Healthcare.

Hospital Swasta Terbaik di Kuala Lumpur- KPJ Tawakkal

July 22, 2018,2 Comments

Baru baru ni Mar ke KPJ Tawakkal yang terletak di Jalan Pahang, hospital ni dekat dengan rumah Mar di Kuala Lumpur jadi mar decide untuk ke KPJ Tawakkal untuk dapatkan rawatan. Kenapa Mar pilih KPJ Tawakkal? Jom baca lagi. 
Mar rasa hospital ni terdapat perbezaan dengan hospital lain, lebih lebih lagi hospital kerajaan. Sorry terpaksa mention juga sebab Mar banyak pengalaman yang tak best kat sana. Okay sekarang Mar nak cerita kenapa Mar suka sangat KPJ Tawakkal sebab hospital ni sangat memberi pengalaman terbaik kepada pesakit, yang mana bila Mar ke sana Mar dapat lihat betapa prihatinnya mereka untuk memberi pertolongan. Bila masuk je ke kaunter mereka terus lemparkan senyuman dan akan bantu & bawa kita untuk dapatkan rawatan. Sesiapa yang pernah ke KPJ mesti tahu servis KPJ seakan hotel. hhe

Pada hari tersebut, Mar pergi untuk dapatkan suntikan vaksin. Staf mereka terus tunjukkan tempat untuk suntikan tersebut. Mar ke kaunter dan diberi penerangan tentang kepentingan vaksin, bila banyak bertanya pun mereka layan je Mar, mereka tak kisah pun untuk melayan patient sebaik mungkin . Kat situ, Mar percaya level of care mereka sangatlah tinggi tak kira masa dan tempat. Bila dah siap isi borang Mar terus masuk bilik untuk suntikkan, tak sampai 5minit dah siap! hhe . Jadi sesiapa yang nak datang untuk dapatkan suntikan vaksin jangan risau tak ambil masa lama pun. 



Bila berada kat sana, Mar ada lihat beberapa staff yang memakai baju oren dan ada tulis volunteer, teringin juga nak tahu tu volunteer untuk apa. Ada staff kat sana terangkan yang mana kat KPJ Tawakkal memang mempunyai skuad volunteer yang akan memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja yang datang ke KPJ. Wahhh bagus sangat kan, sebab Mar tak pernah jumpa lagi hospital yang ada skuad volunteer kat hospital . Goodjob KPJ TAWAKKAL! 

Kalau orang cakap, mestilah layan sebaik mungkin sebab pesakit bayar mahal, bagi Mar tak semua hospital swasta layan sebaik mungkin. Tapi mungkin kat KPJ Tawakkal harga sama dengan hospital swasta lain tapi Mar percaya layanan mereka sangat different, mereka sangat jaga kualiti gaya perawatan mereka . 

Kat KPJ Tawakkal Mar ada tengok beberapa orang warganegara lain datang untuk dapatkan rawatan, Mar percaya kat KPJ Tawakkal beri keistimewaan kepada semua golongan termasuk pelancong yang datang kat Malaysia lebih lebih lagi KPJ Tawakkal berada di Kuala Lumpur. Staff mereka pun ada bagitahu yang mana mereka ada team yang akan bawa ke mana sahaja patient nak pergi, contohnya shopping atau jalan jalan. Wahhh syoklah patient kat sini. hehe cakap je nak pergi mana mereka akan bawa!. Bila lihat patient luar negara keluar masuk, Mar dapat rasakan journey yang mereka dapat kat KPJ Tawakkal buatkan mereka happy kat sini. Hospital pun boleh jadi simbolik budaya Malaysia kepada mereka. Siapa setuju dengan Mar angkat tangan? hehe Thank you KPJ Tawakkal kerana melaksanakan Medical  Tourism di Hospital Pakar ini. 


Baru baru ni ada pelancaran penjenamaan hashtag baru KPJ Tawakkal iaitu #TAWAKKALKANADA 
oleh YBhg. Dato' Mohamad Farid Salim, Pengarah Eksekutif KPJ TAWAKKAL.  Memang sesuai sangat dengan tagline baru KPJ ni. Sangat sangat ada di saat memerlukan. hhe. Penjenamaa ini bagi mengukuhkan  lagi jalinan pihak Hospital  Pakar KPJ Tawkkal dengan pelbagai pihak termasuklah pelanggan di Malaysia dan antarabangsa. 


Da siap buat rawatan, cepat & layanan yang cukup baik :)
Thankyou KPJ TAWAKKAL !

KPJ TAWAKKAL SPECIALIST HOSPITAL
1, Jalan Pahang Barat,
53000 Kuala Lumpur.

TEL: 603 4026 7777 FAX: 603 4023 8063
EMERGENCY : 603 4026 7777 
EMAIL: tawakal@tawakal.kpjhealth.com.my

SOCIAL MEDIA
FACEBOOK: KPJ Tawakkal Specialist Hospital
INSTAGRAM: kpj_tawakkal



You Might Also Like

2 comments:

  1. Pernah admit kat KPJ Kajang due to dengue fever September 2017. Terbaik sgt servis. Nurse friendly. Makanan sedap siap boleh pilih menu. Bilik selesa ada toilet. Cepat baik dari demam. And sejuk sgt bilik. Admit dengan medical card, fully payed by Prudential <3 Alhamdulillah nasib baik dh 3 tahun ada takaful

    Btw, yg nak apply med card boleh contact sy tau :) 014-8429745

    ReplyDelete
  2. Lega kan bila dapat servis terbaik di hospital, tahniahh hospital tawakal

    ReplyDelete