Tasik Titiwangsa tempat best berkelah dengan kawan kawan rapat

January 18, 2016,2 Comments


Sebenarnya dah berkali kali ke tasik titiwangsa tapi tak pernah round 1 tasik lagi . Sebelum ni pergi kalau ada event kat sana , atau ada photoshoot jer .

Bila kawan  kawan free weekend mulalah ajak lepak, apa lagi jom kita berkelah tasik titiwangsa . Mungkin sempena diorang semua dapat kerja kl kot . Haha happy okay  yelah bila kawan kawan 1kepala dapat kerja dekat dekat jer .  Ni tak , asyik meroyan dalam group whatsApp jerk an . hahha then kebetulan pulak  si chipmunk ni stay dekat dekat dengan rumah i .  Tasik tiwangsa pulak dekat . So apa lagi , kicap ( nama orang)  esok giliran hang masak . Hha 

Nasi goreng Syafeera . Simple tapi Sedap . Mohon masak lagikkk . Heeeeee



Terima kasih syafeera a.k.a Kicap manis , hhe dialah yg masakkan nasi goreng untuk berkelah . haha
So I tukang bawak pinggan . Si chipmunk dengan si amir memang kena habiskan makan lah . 

Ni pun sebenarnya tak plan nak berkelah sangat pun . so simple simple jer lah . haha lagi satu si syauqi kawan kitorang yg  dapat kerja kat kl jugak tu tak dapat join, katanya ada kursus umrah *umrahlahsangat* huhu . So kami memang sajikan dia dengan gambar gambar best dari kitorang jer laa .haha
Jangan marah taw syauqi .

Chipmunk , Kicap dan aku . Haha 

Kat tasik ni banyak meja dengan kerusi nak lepak makan . Tapi lagi syok ada hutan hutan kat belakang tasik tuu boleh berkelah sakan taw . Nak buat BBQ pun boleh . Ahaa masa saya pergi tu ada yg buat birthday party dalam hutan kecik tu . Siyes cantik dan selesa . sebab bila kitorang berbasikal rasa nyaman dan selesa jer laluan hutan tu . Ramai betul  kat sana hari weekend . So next time boleh laa buat bbq bawak khemah bagai kat sana kan . Tempat strategik giteww  . 

Dan kalau korang 
nak makan cendol, coconut shake, laksa penang, ABC semua ada . Bestlaaaa . Laksa Penang bergerak yang paling sedap, kena pandai carik taw.


Enjoy sangat lagi lagi boleh lepak dengan kawan kawan .
Target saya adalah .. jeng jeng . Nak sangat naik basikal yg ada dua tu . Suka gila , kalau nak naik basikal ni rm20 sejam , so share share je la ngn kawan ok .



Si syafeera dengan amir ambil basikal bike , rm10 sejam . so kalau korang nak try jugak yg basikal berdua tu main tukar tukar lah nanti . alaa pandai pandai korang laa okay .

Tak menyesal ambil basikal yg berdua sebab best dari basikal bike haha sebab I ada driver . kah .
Hhe


Kat tasik ni best sebab apa korang boleh release tension dengan berbasikal, water ball, roller blade, berkayak , round tasik dengan boat sambil minum minum ( café atas boat), dan macam macam lagi lah .

 Yang ni kami tak naik , sebab mahai sangat . Hahah tapi syok jugak ,mungkin lepas ni  i boleh lepak atas boat ni sambil lepak lepak dengan kawan  .



 Yang ni tak reti lah nak seimbangkan badan . hhe agak mahal tapi best . Boleh naik sekejap pun okaylah . . Maanfaatkan weekend korang okay .  Nex time nak pergi lagi .

Thanks sudi singgah baca
 guys .




You Might Also Like

2 comments:

  1. Dah lama Akak tak pi sini...nanti nak singgah la kat sini..sure menarik kan...

    ReplyDelete
  2. Hahha kann...best lepak tasik ni...dr kecik abah suka bwk jln sini...skrang mcm2 ade...dulu slalu naik kuda tp tak puas sbb org pgg hahah berlagak

    ReplyDelete