Baju Raya 2018

Fashion On Wheels Trak Fesyen Pertama di Malaysia !

May 22, 2018,1 Comments


FOWHEELS
Assalamualaikum, wbt.
Mar tak sangka tahun ni ada trak bergerak jual baju raya. Sebelum ni Mar tahu ada trak yang jual tudung je. Bila ada trak jual baju raya rasa macam excited taw. Sebab kita tak perlu susah susah nak ke butik dah nak pilih baju raya . Yang best bila dalam trak ada 15 jenama popular di Malaysia taw! 




Konsep trak ni memang biasa kita tengok kat luar negara, tapi ini yang pertama di Malaysia taw guys!. Mesti semua dah tak sabar nak pilih baju raya kat trak bergerak tu kan, nantikan trak merah jambu FOW yang akan berhenti di 10 lokasi di sekitar Lembah Klang taw! 

Bestnyaaa! Ia memang memudahkan kita semua untuk membeli busana raya menjelang musim perayaan Aidilfitri ni, Mar suka konsep yang macam ni sebab kadang Mar malas nak pergi butik butik untuk pilih satu persatu dan Mar juga tak minat nak pergi bersesak sesak dalam Event Jualan Besar- Besaran seperti Moodrepublik tu, dahlaa ramai, panas lagi, sangat tak suka. Bagus sangat bila trak ni akan berkunjung tempat tempat yang berhampiran, jadi Mar akan pergi kat destinasi FOW yang paling dekat je nanti. 


Kalau korang nak tahu FOW ni menggunakan konsep vendor, kesemua jenama di bawah satu bumbung trak FOW . Ada pelbagai baju raya antaranya pakaian untuk lelaki dan wanita, kanak-kanak, tudung serta aksesori. 15 Jenama terkenal yang ada di FOW adalah Minaz, Jameqha, Bella Ammara, Locka, By Fatin Suhana, Shawl Publika, Jannahnoe, Cattleya, Scarfeya, Alkhautar, Zarra Sinar Puteri, Teruna by Hafiz Mahamad, Riaz Arshad, Jelitasara, Sofea Rose, Mummu Scarf, Kaizer Scarf, Syafiqah Aina Hijab, Ravaka dan Rumah Manik.  Wah semua jenama yang Mar suka ada kat FOW ni, bestnya tak sabar!


Trak FOW akan bergerak ke lokasi pertama pada 21 Mei 2018 di Surian Tower, Damansara bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang. Jelajah FOW akan berakhir pada 9 dan 10 Jun 2018 di Pullman Lakeside, Putrajaya bermula pukul 4 petang hingga 10 malam. Kat bawah ni Mar lampirkan  jadual pergerakan FOW, korang take note okay, jangan terlepas pula . hhhe


Antaranya adalah :

TARIKH LOKASI WAKTU :

21 Mei 2018 Surian Tower, Damansara 10am – 5pm 
22 – 24 Mei 2018 Menara TM, Bangsar 10am – 5pm 
25 Mei 2018 Surian Tower, Damansara 10am – 5pm 
26 – 27 Mei 2018 ShangRi-La, Kuala Lumpur 4pm – 10pm 
28 – 29 Mei 2018 JKR Tower, Kuala Lumpur 10am – 5pm 
30 Mei 2018 Sri Pentas, TTDI 10am – 5pm 
31 Mei 2018 NSTP, Bangsar 10am – 5pm  
1 – 3 Jun 2018 SACC, Shah Alam 4pm – 10pm 
4 – 5 Jun 2018 Avenue K, KL 10am – 5pm 
6 – 8 Jun 2018 Kompleks Kerajaan, Putrajaya 10am – 5pm 
9 – 10 Jun 2018 Pullman Lakseide, Putrajaya 4pm – 10pm



Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi : 



INSTAGRAM :


Bye Guys!
Selamat Membeli Belah di FOW!




You Might Also Like

1 comment:

  1. wow menariknyaa konsep ni.. those yang nak shopping tapi xde masa tunggu je sampai kat kawasan berdekatan..

    ReplyDelete