ppzmaiwp

Jom Menangi Pakej Umrah Sempena Kempen Skim Thohir 2018

July 12, 2018,2 Comments

Assalamualaikum .
Awak semua dah bayar zakat pendapatan? Sekarang ni banyak sangat kemudahan kan. Mar baru je balik dari PUSAT PUNGUTAN ZAKAT -MAIWP (PPZ-MAIWP) untuk faham dengan lebih lagi tentang kemudahan untuk pembayaran zakat pendapatan. 

Kewajipan berzakat itu adalah sesuatu yang dituntut oleh Allah S.W.T kepada kita sebagai hambanya. Hanya 2.5% sahaja yang Allah perintahkan untuk sama sama kita berkongsi rezeki yang Allah amanahkan kepada kita dengan orang lain. Kita perlu sentiasa ingat, setiap rezeki yang Allah limpahkan kepada kita, bukanlah milik kita 100%, 2.5% adalah hak asnaf sepertimana dalam kalam suci Alquran. 


 Kalau korang nak tahu PPZ-MAIWP telah memberi kemudahan kepada kita semua untuk buat pembayaran zakat melalui Potongan Gaji Zakat ( Skim Thohir 2018) taw . Untuk sesiapa yang tak faham lagi apa itu skim thohir boleh baca kat bawah:

SKIM THOHIR merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat dengan saluran potongan gaji.
Melalui SKIM THOHIR ni , kakitangan swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh & menjimatkan masa untuk mendapatkan keberkatan di sisi Allah SWT.  Dengan kutipan zakat ini ia membantu lebih banyak golongan asnaf . 

Mar percaya , setiap dari rezeki yang kita perolehi ada juga rezeki orang lain, bila kita memberi inshaAllah lagi banyak yang kita perolehi dalam kehidupan kita contohnya, hati tenang( kebahagian), dapat rezeki yang tak disangka sangka & banyak lagi .

KENAPA POTONGAN GAJI?
-Senang Berzakat
-Tidak tertangguh dan menjimatkan masa
-Rebat Bulanan atas potongan Cukai berjadual (PCB)
-Belanja tunai terancang
-Pendapatan berkat & hati jadi tenang

MACAM MANA ?
        Korang boleh rujuk jadual Skim Thohir kat website, manakala isi borang kebenaran potongan zakat PPZ 052(SKIM THOHIR) & serahkan borang kepada majikan ( Bahagian Gaji) atau layari portal PPZ ( Menu Bayar Zakat) . P/S: Bagi anggota tentera perlulah lengkapkan Borang Kebenaran Potongan Gaji Zakat PPZ 052 ATM (Skim Thohir) & serahkan kepada PPZ.

 PELANCARAN SKIM POTONGAN GAJI ZAKAT 
( SKIM THOHIR) 2018



Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff  di PPZ pagi tadi. 

JOM SERTAI KEMPEN SKIM THOHIR!
Korang jangan lupa rebut peluang ni okay, sambil korang berzakat korang juga boleh sertai peraduan Kempen Skim Thohir untuk memenangi 10 hadiah percutian menarik termasuklah pakej menunaikan umrah - Tajaan  FIVE ESTEC TRAVEL SERVICES SDN BHD yang bernilai RM28000. Para  pemenang kempen bakal diumumkan sewaktu karnival Zakat pada bulan November akan datang . Wahh bestnyaaaaa! Nak sangat pergi umrah T_T 

CARA PENYERTAAN KEMPEN:

PORTAL PPZ 

-Isi borang Skim Thohir secara online di www.zakat.com.my 
atau
MAJIKAN
Hantar borang Skim Thohir ke majikan anda & emelkan salinan borang ke skimthohir@zakat.com.my
atau
KAUNTER PPZ
-Isi borang Skim Thohir di 11 kaunter PPZ
atau
KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ
-Isi borang Skim Thohir
atau
TALIAN ZAKAT
-Hubungi 1300 88 5757

SYARAT & CARA PENYERTAAN KEMPEN : 
-Membuat potongan gaji zakat ATAU penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui:
+ 11Kaunter PPZ-MAIWP
+Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
+Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP
+Majikan di syarikat atau organisasi
+TALIAN ZAKAT – 1300 88 5757

CARA MENGIRA POTONGAN ZAKAT :
Cara untuk mengira potongan zakat pada setiap bulan , korang boleh ke :
-Portal PPZ_MAIWP, www.zakat.com.my
-Berkunjung ke 11 Kaunter zakat PPZ-MAIWP
-Menghubungi Talian Zakat 1300 88 5757
-Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Jadi kita semua sebagai umat islam  yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji, jom kita kembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita agar kehidupan & rezeki kita lagi berkat di sisi Allah . Insha Allah, Ameen . 

UNTUK TAHU DENGAN LEBIH LANJUT BOLEH FOLLOW :

INSTAGRAM: 
Pusat Pungutan Zakat
YOUTUBE
PPZTV

“PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”

You Might Also Like

2 comments:

  1. alahaiii..simple betul nak join skim thohir... nak menang pakej umrah plsssss

    ReplyDelete
  2. bestnyaa kalau dapat pergi tunaikan umrah. semoga ada rezeki kita semua =D

    ReplyDelete