asas photography

Ilmu yang wajib belajar - Teknik photography bersama Adhadi Mohd

January 04, 2016,1 Comments

Assalamualaikum 
pembaca setia Putery Memory.com .

Bukan mudah nak majukan sebuah blog, kalau tiadanya korang. Thanks juta ribu. 
Dan juga bukan senang nak cantikkan sebuah blog kalau tiadanya gambar cantik. 
Jadi pembelajaran bersama Jurugambar Adhadi Mohd sangat berkesan sedikit demi sedikit tingkatkan kemahiran blogger untuk dapatkan gambar yang cantik .
Terima kasih juta riban En. Adhadi .



ADHADI MOHD JURUGAMBAR MALAYSIA 

(http://adhadi.com/)

Nama yang tidak asing dalam dunia photography, 
saya percaya semua jurugambar Malaysia mengenali Adhadi Mohd kerana beliau memang aktif memberi tunjuk ajar untuk bengkel photography terbaik. Misi Adhadi Mohd adalah untuk membawa ilmu pengetahuan kepada peminat peminat fotografi Malaysia, supaya boleh menghasilkan karya yang lebih baik & dapat meningkatkan pendapatan serta taraf kehidupan mereka. Dan kali ni, Adhadi Mohd juga telah memberi tunjuk ajar kepada Blogger Malaysia iaitu Blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari . 

Ini bermaksud semua golongan sebenarnya perlu mahir teknik photography bukan hanya seorang photographer. Iaitu dengan tujuan yang sedikit berbeza iaitu blogger demi cantikkan sebuah blog mereka ..





InsyaAllah lepas ini blog www.puterymemory.com juga akan Wow, Ehehe . sebab bengkel bersama En.Adhadi indoor & outdoor memang beri kesan kepada blogger yang hanya Zero dalam ilmu photography kepada Hero. 


Kalau korang nak tahu saya memang ada passion dalam Art atau Photography, that's why lah saya sanggup beli  DSLR pada tahun 2012 . Sebelum ni saya banyak belajar dari pemerhatian iaitu saya search sendiri mcm mana nk cantikkan gambar. Bila tengok satu gambar yang hebat dari segi Colour, Angle, korang akan belajar macam mana nak dapatkan gambar seperti itu .Kalau korang nak tengok hasil Photography saya boleh Follow ( awh.co ) di Instagram, galeri photography ringkas iaitu seni dari hati saya .

Picture by Putery Memory
Ini antara shoot terbaik saya dari bengkel Photography bersama Adhahi Mohd 

Tapi bila dapat face to face dengan sifu Adhadi ni saya lebih faham tentang konsep sebenar yang boleh buatkan gambar tu lagi berseni & kreatif. Saya rasa memang lengkaplah ilmu bersama Adhadi Mohd ni . Beliau bukan hanya mengajar asas photography tau, malah tentang editing fotografi, Composition, Lighting, Wedding photography,Adobe photoshop, Adobe lightroom, Adobe indesign dan premiere pro & banyak lagi lah. Dan yang paling saya suka  adalah beliau jugak ada berkongsi di blog beliau bagaimana nak posing terbaik sebagai seorang Model. As a model kadang kita tak tahu apa yang buruk & tak elok cara posing. Thanks ilmu yang sangat bagus untuk saya. Tengok macam macam ilmu yg beliau ada . Salute betul !

Bagi Photographer, Organisasi, Kelab yang berminat bengkel bersama beliau, boleh terus hubungi Adhadi Mohd di :


Fb :ADHADI MOHD III    

Fb page :ADHADI MOHD   

Blog :http://adhadi.com/


Produk DVD Adhadi Mohd


Beliau jugak ada produk untuk memudahkan pembelajaran di rumah iaitu melalui DVD. DVD dari beliau sangat best lah , kadang bila dah belajar akan terlupa sebab tak praktikkan . Alaa macam saya lah . hhe  .So bila ada DVD senang, bukak belajar balik , senang nak ingat, memang berbaloi lah DVD Adhadi Mohd.


Terima kasih .

You Might Also Like

1 comment:

  1. memang syok kalau dapat blaja face to face,
    cepat paham dan dapat praktik.
    gambo lawo ler pasni dalam blog nie.

    ReplyDelete