Holiday package

Karnival Tourism boleh dapatkan pakej holiday murah - MITA TOURISM FAIR

January 18, 2016,0 Comments


Hello Travellers 
!  Hello Orang Kampung  ! 

MITA menganjurkan KARNIVAL PELANCONGAN besar besaran akhir Januari ni . Set date korang siap siap okay . 
Howah Putery Memory nak travel 1 Malaysiaa ! 


Dengan pelancaran kempen #GoDomestic oleh MITA, pengunjung dari luar dan dalam negara bukan sahaja dapat menikmati percutian hebat di destinasi-destinasi tempatan kegemaran mereka malah dapat mengenali negara ini dengan lebih dekat lagi melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan di sepanjang tahun 2016.

Pameran pelancongan tiga hari bermula dari 29 - 31 Januari 2016 akan menyaksikan penyertaan besar-besaran daripada lebih 140 penggiat industri yang akan mempamerkan keunikan Malaysia kepada 20,000 pengunjung yang dijangka melawat Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

KLCC akan membuka pintu utamanya kepada orang awam secara percuma seawal 9 pagi sehingga 9 malam setiap hari.

Pemeran MITA 2016 kali ini akan menjadi sebuah platform bagi 400 ahli-ahli MITA untuk menjual tiket penerbangan dan pakej percutian tempatan pada harga yang amat berpatutan di musim lengang (off-peak).

Selain itu, mereka akan berpeluang memperkenalkan produk-produk yang baru serta perkhidmatan yang ingin mereka ketengahkan. Pada masa yang sama, ejen-ejen pelancongan yang turut terlibat akan menjanjikan insentif pada kadar yang bersesuain.

Dengan adanya kempen sebelum ini yang telah digiatkan oleh Pelancongan Malaysia seperti Kenali Malaysia, Cuti-cuti Malaysia, Zoom Malaysia dan sekarang ini dibawah program `Make It Malaysia’ - Dekat Je!, semua kempen-kempen ini diperkenalkan dengan satu objektif – memastikan industri pelancongan tempatan negara terus berkembang pesat bukan sahaja dengan kemasukkan pengunjung dari luar tetapi juga menggalakkan penduduk tempatan untuk bercuti di negara sendiri.


So korang, dah habis teroka Malaysia belum? Kalau belum apa kata ikut Putery Memory holiday , holiday,holidayyy . Travell .. Yeaah . Tasabar dengan karnival ni sebab korang akan dapat pakej yang murah nanti .


Save bajet kan . Tak perlu travel luar negara kalau Negara kita pun belum habis kita terokaaaa .
Hehe 
sebab apa, sebenarnya banyak tempat tempat menarik yang kita sendiri tak tahu di Negara kita ni .

Tasabar . Setiap bulan wajib travel Malaysia lah .
Februari ni Putery Memory akan holiday kat Taman Negara . Jom . Cantik sangat tempat tu .


Kat karnival nanti ada pakej domestik yang di tawarkan pada diskaun hampir 50% taw . Setahun sekali je ada peluang best ni .

Kepada yg ada twitter, facebook bakal terpilih menjadi pemenang bertuah dengan hanya melayari program percuma ‘explorasi’ pre event yang di tawarkan pihak penganjur.

Apa lagi . Cepat layari di
Fb page :



Jangan lupa 29-31 Januari Okay ! :)
Jumpa Putery Memory kat sana . byeee .


You Might Also Like

0 comments: