorang tetamu tu . Huuu .

Kan tak pasal DJ perkahwinan di tegur oleh Putery Memory . KAH KAH KAH . tak ke malu . By the way . Goodjob lah abg DJ . huuu

Fuh Berpeluh jugak . saya dengar abang jadi DJ .

Harap semua yang menyempurnakan majlis seseorang kena peka dengan semua ini boleh boleh ?


Terima kasih sudi singgah baca . 



Jemput follow saya di instagram :
www.instagram.com/puterymemory





You Might Also Like

0 comments: