Explore Johor

Pertama Kali Jejak Stadium Bola Sepak Johor

July 04, 2018,0 Comments

Finally! Jejak juga ke Stadium Johor ni, biasanya selalu tengok bola sepak dalam TV yang selalu diadakan di Stadium Johor  sebagai tuan rumah kan, so sekarang ni Mar jejak sendiri ke Stadium besar ni. hehe Super duper excited la. 
STADIUM TAN SRI DATO' HAJI HASSAN YUNOS @ STADIUM LARKIN
 Bila sampai je sangat teruja bila tengok warna stadium ni , hehe Mar suka sebab warna dia cantik biru & merah ni  menyerlah sangat seakan naikkan semangat Mar untuk masuk tengok kat dalam stadium ni. Kalau pemain bola sepak mesti lagi semangat nak main bola bila ada stadium cantik ni kan? hhiks 
Eh, macam sama je outfit Mar dengan stadium? HAHA





Bila masuk je, Wahhhh! Besarnya stadium ni. Stadium ni sangat terjaga rapi taw, ada tempat tempat yang kitorang tak boleh masuk contohnya kawasan tempat duduk penonton. Mar pun tak pasti kenapa, mungkin sebab nak jaga kebersihan stadium kot, hhu. Tapi stadium ni memang tersangat bersih, takde satu pun sampah bila Mar berjalan dalam stadium ni taw.


Bila datang ke Stadium ni, Mar teruja nak tahu tentang sejarah penubuhan stadium ni sendiri . 

SEJARAH STADIUM
Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dikenali sebagai Stadium Larkin.
Stadium ini pada mulanya dibina dengan kapasiti 10,000 tempat duduk apabila ia mula digunakan pada tahun 1968. Sepanjang 1966 hingga 1973 beberapa kerja menaik taraf telah dilakukan.
Diuruskan dan dimiliki oleh Johor Corporation (JCorp), stadium ini menjalani beberapa kerja-kerja pengubahsuaian dan juga naik taraf sejak tahun 1991.
Sebanyak RM50 juta telah dibelanjakan untuk menaik taraf stadium ini pada tahun 1991, ia telah meningkat dan kini mencecah kapasiti sebanyak 30,000. Wow teruja tak?


Stadium ini pernah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara sukan sama ada di peringkat tempatan, negara mahupun antarabangsa, antaranya ialah Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 1968, SUKMA 1992 dan Piala Dunia Belia FIFA 1997. Pada 25 Feb 1973, stadium ini buat pertama kalinya digunakan untuk perlawanan bolasepak Piala Malaysia zon Selatan. Ia juga merupakan gelanggang tuan rumah bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) . hhu siapa tak kenal pasukan bola yang agak hot jugak ni kat Malaysia hhe. 

Apabila Tunku Mahkota Johor menjadi presiden Johor FA, perkara pertama yang baginda lakukan adalah untuk memberikan tranformasi kepada bola sepak Johor bermula dengan namanya.
"Saya ingin mengumumkan kepada rakyat Johor yang saya telah mengambil alih Persatuan Bolasepak Johor sebagai presiden. Matlamat saya adalah untuk menghentikan perlibatan politik dalam sukan ini dan mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Johor demi rakyat ini."


Baginda berjanji untuk membawa bola sepak Johor kembali ke zaman kegemilangan di era 80-an apabila stadium penuh sesak dengan kehadiran peminat. Bermula dari itu, baginda menggesa peminat untuk keluar dan memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negeri.
Baginda juga turut sama menyaksikan hampir setiap perlawanan pasukan ini beraksi bukan dari bilik VIP, seperti tamu terhormat yang lain, tetapi dari bangku simpanan bersama pengurus, jurulatih dan pemain gantian yang lain.
Selain lampu limpah, kerusi stadium juga telah diganti dan kemudahan bertambah baik termasuk tandas. Satu tambahan yang menarik di stadium ini adalah set bangku pemain simpanan yang pertama seperti ini di Malaysia. Bangku dipasang dengan baket yang diimport seperti yang digunakan dalam Liga Perdana Inggeris.

Untuk Liga Super 2013, Johor Darul Takzim menjadi tuan rumah kepada Perak pada 11 Januari 2013 di Stadium Larkin. Meskipun permainan berkesudahan Johor Darul Takzim menang cuma 1-0, suasana stadium yang penuh sesak dengan kehadiran lebih 30,000 peminat ke stadium dengan diwarnai bendera 

Pada 18 Januari 2013, pasukan Johor Darul Takzim menjadi tuan rumah kepada Angkatan Tentera Malaysia, keputusan seri dicatatkan iaitu 2-2.
Kali ini, penyokong mendapat bonus, apabila Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mencemar duli ke stadium untuk menyaksikan perlawanan tersebut.
Kali ini penyokong bola sepak Johor menjadi sedikit senyap berbanding perlawanan sebelum ini. Ini adalah adab Rakyat Johor yang sentiasa memaparkan rasa hormat yang tinggi kepada raja-raja dan pemimpin mereka.

So sekarang ni, Mar nak tunggu masuk padang atau nak tunggu pemain bola JDT agak agak? hehe. 
Btw, memang best masuk stadium ni sebab ianya sangat besar & cantik. Jadi sesiapa yang explore Johor tu bolehla berkunjung ke Stadium Johor ni jugak. 

XOXO

You Might Also Like

0 comments: